Bahagian 73

82 5 0
                                    

Zack membelok keretanya masuk ke dalam perkarangan masjid.

Dengan cermat Zack memakirkan kereta ke dalam kotak parking.

Dia segera keluar dari kereta. Dia menjengahkan kepalanya seolah-olah mencari seseorang.

"Assalamualakum." Zack disapa dari belakang.

Zack berpaling. Dia tersenyum lega. Orang yang dicari-cari ada di depan mata.

"Waalaikumsalam." Zack tersenyum berseri-seri.

"Anak nak masuk solat Dhuha ke? Pergilah masuk. Ruang solat tak berkunci pun."

Zack geleng kepala. "Saya cari Pak Habib. Pak Habib ingat saya tak?" Zack senyum.

Pak Habib pandang Zack agak lama. Cuba mengingati wajah yang berdiri di hadapannya.

"Maaflah. Pakcik tak ingat sebab ramai sangat yang keluar masuk ke masjid ni. Tapi anak ni tahu nama pakcik, mesti kita pernah berbual lama."

Zack gosok belakang kepalanya. "Suatu masa dahulu saya pernah hilang arah. Allah gerakkan hati saya yang sedang hilang arah ni memandu masuk ke sini dan berjumpa Pak Habib. Masa tu Pak Habib ajak saya masuk ke dalam dan solat Asar berjemaah. Itu solat pertama saya selepas bertahun-tahun." Zack bercerita malu-malu.

Wajah Pak Habib tidak lekang dengan senyuman. "Anak ini namanya apa?"

"Zafran Pak Habib. Nama saya Zafran."

"Marilah kita duduk dekat sana." Pak Habib mengajak Zack untuk duduk di kerusi simen di bawah pokok tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Zafran datang sini ada hajat apa?" Tanya Pak Habib sambil duduk.

"Saya ada hajat besar. Saya nak minta bantuan Pak Habib. Saya harap Pak Habib sudi bantu saya."

"Nak minta bantuan apa tu? Kalau Pak Habib mampu, Pak Habib cuba bantu Zafran."

Zack serba salah.

Pak Habib senyum pandang Zack. "Beritahu sahaja apa bantuan yang kamu perlukan. InsyaAllah, kalau berkemampuan Pak Habib bantu kamu." Ikhlas Pak Habib menjawab.

"Boleh tak Pak Habib ajarkan saya mengaji?" Zack memandang Pak Habib dengan penuh pengharapan.

Pak Habib senyum tatkala mendengar kata-kata Zack.

"Saya bayar berapa sahaja upah yang Pak Habib mahu." Zack kelihatan terdesak.

"Pak Habib bukannya mahukan wang kamu."

"Saya tak kisah bayar berapa pun, asalkan Pak Habib sanggup ajarkan saya."

"Ilmu Allah ni bukan untuk dijual beli. Tapi kenapa kamu tak ambil kelas persendirian di luar dengan ustaz je. Pak Habib ni cuma tukang cuci masjid ni je."

"Sebenarnya saya malu Pak Habib." Zack tundukkan wajahnya.

Pak Habib diam. Dia mulai mengerti.

"Boleh tak Pak Habib bantu saya?" Zack benar-benar mengharap.

"InsyaAllah. Pak Habib cuba bantu apa yang mampu." Akhirnya Pak Habib bersetuju.

"Berapa bayaran Pak Habib kenakan saya sanggup bayar."

"Ilmu Allah itu percuma. Tiada harga yang bersesuaian buatnya. Pak Habib bantu kamu supaya kamu boleh bantu orang lain di kemudian hari."

"Alhamdulillah. Terima kasih Pak Habib." Zack terharu. Tanpa sedar dia memeluk Pak Habib erat.

Pelukan Zack dibalas Pak Habib.

Usai pelukan dileraikan Pak Habib seraya bertanya. "Bila kamu mahu mula belajar?"

"Malam boleh tak Pak Habib? Kalau siang saya bekerja."

"Takde masalah. Selepas Isyak dekat masjid ni. Boleh?" Pak Habib menetapkan masa dan lokasi.

"Boleh." Laju Zack bersetuju.

"Kalau boleh datang awal sebelum Maghrib. Kita boleh berjemaah Maghrib dan Isyak dulu." Pak Habib memberi cadangan.

Zack mengangguk setuju. "InsyaAllah Pak Habib."

"Kamu nak ke mana selepas ni?" Tanya Pak Habib tiba-tiba.

"Err. Balik ke rumah." Zack jawab.

"Mari masuk kita solat sunat Dhuha dulu supaya rezeki kita terbentang luas." Ajak Pak Habib.

"Errr. Boleh. Boleh." Zack bersetuju. Dia segera bangun dan mengikut Pak Habib berjalan masuk ke dalam masjid.




LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now