Bahagian 109

58 3 0
                                    

Lana pandang Zack. Dia seakan tidak percaya dengan berita yang dibawa oleh Zack.

"Seriuslah awak." Lana seakan tidak percaya. Tangannya masih lagi sibuk menyusun fail di atas meja.

Zack duduk di bucu meja kerja Lana. "Seriuslah. Takkan saya nak tipu."

"Takkanlah sampai nak membunuh." Lana topang dagunya dengan tangan sambil memandang Zack.

"Ish awak ni. Tak percaya pula."

"Iyalah. Takkan si Sofea tu sampai sanggup bunuh Zarida." Lana kendurkan suaranya.

"Betullah awak. Baru je semalam saya pergi ziarah Sofea dekat lokap lepas Andrew beritahu saya akan hal ni." Zack bercerita bersahaja.

Lana pandang Zack. "Awak pergi ziarah Sofea?" Lana bertanya seakan tidak percaya.

Zack pandang Lana yang memandangnya dengan wajah yang sukar di mengerti.

"Awak. Muka tu jangan macam orang tercekik tulang sangat. Kontrol sikit riak muka awak tu. Saya pergi sana ziarah Sofea untuk mengesahkan cerita Andrew je. Lepas tu saya nak tanya motif dia buat macam tu pada Zarida. Itu sahaja. Takde sebab lain." Zack seakan mengerti akan riak wajah Lana itu yang tidak selesa dia pergi menziarahi Sofea.

Lana tarik muka mendengar kata-kata Zack itu.

"Haaa. Tengok tu. Dah buat muka tercekik tulang, tarik muka pula." Zack mula mengusik Lana.

Lana sekadar mencemik sebagai tanda reaksi terhadap kata-kata Zack.

"Awak cemburu ya Lana?" Zack mendekatkan sedikit wajahnya dengan Lana.

"Ceh! Perasan!" Lana menjauhkan wajahnya dari wajah Zack. Fail di meja di ambil lantas ditutup wajahnya dengan fail tersebut.

"Malu-malulah tu. Cemburu tapi tak mahu mengaku." Zack ketawa kecil melihat telatah Lana.

"Cik Lana..." Intan datang membawa beberapa fail di tangan.

Zack cepat-cepat bangun dari duduknya setelah melihat Intan datang ke meja Lana.

"Errr Encik Zack..." Langkah Intan mati tatkala melihat Zack.

"Awak bawa fail yang saya minta tadi ke Intan?" Lana tersenyum memandang Intan.

"Err ya Cik Lana. Ni fail yang Cik Lana minta tadi." Intan meletakkan fail tersebut di atas meja Lana dengan cermat.

"Awak duduk kejap Intan. Saya nak tahu progress fail-fail ni." Arah Lana.

Intan tarik kerusi di hadapan Lana lantas duduk.

Lana pandang Zack yang masih tersengih-sengih di tepi mejanya. "Awak tak nak pergi buat kerja awak ke? Tak habis-habis lagi ke nak jual minyak kat sini." Giliran Lana pula mengusik Zack.

"Saya jual minyak?" Buntang biji mata Zack mendengar usikan Lana.

"Iyalah. Awaklah yang jual minyak. Takkan saya pula." Lana jawab sambil ketawa kecil.

"Takpe. Takpe. Ada lori ada bas. Esok-esok saya balas." Zack senyum membalas usikan Lana.

"Awak pergilah sambung kerja awak. Saya ada benda nak bincang dengan Intan ni."

"Mula-mula tadi kata saya jual minyak. Lepas tu halau pula. Yelah. Yelah. Saya pergi." Zack pura-pura sedih disuruh pergi oleh Lana.

"Lunch nanti jangan lupa ajak saya." Sempat Lana berpesan tatkala Zack melangkah pergi dari mejanya.

"Tak nakkkkk!" Sempat Zack menjawab sambil berlalu pergi.

Geleng kepala Lana melihat telatah Zack yang kadangkala agak keanakkan.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now