Bahagian 53

83 5 0
                                    

Lana nampak Zack sedang duduk di sebuah meja di cafe kolej kediaman Lana.

"Hmmm." Lana mengeluh perlahan. Sudah puas Lana berdalih agar Zack tidak datang bertemu dengannya di universiti tetapi Zack tetap degil untuk bertemu dengan Lana pada petang itu juga.

Zack senyum nampak Lana yang berjalan lambat-lambat ke arahnya.

Lana pandang kiri dan kanan. Kelihatan ramai pelajar berada di cafe pada ketika itu. Perlahan-lahan Lana tarik kerusi. Dia duduk di hadapan Zack.

"Ada apa nak jumpa saya ni?" Tanya Lana perlahan.

Zack cuba senyum namun hatinya terasa begitu berdebar seolah-olah ingin meletup. Dia bimbang jika Lana menolak pemberiannya.

"Errr. Saya ada sesuatu nak bagi dekat awak sebenarnya." Zack jawab gagap.

"Kenapa tak tunggu hujung minggu je. Awak boleh bagi masa kita pura-pura terserempak macam biasa."

Zack senyum malu mendengar kata-kata Lana. Dia mengelus perlahan rambutnya.

"Haaa. Apa dia yang awak nak bagi dekat saya tu sampai tak sempat tunggu hujung minggu." Lana bersuara lembut. Bimbang kata-katanya mengguris hati Zack.

Zack mengambil beg kertas dari kerusi di sebelah tempat duduknya. Ditolak perlahan beg kertas itu ke depan Lana.

"Hadiah untuk awak." Laju Zack memberitahu.

Lana senyum. "Hadiah apa ni? Hari jadi saya lambat lagi." Lana tarik beg kertas itu dekat kepadanya.

"Hadiah saja-saja je. Tanda saya ikhlas nak kawan dengan awak."

Lana buka beg kertas itu. Dia tergamam seketika.

"Apa ni?" Lana pandang Zack.

"Tudung." Zack jawab sepatah.

Lana cuba untuk tidak ketawa mendengar jawapan Zack itu.

"Iya. Saya tahu ini tudung. Tapi banyaknya." Lana pandang Zack dan tudung di dalam beg kertas itu bergilir-gilir.

Patutlah beg kertas itu besar dan agak berat.

"Awak kan pakai tudung hari-hari. Kalau ada banyak senanglah untuk awak tukar yang baru hari-hari." Zack mencipta alasan.

Lana tepuk dahi. "Memanglah saya tukar tudung hari-hari. Tapi saya basuh tudung-tudung lepas saya pakai. Bukannya saya pakai buang." Lana betul-betul tidak tahu bagaimana untuk respon terhadap tudung yang banyak itu.

"Awak tak suka ke?" Zack tayang muka sedih.

"Bukan macam tu. Jangan salah faham. Saya hargai sangat pemberian awak ni. Tapi banyak sangat. Berapa helai awak beli?" Lana pandang Zack.

"Errr. 20 helai."

"20 helai? Banyaknya." Mata Lana terbeliak mendengar jawapan Zack itu.

"Kenapa beli sampai 20 helai?" Tanya Lana lagi.

"Adik dekat kedai tu kata tudung ini ada 20 jenis warna yang berbeza." Zack jawab naif.

"Takkan beli semua." Lana membelek tudung di dalam beg kertas itu.

"Saya tak tahu warna apa awak suka. Warna apa yang awak nak pakai. Jadi saya beli semua warna yang ada." Zack membela diri.

"Kenapa membazir beli banyak-banyak macam ni."

"Mana ada membazir. Awak pakai kan." Laju Zack menempelak.

Lana geleng kepala melihat Zack.

"Awak ada apa-apa nak cakap dengan saya lagi tak?" Lana pandang Zack.

Zack geleng kepala. "Takde."

Lana pandang keliling. Ruangan cafe semakin penuh dengan pelajar-pelajar yang telah habis kuliah sesi petang.

"Kalau awak dah takde apa-apa nak diperkatakan lagi, saya ingat nak undur diri dulu." Lembut bicara Lana meminta untuk mengundur diri.

"Eh takpe. Awak boleh balik ke bilik. Saya pun nak balik jugak dah ni. Saya datang nak hantar tudung-tudung tu pada awak je." Jawab Zack.

"Apa-apa pun terima kasih sangat sebab awak hadiahkan saya tudung-tudung ni. Saya akan pakai sebaiknya. Semoga awak juga memperolehi pahala sebab menggalakkan saya bertudung sempurna." Lana bangun dari duduknya.

Melihat Lana bangun, Zack juga bangun. Kaca mata hitam yang di selitkan di kolar baju dipakainya.

"Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum." Lana segera berpaling. Melihat Zack yang memakai kaca mata hitam itu menggetar dadanya kerana lelaki itu kelihatan bergaya tatkala memakai kaca mata hitam.

"Waalaikumsalam." Jawab Zack sambil dia melihat Lana pergi dan hilang dari pandangannya.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now