Bahagian 120

64 3 0
                                    

"Nak panggil apa ni?" Hajah Maimon memulakan perbualan dengan mak Kiah, ibu Zack. Dia menemani ibu Zack makan selepas selesai upacara merisik dan menyarung cincin.

"Panggil Kiah je kak. Saya ni orang kampung je." Jawab mak Kiah malu-malu.

"Makanlah Kiah ya. Jangan malu-malu. Tambah nasi dengan lauk lagi." Hajah Maimon cuba beramah sambil menolak lembut mangkuk gulai ayam dekat dengan pinggan mak Kiah.

"Takpe kak. Dah banyak saya makan ni." Ibu Zack masih lagi malu-malu untuk bermesra dengan umi Lana kerana ini merupakan kali pertama mereka bertemu.

"Dari jauh kamu datang. Makanlah lebih sikit. Akak masak banyak hari ni." Hajah Maimon berbual ramah.

Mak Kiah tersenyum lega dengan penerimaan bakal ibu mertua Zack. Sebenarnya terselit kebimbangan dihatinya akan penerimaan keluarga Lana terhadap Zack. Namun dari saat mereka tiba tadi, mereka sekeluarga di sambut mesra oleh keluarga Lana membuatkan mak Kiah tidak lagi gundah.

"Sedap masakan hari ni. Akak masak sendiri ke?" mak Kiah memuji.

"Ha'ah. Akak masak awal pagi tadi dengan Lana dan kakak dia Lasrah. Alhamdulillah. Dia orang berdua tu rajin membantu akak di dapur." Hajah Maimon senyum lebar sambil memuji Lana.

"Alhamdulillah. Bertuah akak dapat anak-anak yang rajin membantu akak di dapur." mak Kiah senyum.

"Bertuah betullah Zafran dapat bakal isteri cantik. Rajin di dapur pula tu." Tambah mak Kiah lagi.

Hajah Maimon senyum lebar tatkala mendengar anak gadisnya dipuji. Sebagai seorang ibu, dia merasakan dia berjaya membesarkan anak gadisnya apabila anak gadisnya disukai oleh ibu mertua mereka.

Mak Kiah pandang wajah Hajah Maimon. Sscara tiba-tiba dia berasa terharu.

"Bertuah betul Zafran." Suara mak Kiah mulai sayu.

"Kenapa?" Hajah Maimon bertanya sambil tersenyum mesra.

"Allah berikan dia orang yang baik-baik yang boleh terima kekurangan dia, kesilapan dia dan masa silam dia." mak Kiah berbicara penuh perasaan.

Hajah Maimon terdiam sejenak.

"Errr apa maksud Kiah?"

Mak Kiah mengeluh perlahan. Nasi di dalam pinggannya digaul perlahan.

"Iyalah. Mak mana yang tak risau bila anak-anak ni nakal. Terutama sekali bila anak-anak ni jauh dari mata." mak Kiah bicara mengikut perasaannya.

"Akak tak faham ni. Kiah cakap tentang apa ya?" Hajah Maimon mulai tidak senang duduk. "Tadi Kiah cakap tentang kesilapan, tentang masa silam."

"Iyalah kak. Saya terharu betul bila Lana dan keluarga akak terima kesilapan lama anak saya. Keluarga akak langsung tak hakimi kesilapan dia dulu." mak Kiah masih meluahkan rasa leganya tanpa menyedari bahawa dia sedang membuka rahsia Zack yang disembunyikan oleh Zack, Lana, Lasrah dan Amirul.

"Salah apa ni? Silap apa Zafran buat?" suara Hajah Maimon sedikit tinggi. Dia semakin tidak senang.

Mak Kiah pandang Hajah Maimon yang sedikit meninggikan suaranya. Suara Hajah Maimon turut menarik perhatian Zack, Saiful dan Amirul yang sedang makan di sudut lain. Haji Lakiman dan pak Zahir pula sudah keluar untuk berbual di halaman rumah.

Zack segera mendekati ibunya. "Mak. Awat ni?"

"Mak kamu ni Zafran. Dia cakap yang bukan-bukan. Dia kata kami ni baik boleh terima kesilapan kamu dan masa silam kamu. Kesilapan apa ni? Masa silam apa?" suara Hajah Maimon semakin kuat.

Mak Kiah yang seolah baru menyedari dia telah terlepas cakap segera mendiamkan diri.

Zack mulai cuak. Dia juga tidak tahu apa yang telah diberitahu oleh ibunya kepada umi Lana.

"Kiah. Beritahu akak Kiah. Silap apa Zafran ni dah buat?" Suara kuat Hajah Maimon mendorong Lana, Lasrah dan Syafa keluar dari bilik.

"Kenapa ni bang?" Lasrah mendekati suaminya.

"Entahlah. Abang rasa mak Zack terlepas cakap tentang masa silam Zack dekat umi." jawab Amirul tenang.

"Ya Allah." Lasrah mengurut dadanya. Dia segera berpaling memandang Lana yang mulai kelihatan pucat lesi.

"Kenapa riuh-riuh ni?" Haji Lakiman muncul dari luar dengan pak Zahir.

Hajah Maimon mendekati suaminya. "Ini bang. Saya rasa mereka semua ni dah tipu kita. Mereka semua sembunyikan identiti sebenar si Zafran ni. Si Kiah ni tadi terlepas cakap dengan saya. Dia kata kita ni baik sebab terima masa silam si Zafran. Masa silam apa ni bangggg." Hajah Maimon mulai menangis di lengan suaminya.

Haji Lakiman memandang pak Zahir. Pak Zahir serba salah lantas menundukkan wajahnya.

"Ada sesiapa yang nak berterus terang disini?" Haji Lakiman bersuara perlahan.

Semua yang ada di situ diam dan menundukkan wajah.

Tiba-tiba ada satu suara mencelah. Tangannya di angkat tinggi. "Lana. Biar Lana yang terangkan semuanya."

Semua mata tertumpu ke arah Lana yang sedang mengangkat tinggi tangannya.

Zack terkesima.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now