"What?" Zack meraup wajahnya. Dia seakan tidak percaya dengan perkhabaran yang di sampaikan Andrew.
Andrew sekadar bersandar di kerusi. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak lantas dia menyelitnya di celah bibir.
"Mana kamu tahu berita ni Andrew?" Zack pandang Andrew yang meyedut asap rokoknya dalam-dalam.
"Gila kau kalau aku tak tahu. Masuk newspaper bro! Kau tak baca newspaper ke hari ni?" Andrew pandang Zack yang kelihatan begitu terkejut.
"Apa sebabnya?" Otak Zack masih mencerna berita yang baru didengarinya itu.
"Entah. Polis klafikasikan sebagai dendam." Andrew menjawab sambil jungkit bahu.
Zack picit kepalanya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut mendengar berita kematian Zarida. Lebih menyakitkan kepalanya adalah pembunuh Zarida adalah Sofea.
"Chill bro! Kau bukan sangkut pun kes ni. Dah lama kau tak jumpa diaorang berdua kan?" Andrew seakan memahami isi hati Zack.
"Aku terserempak dengan Sofea kelmarin dekat pasaraya. Yang peningkan aku, pasaraya yang sama dia langgar Zarida dan pada hari yang sama." Zack tersandar di kerusi.
"What? Serius ni?"
Zack angguk perlahan. "Tapi masalahnya aku takde ternampak Zarida masa tu. Aku dengan Lana tengah beli barang keperluan rumah and suddenly Sofea datang tegur aku." Zack menceritakan peristiwa di hari dia bertemu Sofea.
"Takkan Sofea datang dengan Zarida kot." Andrew meneka sendiri.
"Mustahillah. Sofea dengan Zarida tak ngam." Zack menjawab.
"Tak ngam sebab berebutkan kau." Laju Andrew menambah.
Zack diam.
"Aku tak sangka yang Sofea sanggup membunuh. Childish betul." Suara Zack perlahan. Dia mulai bimbang akan keselamatan Lana.
"Cemburu punya fasal. Perempuan ni masalah sikit bila cemburu." Andrew sekadar mengomen.
"Aku risaukan keselamatan Lana." Akhirnya Zack menyuarakan isi hatinya.
"Chill bro. Lana takkan apa-apa. Sofea dah meringkuk dalam tirai besi tu." Andrew menyedapkan hati Zack.
Zack pandang Andrew dengan pandangan yang hairan. "Tan Sri tak ikat jamin Sofea ke?"
"Ikat jamin apa. Kes bunuh kot. Ada saksi pulak tu dekat tempat kejadian. Tapi dengar-dengar, Tan Sri jatuhkan talak terus pada Sofea masa dia kena tangkap tu." Andrew bercerita.
"Allahuakbar!" Zack meraup wajahnya. Dia terkejut dengan nasib yang menimpa Sofea. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.
"Sofea yang cari masalah. Dia sendiri tahu kau tak layan si Zarida tu. In fact dia tahu, kau tak layan both of them. Yang dia nak jelous sangat dengan si Zarida tu dah kenapa." Andrew mengomen.
"Allahualam. Aku pun tak tahu." Zack jawab perlahan.
"Sengaja cari penyakit!" Andrew merengus marah.
"Kau bukan tak tahu Sofea tu macam mana. Suka buat sesuatu ikut kata hati. Tan Sri dah beri dia macam-macam tapi masih tak mahu bersyukur." Ada nada kecewa dalam suara Zack dengan sikap Sofea.
"Biarlah bro. Kau tak payah fikir sangat masalah Sofea tu. Pandai buat, pandailah dia tanggung. Yang penting lu tak terpalit sama dalam hal ni." Andrew menasihati Zack.
"Betul tu. Buat apa nak pening-pening." Zack menyedut sehingga habis jus oren di hadapannya dan usai membuat bayaran bagi minuman mereka, Zack dan Andrew bersurai menuju ke destinasi masing-masing.