Bahagian 112

56 6 0
                                    

Makanan yang dipesan akhirnya tiba.

"Banyaknya Lana pesan makanan." Lasrah pandang makanan di meja.

Lana sengih-sengih. "Semua sedap. Jadi Lana tak tahu nak pilih mana satu."

"Membazir je nanti kalau tak terhabis makan." Lasrah membebel perlahan.

"Kalau tak nak membazir. Kak chik makanlah sampai habis. Kan senang." Lana ketawa sambil menutup mulutnya.

"Takkan kita nak duduk sini je habiskan makanan." Lasrah merungut.

"Memanglah kita akan duduk sini je sambil makan-makan. Kejap lagi dah Asar. Boleh kita terus solat dekat situ je." Lana tunjuk masjid yang berada di tepi tempat letak kereta kedai makan itu.

"Kita tak nak pergi shopping ke?" Pasrah pandang Lana.

"Buat apa kita nak pergi shopping kalau personal shopper ada depan mata." Lana ketawa lagi.

Lasrah menjeling mendengar jawapan Lana itu. "Perli kak chik eh?"

Lana menutup mulut dengan tawa yang masih berbaki. "Mana ada Lana perlilah kak chik. Betullah tu kan. Kak chik kan personal shopper. Nanti kalau Lana ada apa-apa nak beli, Lana order dengan kak chik kan senang. Lagipun taste kak chik lebih elok dari taste Lana."

"Sama juga dengan taste kamu dalam memilih lelaki." Lasrah bernada sarkastik.

Lana yang mendengar kata-kata Lasrah itu agak terasa. Namun dia abaikan kata-kata Lasrah itu.

"Cepat makan kak chik. Nanti makanan sejuk. Lepas makan kita boleh solat Asar terus." Lana mengubah topik.

Mereka menikmati makanan tanpa sebarang bicara. Lana terasa kekok untuk kembali berbual setelah Lasrah seolah memerli dirinya. Begitu juga dengan Lasrah.

Usai makan mereka berdua berjalan menuju ke arah masjid yang ditunjukkan oleh Lana tadi.

Ketika mereka masuk ke dalam pagar masjid, jemaah kelihatan keluar dari masjid setelah selesai solat Asar berjemaah. Waktu Asar telah masuk ketika mereka masih menjamu selera.

"Ramainya budak-budak." Lasrah menegur kanak-kanak yang berebut-rebut masuk ke dalam masjid.

"Biasa petang ahad macam ni ada kelas mengaji selepas waktu Asar." Lana menjawab bersahaja sambil menuju ke ruangan solat muslimat.

"Kamu biasa solat dekat sini ke?"

"Haah. Biasanya lepas makan-makan dekat kedai tadi, Lana akan singgah solat terus."

Lasrah hanya diam tidak menjawab lagi. Mereka berwudhuk dan solat Asar.

Setelah siap solat Lasrah menegur. "Merdunya suara ustaz yang mengajar budak-budak tu mengaji kan?"

Lana senyum. Dia mendekati Lasrah. "Kak chik nak tengok tak rupa ustaz tu? Kacakkkkkk."

"Heh! Kamu jangan merepek Lana."

Lana mendekati tirai yang memisahkan ruangan solat muslimin dan muslimat. Lantas Lana menarik tirai tersebut memberi ruang untuk Lasrah melihat ustaz yang dimaksudkan.

"Lana!" Lasrah tutup mata dengan telekung yang di pakainya.

"Rileks lah kak chik." Lana sengih-sengih.

Lasrah melihat budak-budak yang duduk mengelilingi ustaz yang membelakangkan Lasrah dan Lana.

"Itu semua anak-anak gelandangan dekat sini kak. Lelaki tu bukannya ustaz tapi dia ajak budak-budak tu datang ke masjid mengaji secara percuma setiap petang ahad selepas waktu Asar. Kalau nak buat baik ni, kita tak perlu jadi ustaz. Kita cuma perlu ada hati yang suci dan ikhlas. Anak-anak tokey kedai makan dekat sekitar sini pun ada. Termasuklah anak tokey kedai makan yang kita makan tadi." Perlahan suara Lana bercerita.

Lasrah diam sambil memerhatikan anak-anak tersebut yang begitu asyik mengaji mengikut alunan suara merdu si ustaz.

Sedang Lana dan Lasrah asyik mendengar alunan suara mengaji salah seorang kanak-kanak tersebut menegur.

