Bahagian 26

131 3 0
                                    

Sudah 2 minggu selepas pertemuan dengan Lana, Zack kembali ke pusat beli belah itu semula dengan harapan akan bertemu dengan gadis itu semula.

Dewi Lana gadis pertama yang membuatkan Zack sanggup duduk seharian di pusat beli belah semata-mata untuk bertemu dengannya. Berbadan kecil molek, berkulit putih halus, bermata bulat dan bertudung labuh, Dewi Lana benar-benar memagut hati Zack.

Zack melangkah masuk ke dalam kedai buku tempat dia terlanggar Lana. Zack berjalan menyusuri rak-rak buku keagamaan di mana Lana pernah membawanya ketika mereka mencari akan buku panduan solat.

Zack berdiri di satu rak. Dia berdiri tegak. Lengannya disilangkan antara satu sama lain. Matanya begitu sibuk memerhati di sepanjang rak itu.

"Buku apa nak beli? Apa yang aku nak baca? Apa yang patut aku baca." Bisik hati Zack sendiri.

Zack termenung sejenak.

"Boleh saya bantu abang?" Suatu suara lembut menegur.

Zack berpaling. "Lanaaaa."

"Eh." Gadis itu terkejut.

"Maaf. Saya ingat kawan saya tadi." Zack senyum sumbing. Ingatannya hanya pada Lana.

"Abang nak cari buku apa? Boleh saya bantu?" Gadis itu tersenyum memandang Zack.

Zack garu kepala. "Saya nak tengok-tengok dulu."

"Abang nak baca buku genre apa?" Gadis itu bertanya ramah. "Mungkin saya boleh suggest pada abang."

"Errr. By the way, saya nak cari buku yang bolehh... Errr. Ermmm. Never mind!" Zack tergagap-gagap.

Terasa seakan kehadirannya tidak dapat membantu Zack membuat pilihan, gadis itu segera meminta diri. "Saya pergi sana dulu, kalau abang perlukan bantuan boleh dapatkan dari saya atau pekerja-pekerja lain. Kami sedia membantu." Gadis itu tersenyum lalu beredar pergi.

"Fuh! Aku sendiri pun tak tahu buku apa yang aku nak beli." Zack mengusap dadanya.

Zack berpaling dan matanya tertancap kepada sebuah buku bertajuk Semuanya Soal Hati. Dia lantas menarik buku tersebut dari rak. Dia membelek buku tersebut sepintas lalu dan dia terus menyepit buku tersebut di celah ketiaknya dan berlalu pergi.

Zack meletakkan buku tersebut di kaunter. Sedang dia mengeluarkan dompet dari poket belakang seluar jeans, bahunya ditepuk lembut.

Zack berpaling dan seorang wanita tersenyum kepadanya.

"Yeah. It is really you Zack." Sofia tersenyum.

Zack terkesima. Dia cepat-cepat mengeluarkan duit dan disuakan kepada pekerja kaunter tersebut.

"Wow! Sejak bila you minat membaca ni Zack?" Sofia menghulurkan tangan untuk mengambil buku didalam plastik di atas kaunter bayaran.

"Mind your own business Sofia." Tangan Zack lebih laju mencapai plastik tersebut. Baki wang bertukar tangan dan Zack ingin cepat-cepat berlalu pergi.

Sofia cuba berjalan seiring dengan Zack tatkala dia melihat Zack seakan ingin segera beredar.

"Wait Zack. Apa kata kita have some tea." Sofia mempelawa.

"No, thanks." Laju Zack menolak. Langkahnya agak besar. Ingin segera keluar dari kedai tersebut dan keluar dari pusat beli belah tersebut.

"Oh come on Zack! Kenapa nak rushing sangat." Langkah Sofia juga semakin besar namun skirt pendek dan ketat serta kasut tumit tinggi membataskan pergerakannya.

"I ada hal. I have to meet someone." Zack berpaling menoleh Sofia yang cuba berjalan menyainginya.

Bukkkkk.

"Aduhhhh." Lana jatuh terduduk.

"Lana!!!" Syafa menjerit. Lana dia segera membantu Lana untuk bangun. "Awak ni clumsy betullah. Asyik langgar orang je."

Zack yang jugak jatuh terduduk menyeringai kesakitan.

Sofia segera mendapatkan Zack yang terduduk.

"Hei! Jalan tu tak pakai mata ke?" Marah Sofia sambil dia cuba membantu Zack untuk bangun.

"Eh! Kita pulak yang dikatakan tak pakai mata." Syafa menjeling Sofia yang sedang membantu Zack untuk bangun sambil dia membantu Lana untuk bangun.

Zack mengangkat wajah. "Lanaaaa." Zack teruja.

Lana dan Syafa mengangkat wajah tatkala nama Lana disebut.

Zack segera melepaskan tangannya dari Sofia. Buku di lantai dikutip dan dia segera mendekati Lana dan Syafa. "What a small world." Zack senyum lebar.

"Yeahh. Small world." Syafa menjawab acuh tak acuh.

"Berjodoh betul kita kan. Asyik terlanggar each other. Ni dah 3 kali tau!" Zack begitu teruja tatkala nampak Lana.

"3 kali. Baru 2 kali lah." Lana membetulkan.

"No. No. Sebenarnya dah 3 kali. First time masa tu kita tak berkenalan. Lepas kita berlanggar, awak jatuh dan kawan-kawan awak bantu awak dan awak terus berlalu pergi." Zack menceritakan perkara sebenar.

"Yeke?" Lana blur. Dia langsung tidak ingat.

"Honey. Lets go." Sofia bengang. Tangan Zack dirangkul dari belakang.

"Apa ni?" Tangan Sofia segera ditepis Zack.

Lana dan Syafa yang terlihat situasi tersebut segera meminta diri untuk beredar. "Maaf yea sebab terlanggar tadi. Kami pergi dulu yea." Syafa bersuara.

"Eh! Wait! Wait!" Zack menghalang.

"Nak cari buku apa pulak kali ni?" Syafa bernada sarkastik.

"Eh. No! No! I already bought it." Zack menunjukkan buku dalam plastik.

"Sekarang apa pulak?" Syafa bertanya. Lana hanya diam membantu. Tidak betah untuk berbual panjang dengan lelaki asing dari hidupnya.

"Boleh tak kita have some tea or coffee?" Zack bertanya teragak-agak.

Sofia mula marah. "Tadi I ajak you bukan main you tolak. Kata ada urusanlah. Ada hal lah. Nak meet someone laaa."

"Just shut up Sofia." Zack memandang Sofia. Terasa panas hatinya. Kenapa Sofia perlu ada disini saat dia terserempak dengan Lana.

"It's okay. Kitaorang tak minum tea even coffee." Syafa menjawab sambil menyebut dalam slang english.

Lana di sebelah menahan ketawa melihat aksi Syafa yang bersahaja.

"How about juice. Orange, watermelon or anything else." Zack masih tidak berputus asa.

Syafa memandang Zack. Terasa sebal hatinya. "By the way mister, apa kata you ajak girlfriend you to have some tea or coffee or juice or anything else. We don't have time to waste for you. Excuse me." Syafa berlagak diva sambil menarik tangan Lana untuk turut sama beredar.

Zack terpana melihat Lana dan Syafa berlalu pergi. Zack memandang Sofia. "It is your fault!" Kemarahannya dihamburkan kepada Sofia. Zack segera berlalu pergi.

"Arghhhh!" Sofia bengang.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now