Tepat jam 5.30 petang Lana terpacak berdiri di sebelah meja Zack.
Zack yang sedang sibuk tidak sedar akan kehadiran Lana di tepi mejanya.
"Awakkk." Panggil Lana manja.
Zack angkat wajah. Dia senyum. Lana sudah menantinya.
"Bagi saya 15 minit boleh. Saya nak tutup komputer then nak solat Asar dulu. Boleh?" Zack pandang Lana dengan penuh kasih sayang.
Lana angguk. "Boleh. Saya tunggu dekat depan."
"Tunggu kejap ya." Zack terus menghilang ke ruang solat.
Lana ambil tempat di sofa. Dia membuka buku nota yang dia gunakan untuk menulis semua nota-nota penting yang di ajar oleh master nya.
"Awak." Zack panggil Lana.
"Eh. Dah siap." Tegur Lana.
"Dah. Jomlah balik." Ajak Zack.
"Kejapnya solat." Lana kerut kening.
"Kejap apa. Dah jam 6.00 petang ni. Awak tu yang asyik sangat dengan nota tu." Zack tengok jam di tangan kirinya.
Lana turut melihat jam di tangannya. "Ha'ah lah. Jom balik. Awak ada hutang lagi dengan saya." Lana senyum nakal.
"Eh. Tak habis-habis dengan hutang." Zack senyum lebar. Mereka berjalan beriringan sampai ke kereta.
"Nak dinner kat mana ni?" Zack tanya sejurus selepas masuk ke dalam kereta. Seperti biasa Zack akan bawa Lana makan dahulu sebelum dihantar pulang ke kolej.
"Mamak jom! Kita pekena roti canai dan teh tarik." Ajak Lana.
"Orait." Zack menekan pedal minyak.
"Awak." Lana pandang Zack.
Zack balas pandangan Lana. Dia senyum. "Ada apa?"
"Kenapa bapak awak marah sangat dekat awak sampai kata awak dah mati?"
Senyuman Zack mati. Dia mengalihkan pandangan dia ke depan. Zack diam seribu bahasa.
Lana cari wajah Zack yang dilarikan. "Awak kata awak tak nak ada rahsia di antara kita." Suara Lana perlahan. Bimbang kata-katanya tadi mengguris hati Zack.
"Kita cerita kejap lagi ya." Zack cuba untuk senyum walaupun agak kekok.
"Okey." Lana mengalah.
Zack meneruskan pemanduannya. Tidak lama selepas itu dia memasuki kawasan restoran mamak kegemarannya.
"Dah sampai. Jommm." Ajak Zack.
Mereka mengambil tempat agak jauh dari pelanggan yang lain.
"Cepat order." Lana beritahu Zack.
"Sabarlah. Nak panggil anney maco jap." Zack sengih.
Selesai membuat pesanan Zack ambil nafas panjang. Dia agak berdebar untuk menceritakan kisah hitamnya kepada Lana. Adakah gadis itu mampu menerima kisah silamnya.
"Awak." Zack pandang Lana.
Lana pandang Zack.
"Apa dia?" Lana teruja.
"Kahwin dengan saya please."
Lana tersedak. Nyaris teh ais yang disedutnya tersembur ke muka Zack.
"Sorry awak. Sorry." Cepat-cepat Lana mengambil tisu di dalam kotak dan mengelap tangan Zack yang sedikit terkena air yang tersembur dari mulutnya.
"Takpe. Takpe." Zack turut mengelap tangannya.
Tangan Zack dan Lana tersentuh. Seperti ada aliran arus elektrik menyentuh, cepat-cepat Lana menarik kembali tangannya.
"Sorry." Lana tunduk.
"It's okay. Tapi tentang hal yang saya tanya tadi macam mana?"
Lana termangu seketika.
"Kita nak bincang tentang hal lain kan?" Lana tanya Zack.
"Saya takut awak akan tinggalkan saya kalau awak tau siapa sebenarnya saya dan kisah lampau saya." Zack terdesak.
"Saya takkan tinggalkan awak Zack. Percayalah saya."
"Awak sendiri tengok semalam Lana. Bapak saya sendiri pun tak boleh terima saya, macam mana awak boleh terima kisah hitam dalam hidup saya. Dosa-dosa saya. Maksiat yang saya buat."
Lana terdiam. Dia menarik nafas panjang.
"Saya manusia biasa. Saya sendiri banyak khilaf. Saya bukannya malaikat apatah lagi Tuhan untuk menghakimi silap seseorang. Selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita ada peluang untuk bertaubat dan berubah jika kita ada lakukan kesilapan. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani." Lembut tutur Lana.
"Saya takut Lana. Saya takut awak tak boleh terima saya. Saya pendosa. Saya banyak berzina. Saya bull."
Lana pandang Zack. "Maaf saya nak tanya. Bull tu apa?"
Zack diam.
"Apa dia bull tu awak?"
"Lelaki yang kerjanya puaskan nafsu isteri orang." Zack menjawab senada.
"Macam gigolo tu ke?"
Zack geleng kepala. "Kalau gigolo tu biasanya dia stay dengan seorang perempuan je tanpa pengetahuan si suami. Bull ni dia puaskan banyak perempuan yang semuanya isteri orang atas kehendak suaminya sendiri." Zack tunduk. Dia terlalu malu untuk bertentang mata dengan Lana.
Lana terdiam mendengar penjelasan Zack.
"Mak dengan bapak saya tak boleh terima hakikatnya saya menjual diri demi duit. Bapak saya malu bila orang kampung bercerita tentang hal saya. Sebab tu dia anggap saya dah mati." Zack masih lagi tidak mengangkat wajahnya memandang Lana.
"Saya ni hina awak. Hidup saya penuh dosa. Sampailah kali pertama saya bertemu dengan awak tanpa sengaja. Hari tu menjadi hari pertama saya jejakkan kaki semula ke masjid dan bersolat setelah 5 tahun." Zack mulai menangis. Hatinya begitu pedih. Untuk pertama kalinya dia bercerita tentang perasaan yang dipendam selama ini terhadap seseorang.
Lana ambil nafas.
"Itu kan cerita lama. Awak dah tutup buku tu kan. Awak dah buka buku baru dalam kehidupan awak." Lana cuba memujuk Zack sedangkan hatinya sendiri mulai berbelah bahagi.
"Adakah awak akan kekal di sisi saya Lana?" Zack akhirnya mengangkat wajahnya. Wajah Lana ditatap dengan penuh pengharapan.
Lana serba salah. Dia teringatkan janjinya pada Saiful dan juga ibu Zack yang baru dikenalinya semalam. Lana juga baru sahaja berjanji dengan Zack pagi tadi yang dia tidak akan tinggalkan Zack.
"Takpe Lana. Saya faham." Zack mengesat air mata yang jatuh di pipinya. "Bapak saya sendiri tak boleh terima, apatah lagi awak seorang gadis yang baik dan dibesarkan oleh keluarga yang baik-baik." Suara Zack tenggelam timbul.
Zack bangun dari duduknya. Dia berjalan meninggalkan Lana sendirian di situ. Melihat kebisuan Lana meruntuhkan hatinya.
Lana kaget. Kakinya tidak mampu untuk melangkah mengejar Zack. Adakah dia baru sahaja menghakimi Zack?