Bahagian 22

144 4 0
                                    

Sofia menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan suaminya. Sambal udang turut diletakkan sama.

"Cukuplah tu. I tak nak makan banyak sangat." Tan Sri Megat bersuara.

"Eh makanlah banyak sikit. You kan nak pergi kerja tu. Mesti kena guna banyak tenaga." Sofia cuba bermesra.

Tan Sri Megat meletakkan telefon bimbit di meja. Kelakuan isterinya agak mencurigakan pada pagi ini. Kebiasaannya ketika dia keluar untuk bekerja, isterinya masih diulit mimpi.

"Kenapa you nampak lain macam hari ni?" Tan Sri Megat memandang Sofia.

Sofia yang sedang menuang kopi ke dalam cawan terdiam. Lantas dia mengambil cawan itu dan dihulurkan kepada suaminya.

"I tanya you ni. Kenapa you nampak lain pagi ni?" Tan Sri Megat mengulangi pertanyaannya.

Sofia cuba berlagak biasa. "Takde apa-apa. I just nak jadi seorang isteri mithali yang menyediakan keperluan suami sebelum dia keluar mencari rezeki." Sofia mrnawab bersahaja.

Tan Sri Megat tergelak sinis. "Come on Sofia. Biasanya kalau you buat baik macam ni dekat I, you nak duit. Am I right?"

"Memandangkan you dah tahu apa yang I nak, tak perlulah I berlakon lagi." Sofia tersenyum sinis. Jari jemarinya menari-nari di permukaan cawan kopinya sebelum dia mengangkat cawan itu ke bibirnya.

"Berapa pulak you nak kali ni? Business apa pulak you nak join dengan kawan-kawan you tu?" Tan Sri Megat menggaul nasi lemak di dalam pinggan. Soalannya tampak bersahaja.

Sofia meletakkan cawan kopi ke piring. "Two hundred thousand." Jawab Sofia bersahaja.

Tan Sri Megat tersentak. "Business apa you nak buat sampai two hundred thousand. You gila apa?" Sudu dan garfu yang digunakan diletakkan kembali ke pinggan.

"Come on! I nak buka exclusive boutique kot! Untuk golongan atasan." Sofia menjawab tanpa rasa bersalah.

"Tapi takkan sampai dua ratus ribu!" Suara Tan Sri Megat seakan marah.

Sofia tersenyum menggoda. "Chill honey. Chill. You jugak suruh I do something. Jangan habiskan duit you dengan shopping and spa only. And now I am trying to double your money." Sofia beralasan.

"Double my money your butt!" Tan Sri Megat bengang.

"Honey look! I pay you back bila business I dah berjaya." Sofia cuba meyakinkan suaminya.

Wajah Sofia dipandang tepat. Amarah membuak-buak di dalam dadanya. "Are you sure yang you nak bukak exclusive boutique atau you nak tanggung ex boyfriend you si gigolo tu." Suara Tan Sri Megat terketar-ketar seolah-olah menahan marah.

"You jangan ingat I bodoh! Budak-budak I selalu mengawasi you. You ingat I tak tahu yang you masih lagi terkejar-kejar akan ex boyfriend you tu." Jari telunjuk Tan Sri Megat tepat di depan wajah Sofia.

Sofia terdiam. Wajahnya ditundukkan. Kata-kata suaminya umpama satu amaran buatnya.

"Answer me Sofia. Am I right?" Suara Tan Sri Megat agak kuat.

"No! Nooooo!" Sofia menafikan. "I memang nak bukak butik." Suara Sofia tenggelam timbul.

"You ingat Sofia, kalau you buat hal dengan I, I akan cut segala sumber kewangan dan kemewahan you. Bukan sahaja you Sofia, sumber kewangan untuk parent you dan adik-adik you kat kampung juga." Tan Sri Megat memberi amaran.

Sofia diam menikus.

Tan Sri Megat segera bangun dan meninggalkan Sofia sendirian di meja makan.

"Damn!" Sofia menumbuk meja makan usai Tan Sri Megat hilang dari pandangan. "Orang tua ni stalk aku rupanya. Arghhhh!!!" Sofia bengang.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now