Bahagian 18

138 5 0
                                    

Zack bersila kemas di lantai masjid. Dia sekadar duduk termenung memandang ke mimbar tidak jauh dari duduknya.

Lelaki tua tadi duduk disebelahnya. "Anak," Lembut suara tersebut menegur. "Anak ni dari mana?"

Zack memandang lelaki tua yang duduk disebelahnya. "Errr pakcik. Saya..." Zack mati kata.

Lelaki tua itu sekadar tersenyum melihat reaksi Zack. "Takpe kalau takde jawapan. Anak dalam perjalanan nak kemana? Kot-kot singgah disini."

"Saya dalam perjalanan mencari Tuhan." Lancar Zack menjawab.

Lelaki tua itu tersenyum lagi. Dia menganggukkan kepalanya.

"Pakcik ni siapa? Imam dekat sini ke?" Zack memandang raut wajah pakcik itu.

"Oh! Pakcik tok siak dekat masjid ni. Panggil je pakcik Pak Habib." Lelaki tua itu tersenyum.

Zack turut tersenyum. "Saya Zacc... Saya Zafran." Zack membetulkan sebutan namanya.

"Dah nak masuk waktu ni. Marilah kita berwudhuk. Lepas tu boleh kita solat sunat dulu." Beritahu Pak Habib sewaktu dia nampak bilal mulai mengambil tempat untuk azan Asar.

"Errrr. Pak Habib pergilah dulu." Zack menolak dengan lembut ajakan Pak Habib. Sebenarnya dia sudah lupa cara untuk berwudhuk apatah lagi untuk solat.

Pak Habib meninggalkan Zack yang masih duduk di situ. Dengan perlahan Zack mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Dia lantas membuat carian cara untuk berwudhuk.

Setelah yakin akan langkah-langkah berwudhuk yang dipelajarinya melalui google, Zack bingkas bangun untuk berwudhuk. Ketika itu azan Asar berkumandang dan Zack merasakan ketenangan yang dicari selama ini olehnya.

Dengan tertib Zack berwudhuk di samping jemaah lain. Ketika jemaah lain dan Pak Habib menunaikan solat sunat, Zack hanya duduk diam dibelakang sambil memerhati.

Ketika bacaan qamat, Pak Habib mendekati Zack. "Mari kita berjemaah." Ajak Pak Habib. Dia seakan mengerti akan hati anak muda itu kerana dari tadi dia memerhatikan anak muda itu.

Zack sekadar mengikuti Pak Habib mengambil tempat di saf yang paling belakang dan mereka mula solat Asar berjemaah.

Zack sekadar mengikut pergerakan solat tanpa membaca apa-apa kerana dia sudah lupa akan bacaan dalam solat. Hati Zack terasa hiba saat kali pertama dia mengangkat takbiratul ihram.

Ketika doa dibacakan oleh imam, hati Zack terasa benar-benar sayu. "Aku perlu cari Tuhan aku." Bisik hati Zack.

Selesai doa, Zack segera bersalam dengan Pak Habib dan dia memohon untuk pergi. "Saya pergi dahulu Pak Habib. Ada urusan yang perlu saya selesaikan." Ujar Zack sambil menghulurkan tangannya kepada Pak Habib.

"Zafran. Kalau kamu mahu jalan pulang, sentiasalah kembali ke sini. InsyaAllah, Pak Habib ada." Bicara Pak Habib sambil menyambut salam Zack.

"InsyaAllah." Jawab Zack sebelum berlalu pergi.


LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now