Bahagian 62

75 4 0
                                    

Zack tenung Lana yang duduk dihadapannya.

Lana tertunduk malu. Jantungnya berdebar-debar. Makin lama dia mengenali lelaki bernama Zack ni, hatinya semakin mudah berdebar-debar. Kebaikan sikap Zack dan kelembutan bicara Zack kadangkala memerangkap Lana.

"Makan cepat. Sudahlah tenung-tenung saya." Lana tersipu-sipu malu.

Zack kembali menyuap roti canai ke mulut usai ditegur Lana.

"Macam mana praktikal kat sini? Dah seminggu awak kat sini, boleh adapt dah ke?" Zack pandang Lana.

"Alhamdulillah. Okey je kat sini. Master saya okey, staff-staff lain okey dan awak pun baik layan saya." Lana senyum tayang gigi.

Lana bersyukur kerana Zack sudi membantunya untuk menjalani praktikal di firma di mana Zack bekerja. Pada mulanya Lana agak bimbang untuk meminta bantuan Zack tetapi atas saranan Syafa yang risau untuk tinggalkan Lana sendirian di ibu kota, Lana akhirnya mengalah dengan permintaan Syafa.

"Saya baik ke?" Zack senyum menggoda.

"Baiklah. Tiap-tiap pagi ambil saya dekat kolej bawa pergi praktikal. Petang pula hantar balik semula ke kolej. Pastu ni tiap-tiap pagi bawa saya pergi sarapan. Macam mana saya nak kata awak tak baik."

Zack senyum mendengar jawapan Lana itu.

Tiba-tiba telefon Zack berdering. Nama Saiful tertera di skrin telefon.

"Kenapa Pul call awal pagi macam ni." Zack mengomel sendiri sambil menekan skrin telefin.

"Assalamualaikum Pul." Zack memberi salam.

"Zack. Zack." Suara Saiful cemas.

"Kenapa Pul? Kenapa?" Mendengarkan suara Saiful yang cemas, Zack turut sama cemas.

Lana hanya diam dan memasang telinga.

"Mak hang! Mak hang Zack." Suara Saiful dihujung talian kedengaran tercungap-cungap.

"Kenapa dengan mak aku Pul?" Suara Zack seakan ingin menangis.

"Mak hang jatuh bilik ayaq. Tak sedar langsung. Aku dah bawak pergi hospital. Aku kat hospital ni. Hang balik sini cepat Zack. Hang balik la ni jugak. Jangan tunggu-tunggu." Saiful mulai menangis.

Mata Zack mulai berair. "Aku balik Pul. Aku balik sekarang. Kau beritahu mak suruh tunggu aku Pul." Zack cuba untuk tenang.

"Hang balik tau Zack. Aku letak dulu. Nak tengok keadaan mak hang sat. Balik tau." Sempat Saiful memesan.

Talian dimatikan. Zack pandang Lana. Air mata dia mulai mengalir ke pipi.

"Kenapa dengan mak awak Zack?" Lana pandang Zack.

"Saya kena balik Kedah sekarang jugak tengok mak." Zack capai kunci kereta di atas meja. Dia segera bangun dan duit RM20.00 diletakkan di atas meja.

"Jom Lana."

Terkocoh-kocoh Lana mengambil beg tangannya dan mengejar Zack yang dah melangkah jauh ke hadapan.

Di dalam kereta Zack memandu dengan agak laju. Lana hanya diam tidak berkata apa-apa.

Lana membuang pandang ke luar dan dia kemudian menyedari laluan yang digunakan oleh Zack tidak menghala ke pejabat mereka.

"Eh jap jap." Lana pandang Zack.

Zack tidak memberi sebarang respon kepada Lana dan meneruskan pemanduan.

"Awak. Awak. Awak." Lana panggil Zack lagi. Lengan Zack ditepuk tanpa sengaja. Lana cuak bila dia menyedari Zack tidak terus ke pejabat untuk menghantarnya dahulu.

Zack pandang Lana.

"Ini bukan jalan ke pejabat. Awak tak nak hantar saya ke pejabat dulu ke?" Lana mulai risau.

"Saya kena balik Kedah sekarang."

"Yelah. Saya tahu tu. Tapi awak hantarlah saya ke pejabat dulu. Atau awak singgah mana-mana, nanti saya naik grab pergi pejabat."

"Awak ikut je saya balik Kedah."

Mulut Lana terlopong. "Haaaa. Awak gila ke?"

"Memang saya tengah gila pun sekarang ni." Suara Zack agak kasar.

"Saya dah lah tengah praktikal, mana boleh suka-suka hati saya nak ponteng kerja. Nanti apa kata master saya." Suara Lana kedengaran kecewa.

"Jangan risau. Tadi saya dah call master awak. Saya dan awak ambil emergency leave." Zack jawab senada.

"Eh. Mana boleh macam tu. Nanti apa orang kata. Tiba-tiba je saya ada emergency leave dengan awak." Lana sedikit membentak.

"Master awak dah bagi pelepasan. Janganlah risau. Sebab tu saya terus bawa awak balik Kedah ni."

"Takkan nak pergi Kedah sehelai sepinggang macam ni."

Zack pandang Lana. "Malam ni kita balik sini semula."

"Balik Kedah sehari je?" Lana tepuk dahi. Tidak faham dia akan perangai jejaka seorang ni.

Zack senyum pandang Lana. Dengan adanya Lana disisi dia hari ini, sekurang-kurangnya perasaan Zack agak tenang.

"Saya dah biasa balik hari ke Kedah ni. Bukan jauh mana pun."

"Tak jauh kata awak?" Lana geleng kepala.

"Tak jauh manalah Kuala Lumpur ke Sungai Petani ni. 308km je."

"Jauhlah tu." Lana menjeling Zack.

"Kalau awak penat, awak tidurlah dulu. Nanti sampai sana saya kejutkan awak."

"Tak naklah saya tidur." Lana terasa agak kekok untuk tidur ketika Zack sedang memandu. Tambahan pula itu perjalanan jarak jauh mereka yang pertama.

"Kalau macam tu boleh teman saya berbual."

"Boleh jugak. Awak boleh tanya saya fasal hal-hal agama. Awak nak mengaji dan bagi saya betulkan tajwid pun boleh." Lana senyum.

Perjalanan mereka ke utara dipenuhi dengan soal jawab agama. Zack mampu memandu dengan tenang dengan adanya Lana disisinya .

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now