"Dewi Lana."
Lana senyum mendengar namanya di sebut. Dia duduk di kerusi di hadapan orang yang menyebut namanya tadi.
"Awak ada apa-apa masalah ke? Jarang awak datang bertemu dengan saya." Lelaki di hadapan Lana bertanya dengan penuh prihatin.
Lana senyum lagi. "Saya tiada sebarang masalah prof. Saya cuma datang untuk dapatkan sedikit tips bagi final exam ni." Lana jawab ikhlas.
Prof Hashim menanggalkan kaca matanya. "Bukan ke dalam kelas hari tu saya dah bagi tips? Case study mana yang penting dan perlu difokuskan untuk peperiksaan akhir ni." Wajah Lana dipandangnya.
Lana telan air liur.
"Tips yang prof bagi dalam kelas itu saya dah catat dan saya sudah pun buat ulangkaji tapi mana tahu prof ada tips yang istimewa sikit untuk saya. Kalau boleh saya nak skor A untuk subjek ni." Lana berterus terang.
Professor Hashim ketawa kecil mendengar jawapan Lana.
"Tips yang saya bagi dalam kelas tu adalah tips istimewa untuk semua pelajar saya kerana saya dah beri specific case study yang perlu awak semua fokus. Cuma pesanan saya, fahami betul-betul case study itu dan buat revision berulang kali." Prof Hashim menasihati Lana bak seorang ayah menasihati ayahnya.
Lana angguk perlahan.
Prof Hashim senyum melihat Lana. Gadis di hadapan dia ini sangat bijak dalam pelajaran dan dia berpuas hati dengan setiap keputusan peperiksaan Lana, namun dia agak bimbang kerana gadis ini agak kurang menyerlah dan kurang keyakinan dalam dirinya. Dia berharap suatu hari nanti Lana berjaya menjadi seorang peguam yang yakin dan berjaya.
"Kamu ada case study yang kamu tidak faham?" Professor Hashim pandang Lana.
Laju Lana geleng kepala.
"Lana." Professor Hashim memanggil Lana.
Lana angkat wajah.
"Kamu kena ada self confident. Bagaimana kamu mahu berhujah di mahkamah kalau kamu kurang keyakinan diri. Kalau nak tanya saya sesuatu, angkat wajah kamu. Tanya saya dengan yakin. Gred yang bagus itu baik, tetapi keyakinan diri juga perlu ada." Professor Hashim mengutarakan apa yang ada di dalam hatinya.
Lana angkat wajahnya. Professor Hashim dipandangnya tanpa takut. "Baik Prof. Saya faham."
Professor Hashim senyum tanda berpuas hati. "Keyakinan yang macam tu saya nak. Kamu nak berhujah nanti."
Lana senyum sehingga sepet matanya.
"Bagus. Ada case study yang kamu tidak faham?" Professor Hashim tanya lagi.
Lana geleng. "InsyaAllah. Saya dah faham semua case study yang prof berikan sebagai tips. Cuma prof doakan saya berjaya jawab semua soalan nanti." Lana jawab yakin.
"Itu yang saya mahu." Professor Hashim senyum lebar.
"Kalau macam tu saya undur diri dulu prof." Lana keluar dari bilik Professor Hashim.
Di suatu sudut tidak jauh dari bilik Professor Hashim, Syafa sudah setia menanti Lana.
"Dapat tips lain tak?" Syafa tanya tidak sabar.
Lana geleng lemah.
"Kedekut betullah orang tua tu." Syafa merungut.
"Prof dah bagi tips kan. Sepuluh case study yang perlu kita fokus." Lana menjawab.
"Sepuluh case study yang dia suruh fokus tapi tiga je yang masuk final exam. Banyak tu sepuluh nak fokus. At least bagilah lima je. Senang sikit nak hafal. Macamlah kita tak perlu fokus kat subjek lain jugak." Syafa tidak puas hati.
"Kenapa awak tak masuk bilik prof tadi? Utarakan pendapat awak ni." Lana menempelak Syafa.
"Tak naklah saya masuk. Buatnya dia tanya case study apa yang dia suruh fokus tu, nganga saya nak jawab. Saya bukan fokus sangat pun masa prof cakap dalam kelas tu. Lainlah awak." Syafa menjawab sambil berjalan meninggalkan Lana.
Lana geleng kepala dengan sahabatnya nan seorang ni. Sesambil berjalan mendapatkan Syafa, Lana terfikir kembali kata-kata Professor Hashim itu tadi. Aku ni kurang keyakinan diri ke? Bisik Lana sendiri sambil membelek dirinya di dinding cermin fakulti.