Bahagian 100

112 5 0
                                    

"Kita nak balik hari lagi ke Kedah?" Lana bertanya sekali lagi.

Zack angguk. Dia masih fokus pada pemanduan.

"Tak penat ke nak ulang alik. Macamlah Kedah tu dekat." Lana mengomel perlahan.

Zack pandang Lana. "Sebab itulah saya ajak awak gerak awal-awal lepas Subuh ni supaya kita ada masa yang panjang sikit kat sana."

"Awak kata bapak awak dah terima awak. Kenapa tak tidur je dekat sana semalaman." Lana masih tidak puas hati.

Zack sengih. "Awak dah lupa ke cik Lana. Kita berdua ni mash belum ada ikatan yang sah. Tak manislah kalau awak tidur dekat rumah keluarga saya tu."

Lana peluk tubuhnya. "Bukannya kita nak tidur sebilik pun." Muncung Lana panjang sedepa. Dia masih tidak berpuas hati.

Zack geleng kepala. Semakin lama dia mengenali Lana, semakin dia kenal perangai gadis itu yang sedikit keras kepala.

"Buat masa ni biarlah kita ulang alik je ke Kedah tu daripada sampai menimbulkan fitnah dari orang-orang kampung. Saya dah biasa jadi mangsa umpatan dan fitnah orang kampung. Saya tak nak sampai awak pula jadi mangsa umpat keji mereka." Zack bernada tenang.

"Kenapa pula nak umpat keji saya. Kita bukan buat dosa. Saya cuma nak masa lebih untuk berkenalan dengan keluarga awak je."

"Awak akan ada lebih masa dengan keluarga saya lepas ni. InsyaAllah saya akan minta bapak dan mak cepat-cepat meminang awak. Awak pun dah habis belajar kan?" Zack senyum pandang Lana di sebelahnya.

Lana pandang Zack. "Eh nanti dulu. Tunggulah saya habis buat chambering dulu." Wajah Lana cuak.

Zack tergelak melihat reaksi spontan Lana. "Tadi kata nak masa lebih dengan keluarga saya. Kalau dah sah kan senang je nak balik Kedah sampai sebulan untuk berkenalan dengan keluarga saya pun boleh." Zack sengih-sengih.

"Eh! Tunggulah dulu. Tunggu saya habis buat chambering. Lepas tu tunggu keadaan abah makin baik." Lana pandang Zack.

"Nanti Luqman cross line saya macam mana?" Zack pandang Lana.

"Yang itu awak jangan risau. Saya dah selesaikan awal-awal sebelum saya start study week untuk final exam lagi." Lana senyum pandang Zack.

"Awak selesaikan apa?" Zack pandang Lana.

"Selesaikan urusan kitaorang." Lana menjawab selamba.

"Urusan apa?" Zack pandang Lana lagi.

"Urusan kahwin laaa." Lana mula geram. Terasa Zack mempermainkannya.

Zack senyum. "Macam mana awak selesaikan?"

"Berterus terang. Itu lebih mudah." Lana senyum.

Zack seakan tidak percaya. "Awak beritahu dia fasal saya ke?"

Lana angguk. "Saya beritahu saya dah suka seseorang."

"Dia okey? Mudah macam tu je?"

Lana angguk lagi.

"Kalau tahu macam tu dari awal-awal lagi kita berterus terang dengan dia." Komen Zack.

"Bab Luqman memang mudah sebab dia sendiri pun tak nak paksa saya. Bab abah dan umi yang payah. Mereka kan suka paksa saya." Suara Lana perlahan.

"Iyelah. Bab Luqman dah settle. Macam mana nak pujuk umi dan abah itu yang susah." Suara Zack juga perlahan tatkala teringatkan umi dan abah Lana yang masih membantah hubungan mereka.

"Tapi kan, Luqman dah beritahu ibu dan ayah dia yang dia tak mahu berkahwin dengan saya. Alasannya dia dah jumpa orang lain dekat Mesir." Lana menceritakan perkara yang diceritakan umi kepadanya.

"Serius?" Zack sedikit terperanjat.

Lana angguk kepala. "Ibu dan ayah dia datang mintak maaf dengan umi dan abah."

"Macam mana respon umi dengan abah?" Tanya Zack seakan tidak sabar.

"Umi nampak kecewa sangat."

"Kesian dekat umi." Zack terasa simpati dengan Hajah Maimon.

"Nak buat macam mana. Saya tak suruh pun Luqman sampai tipu ibu dan ayah dia yang dia dah jumpa perempuan lain kat sana. Saya pun terkejut bila umi cerita." Lana dipagut rasa bersalah terhadap Luqman.

"Apa-apa pun saya harap urusan kita seterusnya dipermudahkan olehNya." Zack senyum.

"Samalah. Mula-mula kita perbaiki hubungan awak dengan keluarga awak. Lepas tu baru kita beralih ke keluarga saya." Lana pandang Zack. Dia turut senyum.

Zack angguk kepala. "Saya setuju."

Lana senyum pandang Zack. Mereka terus berbual sehinggalah mereka sampai ke destinasi mereka kampung halaman Zack untuk bertemu dengan kedua ibu bapa Zack.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now