"Macam mana dengan kerja you dekat firm anak I Zack?" Tan Sri Umar memulakan perbualan.
"Good Tan Sri. Alhamdulillah atas bantuan Tan Sri." Zack menjawab senang hati.
Tan Sri Umar pandang Zack. "Alhamdulillah? Are you kidding me?" Zack dipandang tepat.
Zack tertawa. Dia mengeleng kepalanya tanda tidak setuju dengan kata-kata Tan Sri Umar.
"Zack. You jangan lupa perjanjian yang kita buat untuk you dapatkan position ni?" Tan Sri Umar seakan mengugut.
"I tak lupa akan perjanjian kita Tan Sri. Kerana perjanjian itulah I ajak Tan Sri jumpa malam ni." Zack mengeluarkan sekotak rokok dari poket bajunya. Rokok di keluarkan dan dinyalakan.
Sesekali dihembus asap ke udara. Bunyi bingit kelab langsung tidak mengganggu ketenangannya menikmati rokok tersebut.
"Bila you boleh mulakan kerja you?" Tanya Tan Sri Umar tidak sabar.
"I dah mula Tan Sri. Kalau tak percaya Tan Sri boleh tanya your son." Zack pandang muka Tan Sri Umar.
"Bukan kerja yang tu yang I maksudkan." Suara Tan Sri Umar mulainya keras.
Zack tersenyum. Dia bersandar di sofa. Keadaan di dalam bilik itu sedikit tegang seperti tegangnya suasa kelab di luar yang bingit dengan bunyi muzik dan orang menari.
Rokok diletakkan di atas ashtray.
"I rasa I tak boleh buat kerja tu Tan Sri." Zack mulai berterus terang.
Wajah Tan Sri Umar mulai berubah. "What do you means dengan kata you tak boleh buat kerja tu?"
"I tak boleh buat kerja kotor tu lagi. That's it." Selamba Zack menjawab.
"You jangan lupa akan perjanjian kita." Tan Sri Umar mengugut Zack. Jarinya telunjuknya diunjukkan kepada Zack.
Zack ketawa. Dia langsung tidak takut akan ugutan itu.
"I just nak keep clean. I nak kahwin. Sampai bila I nak buat kerja macam ni?"
"You nak kahwin? Come on Zack. Orang macam you ni boleh setia ke?" Tan Sri Umar memperlekehkan Zack.
"I boleh setia. Lagi pun selama ni I tak pernah ada terikat dengan hubungan perasaan dengan all my client."
"You yakin bakal isteri you boleh terima siapa you yang sebenarnya?" Ugutan demi ugutan diberikan oleh Tan Sri Umar.
Zack pandang sinis. "Tan Sri yakin anak Tan Sri boleh terima siapa Tan Sri dan Puan Sri sebenarnya. Macam mana dengan dark side Tan sri dan Puan Sri?"
"How dare you!!!" Mencerlung mata Tan Sri Umar memandang Zack.
"Cool Tan Sri. Itu sebabnya I ajak discuss. I akan provide Andy untuk Puan Sri. No need to pay him. I will pay for him." Zack memberi cadangan.
Tan Sri Umar mendengus. Rahsia dia dan isteri dalam genggaman Zack. Zack benar-benar mencabar kesabarannya.
"Macam mana dengan suggestion I tu Tan Sri?" Zack senyum pandang Tan Sri Umar yang masam mencuka.
"Berani you ugut I."
"You left me without choice Tan Sri." Zack senyum lagi.
"Tapi you yang bersetuju dengan syarat I." Tan Sri Umar membentak kuat.
"Macam I cakap you left me with no choice. I need that work. Sedangkan sebelum tu you hormat keputusan I dan minta I suggest other bull." Zack cuba berdiplomasi.
Tan Sri Umar diam.
"Macam mana Tan Sri? Are you okay kalau Andy gantikan tempat I?"
Tan Sri Umar diam lagi.
"Come on Tan Sri. Make it easy. I will guide Andy how to satisfied Puan Sri. Lagipun I dah tanya Puan Sri sebelum ni. Dia tak kisah anyone as long good at bed."
Tan Sri Umar pandang Zack. Dia masih belum puas hati. Namun dia tidak mahu panjangkan hal ini sekiranya isterinya tidak kisah. "I will discuss with my wife first."
"Macam tu barulah business Tan Sri." Zack senyum lebar.
"I pergi dulu." Tan Sri Umar masih geram kerana Zack memungkiri janjinya. Dia segera bangun dan beredar.