"Eh! Kak Dewi lah. Abang Zafran kata kak Dewi tak datang petang ni."

Lana senyum. Dia sengaja memperkenalkan dirinya sebagai Dewi kepada budak-budak tersebut sepertimana Zack memperkenalkan diri sebagai Zafran.

Lana menarik tangan Lasrah mendekati kanak-kanak tersebut. Lasrah menurut tanpa membantah.

Tiba-tiba ustaz yang mengajar kanak-kanak tersebut berpaling memandang Lana dan Lasrah.

"Hai." Lana senyum sambil melambai tangannya kepada Zack.

Zack membalas senyuman Lana. Namun senyuman tersebut mati tatkala Zack terpandangkan Lasrah.

Langkah Lasrah juga terhenti saat dia ternampak Zack.

"Lana." Lasrah tarik tangan Lana yang berjalan mendekati Zack dan kanak-kanak tersebut.

Lana pandang Lasrah. "Kenapa?"

"Apa semua ni?" Suara Lasrah sedikit keras.

"Takde apa-apa." Lana senyum.

Lasrah tarik tangan Lana. Mereka keluar dari dewan solat masjid. Zack hanya memerhati sambil menggeleng kepalanya. Dia sendiri tidak menyangka yang Lana akan membawa Lasrah ke situ.

"Apa semua ni Lana?" Lasrah merentap kuat tangannya dari pegangan Lana.

"Apanya ni kak chik." Lana menjawab perlahan. "Masjid ni kan." Sambung Lana.

Lasrah menyilang tangannya memeluk tubuh. "Lana sengaja nak memalukan kak chik ke apa ni?" Ton suara Lasrah sedikit kendur.

Lana senyum. "Nak malukan apa ni kak chik?"

"Lana sengaja kan bawa kak chik ke sini? Pura-pura nak meraikan pre celebration tamat chambering konon." Lasrah mencemik.

"Kak chik. Lana ikhlas bawa kak chik makan-makan dekat sini. Takde niat apa pun." Lana memegang perlahan tangan Lasrah. Dia tarik tangan Lasrah ke dalam genggaman tangannya. Dengan perlahan dia tundukkan kepalanya lantas dia mencium tangan Lasrah. Terasa ada air hangat mengalir di tangan Lasrah. Lasrah terkesima.

"Lana minta ampun kak chik. Lana tahu Lana salah. Tapi ini je satu-satunya cara untuk kak chik kenal siapa Zack yang sekarang. Lana tak nak kak chik nilai dia dari siapa Zack yang dahulu. Lana cuma nak kak chik supaya tidak bersangka buruk je. Jangan sangka, orang yang baik itu tidak berbuat dosa dan jangan pula menyangka orang yang jahat itu tidak pernah membuat pahala. Dosa pahala seseorang itu, biar Allah je yang tentukan. Itu tugas Dia, bukan tugas kita untuk menghakimi seseorang. Hari ni Lana minta sangat kak chik buka hati kak chik dan lihat Zack dari sudut yang berbeza." Lana menangis tersedu-sedu di tangan Lasrah.

Lasrah serba salah. Melihat Zack yang mengajar anak-anak mengaji sebentar tadi, sedikit sebanyak melembutkan hati Lasrah. Namun dia sedikit amarah kerana merasakan Lana seolah-olah ingin menyindirnya.

"Lana." Lasrah pegang lembut kepala Lana yang masih di tangannya. Selama ini Lasrah yang banyak menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh Lana. Tapi bila tiba tentang Zack, Lasrah tidak lagi menyokongnya. Malah mencari kesilapan demi kesilapan Zack tanpa cuba untuk mengenalinya.

Lasrah pandang ke dalam dewan masjid. Zack masih lagi tenang mengajar anak-anak tersebut mengaji. Kelihatan mudah sahaja Zack mengawal anak-anak tersebut. Sedangkan suaminya yang turut mengajar anak-anak jiran mereka mengaji sebagai pendapatan tambahan mereka sukar untuk mengawal anak-anak ketika mengaji.

"Lana." Lasrah tarik nafas panjang. "Kak chik minta maaf ya. Lepas ni kak chik akan terus belajar mengenali Zack yang baru ini."

Lana angkat wajahnya. Dia senyum pandang Lasrah lantas dia segera memeluk kakaknya itu. Mereka berpelukan. Zack yang memerhati dari jauh memanjat kesyukuran ke hadrat yang maha esa. Satu lagi batu halangan mereka untuk bersatu telah berjaya dirobohkan.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now