Bahagian 33

93 2 0
                                    

"Hei. Lama tak nampak." Sofia menegur Zack yang sedang duduk di kerusi.

Zack sekadar mengerling sekilas Sofia yang mulai duduk di sebelahnya.

"Buat apa kat sini?" Sofia cuba mengajak Zack berbual namun Zack buat endah tak endah.

"Come on Zack. You dah tak sesuai nak melepak kat sini." Suara Sofia yang tenggelam timbul dek kerana bingit bunyi muzik masih di dengari dengan jelas oleh Zack.

Zack memandang Sofia. "Mind your own business."

"Wah sombongnya! Semenjak berkawan dengan makwe tudung labuh semakin sombong you yea." Sofia bengang.

Zack sekadar menjeling Sofia.

"You buat apa kat sini Zack?" Sofia cuba memprovokasi Zack.

"I datang sini nak enjoy muzik bukannya nak dengar you menceceh tepi I ni." Zack bengang.

Sofia tergelak besar. "You datang sini sekadar nak enjoy muzik? Come on Zack. This is not you."

Zack angkat gelas coke lalu diteguk laju.

Sofia pandang Zack. "Are you kidding me. Coke?" Sofia seakan tidak percaya melihat Zack meneguk segelas coke.

"Yess. It is coke. Got problem?" Zack pandang Sofia. Gelas coke ditunjukkan kepada Sofia.

"Mana beer you? Whisky? Wine? Champagne? Cocktail?" Tanya Sofia bertalu-talu.

Zack pandang Sofia. "Bingitlah you ni. Jangan kacau ketenteraman I boleh tak?"

"Zack. I just nak hiburkan you je." Sofia mulai menyentuh Zack.

"Don't you ever touch me." Zack memberi amaran.

"I belanja you malam ni. Which one you wanna drink?" Sofia membuat tawaran.

Zack menolak tangan Sofia yang mulai merayap dia tengkuknya. "Don't touch me!" Suara Zack sedikit tinggi.

"Sentuh sikit pun dah tak boleh!" Suara Sofia juga naik. "Kalau dekat budak perempuan tudung labuh tu bukan main lagi you polite. You jangan ingat I tak nampak you dengan budak-budak tu semalam." Sofia mengugut.

"You jangan masuk campur urusan personal I." Zack memberi amaran.

Sofia tersenyum mengejek. "I tahu kat mana budak-budak tu tinggal. I ikut budak-budak tu semalam. Jangan sampai I jumpa budak-budak tu dan beritahu mereka siapa you yang sebenarnya." Sofia mengugut dengan lebih berani.

Hati Zack semakin panas. Dia memegang leher Sofia dan mencekiknya. "You!!!!" Suara Zack agak tinggi sehingga menyebabkan pengunjung kelab yang lain memerhatikan mereka.

Bonzer kelab dengan segera datang cuba untuk meleraikan Zack dan Sofia.

Sofia tercungap-cungap tatkala tangan Zack melepaskan lehernya. Dia cepat-cepat mengambil nafas.

"Bro! Bro!" Andy datang tatkala melihat Zack dan Sofia bergaduh.

"It's okay bro. I'll handle it. This is my friend." Andy memberitahu bonzer tersebut.

"Jangan buat kecoh kat sini." Sempat bonzer itu berpesan sebelum berlalu pergi.

Zack tumbuk meja. Amarahnya perlu dilepaskan.

"Chill bro." Andy menenangkan Zack.

Zack berpaling. Sofia dipandang tajam. Kecut perut Sofia melihat renungan tajam Zack.

"You ingat Sofia. Kalau you masuk campur lagi urusan I, nahas you nanti." Ugut Zack sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Sofia dan Andy.

Sofia ketap bibir. Dia geram.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now