Bahagian 38

82 5 1
                                    

"Lana." Hajah Maimon mendekati Lana. Paha Lana yang sedang duduk bersila dipegang perlahan.

Lana memandang uminya. Terasa kesal di hati. Sampai bila dia mahu mogok terhadap kedua orang tuanya. Dia meletakkan telekung yang sedang dilipat di atas pahar untuk dijadikan hantaran bagi perkahwinan Lasrah dan ustaz Adam lusa.

"Ada apa umi?" Tanya Lana.

Hajah Maimon serba salah. Dia tahu Lana tidak suka isu perkahwinannya di bangkitkan tetapi suaminya telah berjanji dengan Imam Zakaria untuk menjodohkan Lana dengan Luqman.

"Kenapa umi? Umi cakap jelah." Lembut Lana bersuara.

"Masa kenduri Kak Chik lusa, Imam Zakaria, isterinya dan Luqman nak datang. Nak kenal-kenal Lana sekali." Hajah Maimon memberitahu. Tangan Lana dipegang lembut.

Lana tunduk. "Nak kenal-kenal je kan? Bukan nak bertunang terus?" Lana angkat wajah. Hajah Maimon ditenungnya.

"Eh. Tak. Tak. Belum lagi. Baru nak kenal-kenal. Kebetulan Luqman pun balik bercuti semester juga." Hajah Maimon begitu ceria bercerita.

"Lana bukan apa. Lana belum sedia." Bicara Lana perlahan.

"Takkkk. Majlis pertunangan Lana dengan Luqman mungkin akan dibuat cuti semester akan datang." Hajah Maimon senyum lebar bercerita tentang Luqman.

"Emmm. Mana-manalah umi. Lana ikut je. Mana yang baik bagi umi dengan abah, baiklah untuk Lana." Lana beralah.

"Baguslah macam tu Lana. Abah tahu apa yang terbaik untuk Lana." Hajah Maimon senyum lagi. Kepala Lana di usap perlahan.

"Tapi macam Lana cakap sebelum ni, Lana tak nak kahwin selagi Lana masih belajar." Perlahan suara Lana tetapi ada sedikit tegas

"Umi faham tu. Lana tamatkan pengajian, Luqman pun sama. Lepas tu barulah Lana dengan Luqman kahwin."

"Janji umi?" Lana pandang uminya.

"Umi janji. Pertunangan Lana dengan Luqman ni sekadar untuk mengikat janji antara abah dengan Imam Zakaria. Sambil-sambil tu untuk mengikat Lana dan Luqman dari berkenalan dengan lelaki atau perempuan lain di universiti. Dengan itu Lana dan Luqman akan sama-sama menjaga pergaulan dengan ajnabi."

Lana sekadar mendengar pesan uminya. Sesekali dianggukkan kepala. Sebolehnya isu bertunang tidak betah untuk dia bincangkan kerana dia langsung tidak mengenali Luqman lelaki yang ingin dijodohkan dengannya.

"Umi keluar dulu ya Lana. Umi nak beritahu Lana hal itu je tadi. Bukan apa takut Lana terkejut nanti dan tiba-tiba lari."

Hajah Maimon bangun dari duduknya. Dia lantas meninggalkan Lana. Lasrah yang duduk di birai katil sambil sibuk menggubah bunga untuk menjadi hiasan bilik tidurnya menyampuk dari jauh.

"Kamu terima je Lana dengan hati yang terbuka. Tengok Kak Chik ni, along dengan abah yang jodohkan. Elok je bahagia. Bahagia tu bila kita menerima dengan hati terbuka." Pesan Lasrah.

Lana sekadar mencemik.

"Yelah. Sebab Kak Chik tengah bahagia. Hati tengah bunga-bunga kannnnn. Bau kentut pun jadi wangi time ni." Komen Lana sarkastik.

Lasrah sekadar ketawa mendengar reaksi Lana.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now