Bahagian 29

118 5 0
                                    

Zack memandu perlahan menyusuri sawah padi. Dari kejauhan dia nampak sebuah rumah usang di tepi sawah padi. Dia memberhentikan keretanya. Cermin tingkap diturunkan separuh.

Zack begitu asyik memerhati dua susuk tubuh yang berada di luar rumah usang itu.

"Mak. Pak." Zack bersuara perlahan. Matanya bergenang. Mujur kaca mata hitam yang dipakainya menutup mata yang bergenang itu. Sesekali kaca mata itu ditanggalkan sebentar bagi megesat air mata yang mulai bertakung.

Zack senyum. Melihat dua susuk tubuh itu yang sedang bergurau senda dari kejauhan benar-benar menghilangkan rasa rindu di hatinya.

"Alhamdulillah. Mak dengan pak sihat." Zack senyum sendiri melihat emak dan ayahnya yang kelihatan masih sihat dan kuat untuk bekerja di bendang.

Zack menahan sebak di dada. "Dah 5 tahun cheq tak balik. Mak dengan pak tak rindu cheq ka?" Suara Zack tersekat-sekat menahan tangis.

Hatinya meronta-ronta ingin bertemu dan memeluk emak dan ayahnya. Namun kerana ego, Zack sanggup menepikan perasaan rindu terhadap kedua orang tuanya.

Selama tempoh 5 tahun ini, Zack pulang ke kampung halaman semata-mata untuk melihat emak dan ayahnya dari kejauhan dan kemudian dia akan kembali memandu selama beberapa jam untuk pulang ke ibu kota.

"Haih." Zack mengeluh. "Tengok Lana dari jauh, tengok mak dengan pak sendiri pun dari jauh. Apalah nasib kau ni Zack." Zack membebel sendiri.

Cermin tingkap dinaikkan. Zack menukar gear kenderaan dan menurunkan brake untuk kembali ke ibu kota.

"Selamat tinggal mak, pak! Nanti cheq balik lagi jenguk hangpa berdua. Cheq akan pulang bila cheq dah jadi orang yang baik. Cheq janji." Bicara Zack sendiri sebelum kereta meluncur laju kembali ke ibu kota.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now