Bahagian 23

147 4 0
                                    

Zack berbaring di sofa. Buku panduan solat masih di tangannya.

Sekejap buku itu dibuka dan sekejap buku itu ditutup. Mulutnya terkumat kamit seolah-olah sedang membaca sesuatu. Dahinya juga berkerut-kerut. Kemudian buku tersebut di buka lagi.

"Arghhhhh!" Zack menjerit geram. "Kenapa susah sangat nak ingat ni." Zack bermonolog sendirian.

Zack duduk. Dia cuba mencari ruang yang selesa untuk dia menghafal bacaan dalam solat. Buku panduan solat dibuka semula. Dia kembali membaca bacaan dalam solat.

"Allaahu Akbaru kabiiraa-wal. Walham. Walhamdu lillaahi katsiiran..." Tergagap-gagap Zack membaca doa iftitah.

"Haihhhh." Zack seakan mengalah. Buku panduan solat diletakkan ditepi. Wajahnya diraup.

"Dah lama tak solat inilah jadinya." Zack bermonolog sendiri sambil menyandar di sofa.

Sambil bersandar otaknya ligat berfikir. "Agak-agak kalau aku mintak tolong si Dewi Lana ajarkan aku solat mahu tak dia." Zack bercakap sendirian.

"Eh! Malulah pula nak suruh dia ajarkan aku solat."

"Tapi kan si Dewi Lana tu nasihatkan aku kalau nak belajar agama, carilah guru. Makanya dia adalah sebaik-baik guru untuk aku."

"Tapi masalahnya mana aku nak cari si Dewi Lana tu? Takkan kat kena menunggu macam sebelum ni dekat mall tu."Zack bermonolog sendirian lagi.

"Haih!" Zack bangkit dari duduknya. "It's time to work!" Zack cuba memotivasikan dirinya.

Zack masuk bilik untuk bersiap sebelum bertemu pelanggannya.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now