"Lana." Syafa berdiri di tepi katil Lana.
"Iya." Lana menjawab malas. Sebelah matanya dibuka sedikit mengerling Syafa yang berdiri di tepinya yang sedang berbaring.
"Beg kertas apa tu?" Syafa tunjuk ke arah beg kertas yang terletak elok di atas almari pakaian Lana.
"Beg mana?" Dengan malas Lana bangun. Matanya dibuka luas.
"Dah tiga hari saya tengok beg kertas tu atas almari awak." Syafa masih tidak puas hati dengan kewujudan beg kertas di atas almari Lana.
Lana menjeling sekilas beg kertas di atas almari tersebut.
"Ambillah kalau awak nak tahu sangat apa yang ada dalam beg tu." Jawab Lana malas sambil menggaru kepalanya. Dia kembali baring.
Syafa pandang Lana. Dia menggeleng kepala melihat Lana. Jarang sekali Lana jadi semalas itu.
"Ini bukan prank kan?" Syafa pandang Lana. Dia terasa was-was samada ingin mengambil beg kertas itu atau tidak.
Lana buka sebelah mata. "Takde masa saya nak prank awak Fa."
"Betul ni?" Syafa tanya lagi.
"Betul Faaaaa." Lana menjawab dengan mata terpejam. Terasa malas untuk bersoal jawab dengan Syafa.
Syafa bersusah payah menjijit kaki untuk mengambil beg kertas yang diletakkan oleh Lana di atas almari.
"Beratnya. Ada apa dalam ni Lana?" Syafa mulai cuak. Dia bimbang Lana mengenakannya.
"Takde prank lah Fa." Lana duduk semula. Kepalanya digaru kuat. Syafa yang bertanya itu dan ini mengganggu kosentrasinya untuk tidur.
Syafa meletakkan beg kertas tersebut di atas katil Lana.
Dengan laju Lana mengangkat beg kertas tersebut dan menuang kandungan beg kertas itu ke atas katil.
Syafa melopong. Matanya terkebil-kebil melihat longgokan tudung bawal dengan pelbagai warna di atas katil Lana.
"Awak nak jual tudung ke?" Syafa pandang Lana.
"Tak." Lana menggeleng malas.
"Awak beli ke semua ni? Bila awak beli? Awak keluar beli dengan siapa?" Syafa tanya bertubi-tubi.
Lana geleng kepala lagi. "Pun saya tak beli."
"Takkan awak curi?" Syafa pandang Lana.
"Pun bukan." Lana geleng kepala.
"Habis tu?" Syafa tanya tidak sabar.
"Hadiah." Lana jawab sepatah.
"Hadiah?" Syafa pandang Lana.
"Hmmmm." Lana angguk malas.
"Siapa bagi?"
"Zack." Lana jawab sepatah.
"Semua ni dia bagi?"
"Iya. Semua 20 helai ni."
"Bila dia bagi?"
"3 hari lepas. Dia datang jumpa saya dekat cafe bawah?" Lana jawab acuh tak acuh.
Tiba-tiba Syafa gelak kuat. Semakin lama gelak Syafa semakin galak.
"Wei wei. Diamlah! Marah jiran-jiran nanti." Lana cubit paha Syafa.
"Sakitlah." Syafa gosok paha yang dicubit Lana.
"Serius wei Zack bagi semua ni?"
"Hmmm." Lana angguk.
"Hadiah untuk apa ni?" Syafa tanya dalam ketawa.
"Entah. Katanya sebab ikhlas kawan dengan dia." Lana menjawab selamba tanpa sebarang perasaan teruja.
"Sah."
"Apa yang sah?" Tanya Lana.
"Sah mamat tu syok kat awak." Syafa gelak lagi.
"Jangan merapik!" Syafa dijeling tajam.
"Tapi kenapa di bagi sampai 20 helai?" Tawa Syafa masih berbaki.
"Dia kata tudung ni ada 20 jenis warna yang berbeza. So, dia tak tahu warna apa yang saya suka. Jadi dia borong semua warna."
"So sweet!" Syafa pegang kedua-dua belah pipi Lana. Dia ingin mengusik Lana.
Laju Lana menepis tangan Syafa. "Jangan merapik! Awak nak tak? Ambillah banyak mana yang awak nak." Lana membuat tawaran.
"Eh. Mana boleh! Zack bagi awak. Bukan bagi dekat saya." Syafa menolak.
"Banyak-banyak macam ni tak terpakai dek saya. Membazir je. Baik awak ambil juga." Lana membebel.
"Cik Lana. Tudung bawal bidang 60 ni awak je pakai. Saya pakai bidang 45. Memang Zack beli khas tudung ni untuk awak." Syafa bangun dari duduknya.
"Haaa. Nak ke mana tu?" Lana tegur Syafa yang mulai bangun.
"Nak mandi. Nak ikut?"
"Tak nak! Saya nak tidur. Tapi sebelum awak mandi tu apa kata awak simpan semula beg ni atas almari tu balik." Lana menghulurkan kembali beg kertas yang telah diisi tudung kepada Syafa. "Pandai ambil tadi kan. Sekarang simpan semula."
Syafa ambil beg yang diserahkan Lana. Usai meletakkan semula beg kertas itu ke atas almari,Syafa keluar dari bilik meninggalkan Lana yang telah berbaring semula di katil.