Bahagian 104

49 5 0
                                    

"Hai." Suatu suara lunak manja menegur Lana dari belakang.

Lana berpaling sambil tersenyum dan senyumannya mati secara tiba-tiba. Kening Lana berkerut.

"Hai Lana!" Suara itu menegur dengan ramah. Senyuman palsu ditayangkan pada Lana.

Lana kerut kening. Wajah yang menyapanya itu tidak dikenalinya.

"You tak ingat I ke Lana?" Sofia senyum seakan mengejek.

Lana geleng kepalanya perlahan. "Maaf. Saya tak ingatlah." Lana jawab lembut cuba untuk tidak mengguris hati wanita dihadapannya. Matanya memandang ke atas dan ke bawah melihat pakaian wanita itu yang agak mencolok mata.

"I Sofia." Sofia menghulurkan tangannya. "Takkan you dah lupa." Sofia senyum paksa.

Lana menyambut tangan Sofia dengan teragak-agak. Otaknya masih belum mampu memproses maklumat mengenai wanita yang ramah berdiri dihadapannya itu.

"Lana! Kalau jenama ni boleh?" Zack datang mendekati Lana dengan membawa satu plastik dipenuhi kotak tisu. "Jenama yang awak nak tu dah habis dekat rak. Yang ada jenama ni je. Okey ke?" Zack bertanya tanpa memandang Lana. Matanya masih terarah di kotak tisu yang dipegangnya.

"Hai Zack! Long time not see you." Sofia laju menegur Zack. Dia segera mendapatkan Zack yang kelihatan sedikit berbeza dengan jambang dan janggut yang kemas dimukanya.

Darah Zack berderau. Dia seakan biasa mendengar suara tersebut. Wajahnya di angkatkan. Wajah Lana dan Sofia dipandangnya bersilih ganti.

Sofia memagut lembut lengan Zack. "You hilang ke mana Zack? You pindah rumah, you tukar phone number. Kenapa you dera I macam ni Zack? Apa salah I? I am missing you so much!" Sofia merengek manja. Lengan Zack dipeluk erat.

Zack menolak keras tangan Sofia. Dia segera berjalan ke arah Lana yang diam terpaku memerhati drama Sofia.

"Errrr Lana." Zack mati kata.

Lana masih berdiri terpaku di situ.

"Jom Lana." Zack tarik hujung lengan baju Lana.

Lana hanya menurut tanpa membantah. Troli ditangannya ditolak perlahan. Hatinya terasa sakit tetapi dia cuba untuk positif. Dia tahu wanita itu adalah masa silam Zack yang tidak perlu dia risaukan lagi tetapi hati Lana masih terpalit rasa cemburu. Apatah lagi tatkala melihat wanita itu kelihatan cantik, seksi dan bergaya.

"Zack! Zack! Nanti!" Sofia terkedek-kedek mengejar Zack dan Lana. Troli yang ditolak Lana ditahannya.

"Who are you?" Tanya Zack dengan nada sedikit keras.

Sofia ketawa. Dia terasa lucu mendengar soalan Zack itu. "Who are you? Are you kidding me? Oh, come on Zack!" Ketawa Sofia makin kuat.

"Jom Lana." Zack pegang lengan Lana yang dilapik dengan kemeja lengan panjang yang dipakai Lana. Troli di tangan Lana juga di ambil. Mereka jalan cepat-cepat meninggalkan Sofia.

"You takut ke Zack? You takut perempuan ni tahu siapa sebenarnya you?" Sofia turut sama melangkah mengikuti langkah Zack dan Lana. Dia mulai marah apabila Zack pura-pura tidak mengenalinya.

Langkah Zack terhenti. Kata-kata Sofia seakan mencabarnya.

Sofia senyum puas tatkala melihat Zack berhenti dari terus melangkah meninggalkannya. Dia tidak mahu Zack terusan mengelak darinya.

"Apa yang you nak?" Zack cekak pinggang. Lana hanya diam memerhatikan drama Zack dan Sofia. Dia sedar, satu hari nanti dia akan menghadapi situasi sebegini. Terlalu ramai wanita dari kisah silam Zack masih mengejar Zack sehingga kini.

Sofia senyum bongkak. Dia terasa menang. "I nak you!" Begitu bongkak bicara Sofia.

