Syafa asyik melihat Lana yang asyik tersenyum sendiri. "Awak angau eh?" Syafa mendekatkan diri dengan Lana. Wajah Lana di tilik dekat.
"Mana ada!" Laju Lana menukas.
"Dari awak sampai ke kolej tadi sampailah sekarang, awak asyik senyum je." Syafa curiga.
Lana senyum pandang Syafa. "Senyum kan sedekah. See. Sekarang saya bersedekah kepada awak." Lana tayang senyum nampak gigi.
Syafa pandang Lana. "Awak ada sembunyikan sesuatu ke dari saya? Sepanjang tempoh praktikal awak jarang contact saya. Kalau saya tak call atau whatsapp awak dulu, jangan harap awak nak beritahu khabar berita awak dekat sini." Syafa tidak puas hati.
"Saya sibuk je." Lana beralasan.
Syafa masih tidak puas hati. "Ada sesuatu berlaku antara awak dengan Zack kan?"
Lana berpaling memandang Syafa. "Takde apalah. Mengarut je awak ni."
"Mustahil takde apa-apa."
"Awak ni mudah sangat berfikiran jauhlah Fa. Takde apa-apa pun. Kami berkawan macam biasa sama macam waktu awak ada je."
"Tadi Zack hantar awak balik sini kan?"
"Haah. Zack hantar saya balik kolej." Lana jawab bersahaja.
"Zack ambil awak dekat kampung ke?" Tanya Syafa lagi.
Lana mengangguk.
"Seriuslah." Syafa seakan tidak percaya. "Umi dengan abah awak tak cakap apa ke?"
Lana geleng kepala.
"Kiranya Luqman tak jadilah ni."
Lana berpaling. "Luqman?"
"Iyelah. Dah awak bawak balik Zack ke rumah dan umi abah awak tak cakap apa-apa. Maknanya umi dan abah awak boleh terima Zack. Macam tu lah kan?" Syafa meluahkan teori pemikirannya.
Lana diam.
Selepas seketika dia berbicara. "Umi fikir Zack itu driver grab datang ambil saya dekat rumah." Lana jawab perlahan.
"Grabbbb? What?"Syafa terkejut. Kemudian dia ketawa berdekah-dekah.
Lana jeling Syafa. "Gelak sikit-sikit sudahlah. Tahulah kelakar."
"Sorry. Sorry." Syafa tutup mulut cuba menutup gelaknya.
"Menyampah." Lana menjeling Syafa yang masih gelakkannya.
"Jangan marah Lana. Awak beritahu umi yang Zack tu driver grab ke?"
Lana geleng. "Tak. Umi salah faham. Saya beritahu umi nak balik naik grab tak mahu abah hantarkan. Then Zack sampai terus umi assume itu grab yang saya request."
Syafa gelak lagi. "Okeylah macam tu. At least salah faham umi selamatkan awak dan Zack."
"Tapi saya nak semua ni diselesaikan segera." Lana mengeluh berat.
"Kejap. Kejap. Apa yang nak diselesaikan kalau awak dan Zack sekadar kawan? Umi dengan abah okey je kan kalau awak dengan Zack sekadar berkawan unless awak dengan Zack memang ada hubungan istimewa?" Syafa pandang Lana. Dia perlukan jawapan dari Lana.
Lana tunduk. Dia seakan terperangkap.
"Zack ajak saya kahwin." Perlahan Lana menjawab.
Kali ini Syafa betul-betul terperanjat. "Biar betul?"
Lana angguk perlahan.
"Awak terima ke?"
Lana diam.
"Awak terima ke?"
Lana geleng.
"So awak tolak?"
Lana geleng lagi.
"Ouh. Tergantung sepi. Ni mesti kes tak pasti. Rasa macam suka, rasa macam tak." Syafa membuat kesimpulan.
Lana hanya mendengar Syafa membuat kesimpulan sendiri.
"Habis apa keputusan awak?"
"Istikharah. Saya suruh dia buat istikharah sama macam saya buat." Lemah Lana menjawab.
"Itu tandanya awak mulai suka dia kan?" Syafa senyum nakal.
Lana angguk sikit.
"Wah. Baru dua bulan saya takde dengan kamu berdua, dah ada perubahan dalam perhubungan kalian. Kelassss!"
Lana sengih. "Dia sentiasa ada untuk saya."
Syafa mencebik. "Habis saya ni tak sentiasa ada untuk awak? Pergi kelas dengan awak, pergi makan, pergi library, pendek kata pergi sana sini dengan awak. Itu awak tak nampak?" Syafa berpura-pura seakan berjauh hati.
Lana senyum. Dia mendekati Syafa. Syafa dipeluk erat. "Awak sentiasa ada sebagai sahabat baik saya."
"Eleh. Nak pujuklah tu." Syafa tayang mata ke atas.
Lana peluk Syafa makin erat.