Bahagian 102

51 3 0
                                    

"Hei."

Suara Zack mengejutkan Lana yang duduk di bangku dan begitu asyik melihat sawah yang terbentang luas dihadapannya.

Lana senyum memandang Zack yang menghampirinya. Lana mengesot sedikit ke hujung pangkin memberi ruang untuk Zack duduk di pangkin tersebut di sebelahnya.

"Asyik sangat tengok sawah tu sampai tak perasan saya datang." Zack senyum pandang Lana yang begitu manis berbaju kurung cotton berwarna biru lembut dan di lengkapkan dengan tudung bawal berwarna coklat cair yang sedondon dengan bunga-bunga kecil di baju kurungnya.

"Seronok tengok sawah ni. Tenang je rasa. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman dan tenteram." Lana menjawab ikhlas sambil memandang Zack yang duduk di sebelahnya.

"Saya pun terasa tenang." Zack bicara dalam sengih.

Lana pandang Zack. Riak wajahnya berkerut-kerut cuba menangkap maksud di sebalik kata-kata Zack.

"Apa yang tenang?" Tanya Lana.

"Tengok awak!" Zack jawab bersahaja.

Wajah Lana kemerahan. Dia malu mendengar jawapan Zack itu.

"Huh! Dasar bermulut manis." Lana menjawab malu-malu.

"Betullah." Zack senyum mengusik Lana. "Saya tenang je tengok awak tenang macam ni." Zack senyum ikhlas kali ini. Tiada lagi riak mengusik di wajahnya.

Lana tarik muka. Pura-pura merajuk dengan usikan Zack sedangkan jantung terasa berdebar-debar seakan ingin meletup diusik Zack sedemikian rupa.

Zack senyum manis sambil berpaling menghadap Lana yang duduk di sebelahnya.

"Okey. Okey. Saya serius kali ni. Saya terasa tenang sebab bapak dengan emak dah terima kembali kehadiran saya dekat rumah ini. Saya bertambah tenang bila keluarga saya boleh terima kehadiran awk dan bertambah-tambah tenang bila awak boleh terima saya dan keluarga saya." Zack senyum selepas meluahkan rasanya.

Lana turut senyum memandang Zack. "Alhamdulillah. Itu tandanya doa-doa awak selama ini dah didengar oleh Allah SWT. Teruskan berdoa dan meminta perkara yang baik-baik dari Dia." Lembut bicara Lana.

"Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan awak." Zack senyum pandang Lana.

"Amboi hangpa dua ni. Tak puas-puas lagi ke datingnya. Dok kat KL dating, balik sini pun dating." Saiful yang tiba-tiba muncul dari dapur mengganggu suasana romantik antara Lana dan Zack.

Zack pandang Saiful yang berjalan lenggang kangkung menuju ke arah mereka dengan riak yang tidak puas hati.

Dulang berisi kopi panas diletakkan di atas meja di tepi pangkin.

"Eh! Pul bancuhkan kopi ke?" Lana memandang Saiful yang sibuk menuang kopi ke dalam cawan.

"Dak aih! Mak yang bancuh. Mak suruh Pul bawak keluaq kopi ni hidang kat hangpa dua." Saiful menjawab sambil tangannya masih menuang kopi ke dalam cawan yang disediakan.

Lana terasa bersalah. "Lah. Mak nak bancuh kopi tak beritahu Lana pun. Kalau tak boleh Lana tolong." Suara Lana terdengar perlahan akibat rasa bersalah tidak membantu di dapur.

"Tak dak apalah Lana aih. Hang tu tetamu. Duduk ja. Toksah kalut nak buat kerja kat dapoq tu. Tunggu hang jadi menantu keluarga ni nanti, masa tu hang nak tidoq kat dapoq tu pun takdak masalah." Saiful menyeloroh sambil menyuakan cawan kopi kepada Zack dan Lana.

"Seganlah Pul. Tadi tak tolong masa masak makan tengahari. Kali ni pun tak tolong jugak." Lana mengendurkan suaranya.

"Takdak apalah haih. Mak cuma bancuh kopi ja. Bingka ubi dia dah buat awal pagi tadi jugak. Tu tengah nak potong ja." Saiful menyedapkan hati Lana.

"Pul!" Mak Kiah panggil Saiful dari dapur.

"Awat mak?" Saiful menjerit dari luar.

"Ambik bingka ubi ni. Mak dah siap potong. Pi hidang dekat depa." Jerit Mak Kiah dari dapur.

"Kejap mak. Pul ambil ni." Jawab Saiful tanpa membantah. Dia segera bangun dari duduknya.

Lana cepat-cepat menahan Saiful dari bangun.

"Eh Pul. Takpe. Takpe. Biar Lana pergi ambil."  Lana menawarkan diri untuk membantu Saiful.

"Takpelah. Hangpa duduk jelah borak dekat sini." Saiful menolak lembut.

"Takpe. Takpe. Biar Lana yang pergi." Lana bingkas bangun dan segera berjalan menuju ke dapur. Sekelip mata sahaja Lana telah hilang ke dalam dapur.

Zack hanya memerhati Lana dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Saiful yang memandang Zack begitu asyik memandang Lana berjalan segera mengusik. "Hang toksah renyeh sorang-sorang sangat. Cramp mulut habg tu nanti. Hang kalau dah tak sabaq sangat, cepat-cepat masuk meminang si Lana tu."

Zack tarik muka mendengar usikan Saiful. "Mengarutlah hang ni. Mana ada aku renyeh sorang-sorang." Cawan kopi diangkat dan disua ke mulut. Dia cuba berlagak selamba seumpama perbuatannya mencuri pandang Lana tidak ditangkap oleh Saiful.

"Huh! Macamlah aku tak kenal hang tu Zack." Saiful memcemik wajahnya.

Tidak lama selepas itu Lana dan Mak Kiah muncul dari dapur dengan membawa bingka ubi dan pisang goreng. Saiful segera berhenti dari mengusik Zack.

Namun kelakuan Zack yang sentiasa mencuri pandang akan Lana yang begitu baik melayan emaknya masih ditangkap Saiful. Saiful hanya senyum sambil menggeleng kepala melihat kelakuan Zack itu.

"Teruk betul angau mamat ni." Bisik Saiful di dalam hatinya.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now