Bahagian 24

139 5 0
                                    

"Lana." Syafa memanggil.

"Emmmm." Lana menyahut perlahan. Perhatiannya masih pada nota-nota yang dicatit ketika kuliah siang tadi.

"Oooo Lana." Syafa memanggil lagi.

"Yea." Jawab Lana perlahan. Tumpuannya masih pada nota-nota pelajaran.

"Lanaaaaaaa." Syafa masih cuba mendapatkan perhatian Lana.

"Ya Syafatulnisa." Mata Lana masih tidak berganjak dari nota ditangan.

Syafa mula geram. "Dewi Lana binti Haji Lakiman! Saya tengah bercakap dengan awak ni. Tolong bagi perhatian boleh tak?"

Lana mengangkat wajahnya memandang Syafa yang sedang tersandar di katilnya. "Iye cik Syafatulnisa binti Sulaiman. Saya mendengar apa yang anda cakap. Cakap sahaja apa anda mahu. Telinga saya masih disini, mampu mendengar kata-kata anda itu." Lana mengusik.

Syafa tersenyum simpul mendengar kata-kata Lana. "Kau ingat tak mamat pelik tu?" Tanya Syafa tiba-tiba.

Lana masih membaca nota-notanya. "Mamat pelik mana?"

"Alaaa. Mamat pelik yang hari tu." Syafa memandang Lana yang sedang duduk di meja study.

"Alahai Fa. Banyak sangat mamat pelik yang kita dah jumpa. Dekat dalam kelas kita pun dah ada 1001 mamat pelik. Yang mana satu?" Lana jawab acuh tak acuh.

"Alaaa. Bukan mamat pelik dalam kelas kita laaa." Syafa garu kepala. Terasa geram dengan respon Lana.

Lana angkat muka. Dia memandang Syafa yang tergaru-garu kepala. "Mamat pelik mana pulak ni? Bukan lelaki yang pelik-pelik banyak dalam kelas kita ke?"

Syafa tepuk dahi. "Ya Allah Lana. Mamat pelik yang kita jumpa kat mall hari tu laaa."

Dahi Lana berkerut-kerut. "Ada ke kita jumpa orang pelik kat mall?"

Syafa mengeluh. "SubhanAllah Lana. Mamat pelik kat bookstore hari tu. Tak ingat?"

"Yang mana ehhhh?" Lana memandang Syafa yang kelihatan bengang.

"Yang awak langgar dia tu then awak belikan buku panduan solat ke apa entah." Syafa tayang muka bengang dengan Lana.

"Jap nak ingat."

"Macam mana awak baca dan nak ingat case study yea kalau awak pelupa macam ni." Laju Syafa mengomen.

"Case study tu penting jadi saya ingat. Lelaki tak berapa penting, buat apa nak ingat." Selamba Lana menjawab.

"Tapi sekarang ni awak ingat tak lelaki pelik tu?"

Lana termenung sejenak. "Ingat kot. Ingat. Ingat." Jawab Lana acuh tak acuh. "Jadi kenapa dengan lelaki tu?" Tanya Lana.

"Muka dia handsome kan!" Syafa menjawab laju.

"Yea kot." Balas Lana.

"Yea kot?" Syafa bingkas bangun. Dia mendekati Lana.

"Yelah! Kenapa?" Lana tanya tanpa rasa bersalah.

"Allah." Syafa tepuk dahi. Dia duduk dihujung katil berhampiran dengan meja study Lana.

"Ada apa sebenarnya ni? Kejap kata mamat tu pelik. Kejap kata mamat tu handsome." Lana pandang Syafa atas bawah.

"Peliklah sebab dia tiba-tiba suruh tolong dia cari buku. Buku panduan solat pulak tu. Takkan solat pun tak pandai. Harap muka je handsome tapi tak pandai solat." Laju Syafa mengomen.

Lana memandang Syafa. "Eh. Tak baik tau! Pandai-pandai kata orang tak solat. Bersangka baik sikit." Lana menasihati.

"Entah-entah dia beli buku tu untuk anak dia ke, adik dia ke, atau mungkin dia beli untuk hadiahkan kepada seseorang. Kita tak tahu. Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda, jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." Lana senyum memandang sahabatnya itu.

"Mungkin jugak kan." Suara Syafa perlahan menjawab.

"Lebih baik kita bersangka baik." Lana senyum lagi. "Jadi kenapa dengan mamat pelik tu?" Lana mengubah topik.

"Saya cuma teringatkan wajah handsome dia je. Tu yang tanya awak tu." Syafa gelak kecil.

Lana turut sama tergelak dengan respon dari Syafa. "Itu je? Kacak tu subjektif Fa. Dari pandangan awak mungkin kacak tapi dari pandangan saya mungkin biasa-biasa je."

"Habis definisi kacak bagi awak macam mana?" Syafa ingin tahu.

"Macam abah!"

"Macam mana tu?" Syafa semakin dekat dengan Lana. Dia teringin untuk tahu bagaimana jenis lelaki idaman Lana.

"Yang sentiasa mendahulukan Allah dalam semua perkara. Yang menghormati umi sebagai teman setia. Pembimbing kepada keluarga. Pandai agama. Macam tu lah lebih kurang." Lana senyum malu-malu.

Syafa menganggukkan kepalanya. Nyata citarasa mereka berbeza.

"Eh sudahlah bercerita tentang lelaki. Bagi saya fokus pada case study ni." Lana terasa malu. Dia segera mengubah topik.

Syafa senyum melihat Lana. "Okeylah. Bacalah case study tu. Saya tak ganggu dah." Syafa bingkas bangun dan kembali duduk di katil.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now