Bahagian 89

62 4 0
                                    

Pak Habib nampak kereta Zack masuk ke perkarangan masjid. Beliau segera mendekati kereta Zack yang sudah diberhentikan di dalam petak tempat letak kereta yang disediakan.

"Assalamualaikum Zaf..."

Pak Habib terkesima tatkala seorang gadis comel keluar dari tempat penumpang.

Lana senyum melihat pak Habib.

Tidak lama selepas itu Syafa turut keluar dari kereta Zack.

Pak Habib pandang Syafa pula.

"Maaf. Salah kereta pakcik ni." Pak Habib tunduk. Dia ingin segera beredar dari situ.

"Pak Habib." Lana memanggil lembut. "Ini pak Habib kan?" Tanya Lana lagi.

Zack masih lagi di dalam kereta. Dia mengemaskan butang baju melayunya. Rambutnya dirapikan sebelum diletakkan songkok di atas kepala.

Pak Habib berpaling. Lana senyum memandangnya. Begitu juga Syafa.

"Mana anak-anak kenal pakcik?" Tanya Pak Habib.

"Pak Habib guru mengaji Zafran kan? Mestilah saya kenal." Lana senyum lebar.

Pak Habib turut sama senyum. "Isteri Zafran ke ni?"

"Ehem. Ehem. Belum lagi pak Habib. Belummmm. Dia masih jual mahal lagi." Zack yang baru keluar dari kereta menyampuk.

Terburai ketawa pak Habib, Lana dan Syafa tatkala mendengar bicara Zack.

Zack menghulurkan tangan. Dia segera menyalami pak Habib lantas mencium tangan pak Habib.

"Yang mana satu ni Zafran. Ada dua ni." Pak Habib berseloroh mengusik Zack.

"Semestinya yang setia berada di sisi Zack pak Habib." Syafa menyampuk sambil tangannya memegang kedua belah bahu Lana.

"Zack?" Pak Habib sedikit terpinga-pinga.

"Zack itu Zafran pak Habib. Masih lagi orang yang sama." Lana menerangkan kepada pak Habib.

Setelah sekian lama Zack selalu menceritakan tentang pak Habib kepadanya, hari ini Lana dapat bertentang mata dengan pak Habib. Dari kaca mata Lana, pak Habib seorang yang sangat baik dalam membantu Zack mempelajari ilmu agama.

"Ooo. Pakcik tak tahu pulak. Zack itu nama glamour kamulah ya?" Tanya pak Habib.

Zack gosok belakang kepalanya. "Eh taklah pak Habib. Nama saya Zack Zafran. Untuk masa-masa akan datang saya akan pakai nama Zafran untuk diri saya yang baru. Zack adalah kisah lama saya." Terang Zack sambil tertunduk.

Lana dan Syafa hanya mendengar penerangan Zack.

"Marilah kita masuk. Dah nak azan Maghrib ni. Nanti boleh kita dengar ceramah selepas solat Isyak." Ajak pak Habib.

"Marilah masuk." Zack mengajak Lana dan Syafa.

"Ruangan muslimat masuk ikut pintu sana." Pak Habib mengunjukkan pintu masuk masjid bagi golongan muslimat kepada Lana dan Syafa.

Lana dan Syafa segera berlalu menuju ke pintu masuk ruangan wanita masjid tersebut.

"Awak dah tahu Zack belajar mengaji di sini?" Tanya Syafa tiba-tiba ketika mereka berdua berjalan menuju ke pintu masuk ruangan muslimat.

"Haah. Zack adalah bercerita tentang bilal yang mengajar dia mengaji dan solat dekat sini. Tapi dia sekadar bercerita jelah. Ini kali pertama bertentang mata dengan dia." Lana menjawab sambil tersenyum.

"Tak sangka kan. Zack betul-betul nak berubah." Perlahan suara Syafa.

"Dahlah. Benda dah lepas pun. Jangan dikenang. Kalau dikenang merosak diri." Lana memetik bait-bait lagu seniman agung Tan Sri P Ramlee.

Syafa senyum mendengar jawapan Lana. Mereka sama-sama masuk ke ruangan muslimat untuk menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak sebelum meneruskan dengan proses ceramah agama.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now