Bahagian 81

69 7 5
                                    

Zack berdiri di satu sudut. Dia sekadar memerhati Lana, Lasrah dan Haji Maimon yang sedang menangis berpelukan.

Haji Lakiman masih lagi di dalam bilik rawatan.

Terbit rasa bersalah di dalam hati Zack. "Kalau aku tak datang, perkara macam ni takkan berlaku. Ini semua sebab dosa-dosa aku." Fikir Zack sendiri.

"Awak." Lana tiba-tiba berdiri di sebelah Zack.

Zack pandang Lana. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Melihat wajah Lana kemerahan dengan mata yang bengkak kerana menangis membuatkan Zack lebih menyalahkan dirinya sendiri.

"Awak baliklah dulu. Saya nak tinggal di sini dengan umi dan kak chik." Beritahu Lana lembut.

"Tapi abah masih kat dalam." Beritahu Zack sambil menunjuk pintu bilik rawatan.

"Takpe. Awak baliklah dulu. Sekejap lagi along dan angah akan sampai."

"Tapi abahhh.."

"Takpe. Awak balik dulu. Saya tak nak perkara ni jadi semakin kecoh bila along dan angah sampai." Lana bersuara lemah. Dia semakin tidak berdaya.

Zack pandang Lana dengan penuh kasih sayang. Andainya gadis ini sudah menjadi miliknya yang sah, akan dia peluk gadis ini bagi meringankan beban perasaan yang dihadapinya.

"Saya tak sanggup nak tinggalkan awak sendiri dekat sini Lana. Kita kan dah janji akan menghadapi perkara ni sama-sama."

"Takpe. Saya okey dekat sini. Awak baliklah sebelum along dan angah sampai. Saya tak sanggup nak tengok apa-apa terjadi pada awak." Air mata Lana mulai bertakung.

Zack mulai serba salah tatkala melihat Lana yang begitu sedih.

"Takpe Lana. Saya rela dipukul abang-abang awak dari saya biarkan awak sendirian di sini."

Air mata Lana mulai meluncur laju. "Jangan Zack. Jangan degil boleh tak?"

Bukkkk. Zack ditumbuk seseorang.

Zack terdorong ke belakang lantas jatuh terduduk ke lantai.

"Zack!" Lana menjerit melihat Zack yang terduduk di lantai. Lana segera menerpa ke arah Zack.

Tangan Lana direntap kuat. Lana terdorong ke dalam pelukan seorang lelaki yang merentap tangannya tadi.

"Angah. Apa ni!" Lana cuba melepaskan diri dari angahnya.

Zack memegang pipinya yang berdenyut di tumbuk oleh abang kedua Lana. Dia cuba bangun dan kemudiannya dibantu oleh seseorang yang baru tiba.

"Apa ni angah. Benda boleh bawa berbincang kot." Along yang baru tiba membantu Zack bangun.

Hajah Maimon menangis melihat situasi anak-anaknya sedangkan suaminya masih di dalam bilik rawatan. Lasrah setia memujuk di sisi Hajah Maimon sambil memerhatikan situasi antara Zack, Lana, along dan angah.

"Kamu okey ke?" Along memandang Zack.

"Saya okey." Zack jawab perlahan.

"Kau berambus dari sini sebelum aku belasah kau cukup-cukup." Angah menghamburkan amarahnya.

"Angah cukuplah!" Lana melepaskan dirinya dari pelukan abangnya itu.

"Panggg." Pipi Lana dilempang kuat.

Lana terjatuh ke lantai.

"Lana!!" Zack dan along serentak menjerit.

Zack segera mendapatkan Lana. Lasrah juga segera bangun mendapatkan Lana. Lana menangis di lantai.

"Kamu dah kenapa angah? Bawak mengucap boleh tak?" Along memeluk angah yang sedang marah. "Adik kamu tu yang kamu lempang tu." Along menolak angah jauh dari Lana dan Zack.

Lasrah memeluk Lana. Dia mengusap lembut pipi Lana yang kemerahan akibat ditampar oleh angah. Zack hanya mampu berlutut di tepi Lana sambil menangis.

"Baliklah dulu Zack. Balik dulu please." Bicara Lasrah. Lana yang sedang menangis dipeluknya erat.

Zack tiada pilihan. Dia mengangguk lemah.
"Kak chik tolong tengokkan Lana. Tolong kak chik. Kalau ada apa-apa maklumkan pada saya." Zack memandang Lasrah penuh pengharapan.

Lasrah angguk. Dia turut sama menangis.

Zack bangun dan beredar dari situ dengan separuh hati.

Tangisan Lana semakin kuat saat Zack beredar pergi seolah-olah dia telah kehilangan Zack selamanya.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now