Lana senyum lebar tatkala melihat kereta Zack menuju ke arahnya.
"Dah cool down lah tu." Bisik Lana sendiri.
Kereta Zack berhenti di hadapannya.
Lana senyum manis. Pintu kereta dibuka.
"Assalamualaikum." Lana memberi salam.
Zack senyum. "Waalaikumsalam. Masuklah."
Lana meloloskan diri ke dalam kereta Zack. "Ingatkan awak dah tak sudi nak ambil saya. Baru je nak request grab." Lana senyum pandang Zack.
"Amboi. Saya merajuk sekejap je awak dah nak cari driver lain." Zack berseloroh. Pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju.
"Yelah. Buatnya driver saya ni merajuk panjang. Mahu lewat saya ke ofis kalau tunggu dia." Lana turut berseloroh.
"Are you getting better?" Lana pandang Zack.
Zack senyum malu. Dia mengangguk perlahan. "Alhamdulillah. Much better lepas tengok senyuman awak."
Lana tunduk malu mendengar jawapan Zack. "I don't expect that kind of answer." Jawab Lana perlahan.
"Habis tu awak expect jawapan macam mana?" Zack pandang Lana. Dia tayang senyuman menggoda. Sengaja dia ingin melihat Lana malu-malu.
Lana cepat-cepat alihkan pandangannya. Senyuman Zack menggetarkan jiwanya.
"Eh. Alih muka pulak. Tak sudi tengok muka sayalah tu." Zack usik Lana. Hatinya berbunga-bunga dapat mengusik Lana.
Lana membuang pandangan ke luar kereta. "Bukan macam tu lah." Lana masih tidak menoleh ke arah Zack. Dia cuba menenangkan perasaannya yang bergetar kuat.
"Lana. Tengoklah sini. Saya tengah bercakap dengan awak ni." Zack pancing Lana untuk memandangnya. Dia semakin giat mengusik Lana.
Perlahan-lahan Lana toleh memandang Zack.
"Eh! Kenapa muka awak merah-merah Lana?" Zack pura-pura terperanjat.
Lana terperanjat mendengar kata-kata Zack. "Merah? Ya ke?" Lana cepat-cepat mencari bedak compact di dalam beg tangannya.
Bedak compact dikeluarkan. Lana membelek-belek wajahnya di cermin di dalam bedak compact tersebut.
"Tak merah pun!!!" Lana pandang Zack.
Zack sengih tayang gigi. "Sengaja saya usik awak. Awak asyik malu-malu tengok luar." Zack jawab jujur.
"Eee. Jahatlah!" Lana menjawab manja.
"Terima kasih Lana. Terima kasih sebab tunaikan janji awak untuk terus berada disisi saya."
Lana pandang Zack. "Terima kasih jugak dekat awak sebab sentiasa ada untuk saya. Awak tak pernah jemu tolong saya."
"Eh eh eh dia ni. Kita nak berterima kasih pada dia, dia pun sibuk nak berterima kasih pada kita jugak. Kasilah kita can nak berdrama sikit."
Lana gelak besar mendengar kata-kata Zack itu.
Zack lega melihat tawa Lana yang begitu ikhlas dimatanya. Lana benar-benar gadis yang istimewa baginya. Dia kekal berdiri di sisi Zack walaupun dia sudah mengetahui mengenai masa silam jejaka itu. Zack senyum bahagia.