Bahagian 58

85 4 0
                                    

"Ehem. Baca case study ke menung teringatkan boyfriend." Syafa mengusik Lana.

Lana senyum memandang Syafa yang menarik kerusi di sebelahnya. "Mana ada boyfriend lah." Lana menjawab manja.

"Ceh. Takde boyfriend konon. Habis si Zack call awak tiap-tiap malam tu apa?" Syafa menukas jawapan Lana.

Lana senyum. "Dia minta saya tolong ajarkan dia tentang hal agama. Kadang-kadang tu dia baca surah-surah lazim untuk saya perbetulkan mana sebutan yang salah. Itu je." Jujur Lana menjawab.

"Emmm. Alasan semata je Zack tu. Dia nak berbual dengan awak dan dengar suara awak je sebenarnya. Barulah dia boleh tidur lena."

"Eh. Takdelah macam tu. Kenapa awak fikir macam tu?"

"Awak tak perasan ke Lana. Zack tu kan nampak macam berduit dan kaya. Kalau dia betul-betul nak belajar agama, kenapa mesti dia nak belajar dengan awak. Kenapa dia tak bayar mana-mana ustaz untuk private lesson." Syafa meluahkan rasanya.

Lana jungkit bahu. "Saya pun tak tahu Fa kenapa dia pilih saya untuk ajar dia. Mungkin dia selesa dengan saya dengan awak untuk bertanya tentang hal-hal yang dia tak tahu dan tak pasti. Kita bersangka baik jelah. Mungkin Allah SWT jadikan asbab kepada perkenalan kami untuk dia berubah ke jalan yang lebih baik. Saya sekadar membantu mana yang mampu je. Lagipun benda ni tak menyusahkan dan membebankan saya pun."

Syafa mencemik. "Habis boyfriend kat Mesir tu macam mana pula?"

Lana terkesima. Syafa kadang-kadang agak tidak sensitif terhadap perasaannya yang selalu terguris kerana bicaranya.

"Yang tu saya serahkan pada Allah. Baik Zack mahupun Luqman, dua-dua saya tidak punya sebarang perasaan." Perlahan Lana menjawab.

Syafa pandang Lana. Dia perasan ada perubahan dari riak wajah Lana.

"Lana. Saya ada buat awak terkecil hati ke?" Tangan Lana dipegang.

"Takdelah Fa." Lana cuba untuk senyum.

"Betul ni?" Syafa pandang Lana.

Lana sekadar mengangguk perlahan.

"Saya bukan apa Lana, saya ni jenis straight forward sikit. Apa yang saya rasa, saya luahkan terus. Bukan apa, kadang-kadang lidah ni tak reti nak connect dengan akal dulu sebelum bercakap." Syafa serba salah.

Lana tolak lembut tangan Syafa. "Takde apa Fa. Saya okey je." Lana bangun dari duduknya.

Kertas case study dibawa bersama ke dalam bilik. Dia ingin berbaring dan bersendirian.

Syafa pandang Lana yang beredar meninggalkannya dengan penuh kesal.

Syafa tampar perlahan mulutnya. "Mulut ni lah! Takde insuran. Main cakap lepas je." Syafa mengomel sendiri.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now