Bahagian 71

86 4 0
                                    

Lana meloloskan badan ke dalam kereta Zack. "Naikkan tingkap. Jalan cepat." Arah Lana.

"Grab?" Zack pandang Lana. Dia tidak berpuas hati.

Lana pandang Zack. "Jalan je dulu."

Zack akur. Dia menukar gear dan menekan pedal minyak.

Lana melambai tangan kepada umi dan abahnya. Zack memandu tanpa menoleh kepada kedua ibu bapa Lana.

Setelah kereta keluar dari halaman rumah, Zack pandang Lana.

"Apa? Tak puas hati?" Lana senyum. Dia mengusik Zack yang kelihatan tegang.

"Driver grab umi awak panggil saya?" Zack masih tidak puas hati.

"At least awak keluar dari halaman rumah saya dengan selamat sebagai pemandu grab daripada awak perkenalkan diri sebagai kawan saya. Silap-silap boleh arwah awak nanti." Lana sengih.

Zack diam.

"Awak tak beritahu umi dengan abah lagi fasal lamaran saya." Zack pandang Lana.

Perlahan-lahan Lana menggelengkan kepalanya.

"Saya tak berani." Perlahan juga suara Lana.

"Umi dengan abah awak garang sangat ke?" Zack pandang Lana yang mulai kelihatan tertekan.

"Awak. Dekat depan sana ada masjid. Nanti kita singgah solat Asar dulu. Dah masuk waktu Asar ni." Lana mengubah topik perbualan mereka.

Zack sekali lagi akur. Dia membelok masuk ke kawasan masjid untuk menunaikan solat fardhu Asar.

Usai selesai solat Asar, Zack keluar dari masjid. Lana masih tidak kelihatan. Zack masuk ke dalam kereta. Enjin dan penyaman udara dihidupkan. Dari jauh Zack nampak Lana perlahan-lahan berjalan ke arahnya.

Lana masuk ke dalam kereta.

"Muka ketat sangat tu kenapa? Bukan ke awak baru lepas menghadap Allah. Muka kenalah ceria berseri-seri." Zack usik Lana.

Lana menghadiahkan jelingan tajam kepada Zack.

Zack pura-pura sedih. "Sampai hati awak hadiahkan saya jelingan tajam. Dahlah saya datang sejauh ni untuk ambil awak. Grab pun tak sudi tahu datang sejauh ni untuk ambil awak. Pelawa masuk rumah ajak minum teh pun takde."

Lana pandang Zack.

"Macam mana kalau saya tak mampu nak tunaikan janji saya pada awak, pada Pul?" Suara Lana seakan sebak.

Zack yang asyik tersenyum memandang Lana berubah wajah. Dia terkejut melihat perubahan tiba-tiba Lana.

"Apa maksud awak ni?"

"Saya tanya awak. Macam mana kalau saya tak mampu untuk tunaikan janji saya pada awak dengan Saiful?" Lana mengulangi soalan tadi.

Zack mengalih wajahnya. Dia fokus pada pemanduan.

"Saya tanya awak ni." Lana cuba meraih perhatian Zack.

"Awak dah janji kan." Zack menjawab tanpa menoleh Lana.

"Tapi saya dah terjanji dengan umi dulu sebelum saya berjanji dengan awak." Air mata Lana mulai merembes.

"Kenapa ni? Apa ni? Saya tak faham." Zack mulai bingung.

"Saya takut saya tak mampu tunaikan janji saya pada awak sebab janji saya pada umi." Lana memberitahu. Nafasnya tersekat-sekat dek kerana menahan tangis.

"Awak janji apa dengan umi?" Zack pandang Lana. Dia segera memberi signal untuk berhenti di tepi.

Gear ditukar, brake di angkat. Zack berhenti di tepi jalan. Dia perlukan penjelasan dari Lana.

Wajah Lana ditatap penuh kasih sayang.

"Sekarang beritahu saya apa janji awak dengan umi?" Zack bertanya lembut.

Lana angkat wajah. Hatinya mulai mempunyai sedikit rasa terhadap Zack tetapi dia pendamkan kerana dia masih cuba untuk berhati-hati dalam memberi hati. Dia bimbang jika dipatah hati.

"Abah dengan umi dah pilih calon untuk saya." Lana berkata perlahan.

"Awak setuju?" Zack mulai mendesak Lana.

Lana angguk.

"Damn!" Zack menumbuk stereng kereta. Lana terkesima dengan reaksi Zack.

"Awak suka dia?" Zack tanya Lana.

Lana angkat wajah. "Siapa?"

Zack tepuk dahi. "Lelaki yang umi dan abah awak pilih tu." Zack semakin kurang sabar.

"Luqman?" Tanya Lana.

"Whatever his name I just don't care. Saya cuma nak tahu awak suka dia atau tidak. Itu je." Zack cuba mengawal amarahnya.

Lana geleng kepala.

Zack sedikit lega. "Saya? Awak suka saya tak?" Perhatian Zack diberikan sepenuhnya kepada Lana.

Lana terkesima. Dia diam membatu. Mengangguk tidak menggeleng kepala pun tidak.

Zack terpinga.

"Yes or no?" Zack tanya Lana.

Lana diam. Masih tiada sebarang reaksi.

"Is it yes or no. Itu je." Zack kelihatan terdesak.

Lana angkat wajah. "Saya tak tahu." Air mata mulai merembes.

Zack diam. Sedikit sebanyak Zack terasa lega. Walaupun Lana tidak mengangguk untuk mengiyakan tapi dia juga tidak menggeleng untuk menidakkan. Sedangkan si Luqman telah Lana tolak tanpa berfikir lama.

"Actually, awak mulai sukakan saya. Betul tak Lana?" Zack cari wajah Lana yang ditundukkan.

Lana diam. Masih tiada sebarang reaksi.

"Tapi awak tak pasti dengan perasaan awak sekarang, bukan begitu?" Zack terasa yakin dengan teorinya.

Lana diam lagi.

"Lana." Zack panggil Lana.

Lana angkat wajah.

"Takpe. Take your time kalau awak rasa awak belum pasti dengan perasaan awak. Teruskan buat istikharah sampai awak betul-betul pasti." Zack senyum kelat.

"Terima kasih Zack." Lana menjawab dengan sedikit kelegaan.

"Bila awak dah yakin dengan perasaan awak terhadap saya, sama-sama kita hadapi umi dan abah awak." Beritahu Zack sambil tersenyum.

Lana turut sama tersenyum. Mereka meneruskan perjalanan kembali ke ibu kota.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now