"Tapi I tak nak you." Zack jawab tenang.

Sofia tersentak.

"Hei Zack! You jangan ingat perempuan ni akan setia bersama you kalau dia tahu siapa sebenarnya you!" Sofia mengugut.

Zack sekadar senyum mendengar ugutan Sofia itu.

Sofia sakit hati melihat senyuman Zack yang seolah-olah tidak gentar akan ugutannya.

"Hei perempuan. Kau dengar sini ya! Zack ni kekasih aku. Dan satu lagi aku nak beritahu engkau siapa sebenarnya jantan ni. Dia ni bull tahu tak? Bull! Jantan yang memuaskan nafsu bini orang tapi dibayar oleh suaminya sendiri. Kau perempuan baik macam ni bertudung litup takkan kau sukakan lelaki yang penuh dosa macam ni." Sofia menghamburkan perasaannya terhadap Lana. Dia benar-benar marah. Dia puas hati tatkala berjaya membuka pekung Zack.

Lana senyum setelah mendengar kata-kata Sofia. Lana pandang Zack. "Betul ke dia kekasih awak?"

Zack senyum sambil memandang mata Lana. "Dia bekas kekasih saya sayang." Tutur Zack lembut. "Dialah perempuan yang saya pernah sayang suatu ketika dahulu tetapi dia tinggalkan saya demi mengahwini harta seorang lelaki tua berpangkat Tan Sri. Dia sanggup jadi isteri ketiga lelaki tua itu dan tinggalkan saya. Maka inilah dia bekas kekasih saya sayang." Sambung Zack lagi. Begitu lembut tuturnya terhadap Lana.

Lana berpaling memandang Sofia. Dia sekadar tersenyum sambil memeluk tubuhnya.

Sofia bengang mendengar kata-kata Zack. "Tapi dia bull. Takkan awak nak lelaki kotor penuh dosa macam dia?" Sofia masih cuba menghasut Lana.

Lana pandang Sofia. "Dia bukan lagi lelaki yang awak kenal dulu Sofia. Zack sekarang lelaki yang berbeza. Kalau awak nak cerita pada saya tentang kisah silam dia supaya saya bencikan dia, awak silap Sofia. Dari awal perkenalan kami, dia dah beritahu siapa diri dia sebenarnya. Apa pekerjaan dia dahulu.  Apa dosa-dosa yang dia dah lakukan dahulu. Tak perlu awak beritahu saya semua itu. Semuanya dia dah beritahu saya awal-awal lagi. Itu semua kisah dia dahulu. Zack hari ini bukan lagi Zack dari zaman awak. Dosa dia dulu, itu urusan dia dengan Allah SWT. Selagi mana dia bertaubat atas dosa-dosa dia dan memperbaiki diri dia serta menjadi hamba Allah yang taat dan beriman, saya tiada sebarang rasa benci terhadap dia. Saya yakin, Allah menerima taubat dan doa-doa dia. Saya pun manusia biasa, ada khilaf yang saya buat tanpa saya sedar. Jadi, kenapa saya nak menghakimi dosa seseorang. Alhamdulillah, Zack dah kembali ke jalan Allah, saya doakan awak sebagai rakan Zack turut kembali ke jalan yang benar. Ikhlas saya doakan awak." Lana senyum memandang Sofia tanpa sebarang riak, jijik atau benci terhadap wanita itu.

"Dengar tu Sofia. Hidup ini sekadar pinjaman. Semua ini sementara sahaja. Kehidupan abadi kita selepas ini. Baliklah. Jadi isteri yang baik dan solehah. Layan suami you baik-baik. Cukuplah mengejar duniawi ni. Assalamualaikum." Habis sahaja berbicara Zack tarik hujung lengan baju Lana mengajak gadis itu meninggalkan Sofia di situ. Tidak betah lagi dia berlama-lama di situ kerana makin banyak mata-mata memerhatikan drama mereka bertiga.

Sofia kelu. Dia sama sekali tidak menyangka Zack benar-benar berubah. Paling dia tidak sangka adalah keberanian Zack berterus terang tentang kisah silamnya kepada Lana. Sofia sekadar memerhati pemergian Zack dan Lana meninggalkannya.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now