"Janganlah serius sangat muka tu." Zack menegur Lana. Jus oren di sedut perlahan.
Mereka bertiga duduk berehat di sebuah coffee shop bagi menghilangkan penat setelah agak lama berdiri di dalam kedai buku.
Lana pandang Zack. "Membaca perlukan penghayatan. Bila mahukan penghayatan maksudnya perlu serius terhadap perbuatan." Lana mula berhujah.
"Itu dia Cik Lana memberikan hujah. Adakah Encik Zack mempunyai pernyataan balas?" Syafa mengusik Lana dan Zack.
Zack senyum. "I tak mampu untuk berhujah. Apatah lagi berhujah dengan si cantik manis. I menyerah sebelum berjuang." Zack angkat kedua belah tangan.
"Ceh! Dasar sweet talker!" Lana mencemik muka.
Zack ketawa kecil. "Kata-kata I tak manis pada semua orang. Ia keluar cuma pada orang-orang tertentu sahaja."
"Adakah ini confession?" Syafa menyampuk. Semakin rancak dia mengusik Zack dan Lana.
"Maybe." Zack senyum lebar sementara Lana menjeling tajam Syafa yang tersengih-sengih.
"Rasanya dah cukup untuk hari ni. Saya rasa elok kami gerak dulu. Banyak urusan kami dah tergendala ni." Lana mulai tidak selesa. Dia ingin segera beredar.
"Tapi kita belum berkenalan lagi." Zack cuba membeli masa.
"Betul tu. Kita belum berkenalan lagi. Selama ni asyik terserempak dan terlanggar. Itu je." Syafa mengiyakan.
Lana membulatkan mata. "Dah. Kita dah berkenalan. Saya Lana awak Zack dan dia Syafa."
"Bukan yang tu laaaa." Syafa memprotes.
Syafa pandang Zack. "Actually, I am interested to know about you. Awak ni macam misteri sikit." Syafa meluahkan apa yang dirasainya. Sejak mengenali Zack, dia dapat rasakan yang lelaki itu agak misteri dan penuh rahsia.
Lana menggeleng kepala. Syafa tak habis-habis dengan firasatnya.
"Apa yang you nak tahu tentang I." Zack memandang Syafa. Tangannya diletakkan di dagu. Perhatian penuh diberi kepada Syafa.
"Alamak Lana. Gugur iman saya tengok mamat ni. Tolong kutipkan iman saya ni Lana. Helpppp." Syafa bisik perlahan kepada Lana.
Lana ketawa mengekek mendengar kata-kata Syafa.
"Haaa. Apa bisik-bisik tu. Tadi kata nak tahu tentang I. Tanyalah!" Zack senyum menggoda.
Syafa sengih. Dia kantoi berbisik dengan Lana.
"Errr. Awak kerja apa Zack? Kerja kat sini ke? Selalu je terserempak dengan awak kat sini." Syafa mula menyoal siasat.
"Eh tak! I tak kerja sini. I cuma suka pergi book store dekat sini. Sebab tak crowded." Laju Zack memberi jawapan.
"So sebenarnya awak kerja apa?" Syafa tanya lagi.
"Manager. Yeah office manager." Zack sedikit teragak-agak.
Syafa terangguk-angguk.
"You both kerja mana?" Zack cuba memancing.
"Kitaorang berdua ni nampak macam tua sangat dah ke? Ada macam orang bekerja?" Syafa pandang Zack.
"Eh. Takdelah macam tu. I tanya je."
"Student. Kami berdua student." Akhirnya Lana menyampuk.
Zack senyum melihat respon Lana. "Kat mana?"
"UIA." Laju Syafa menjawab.
"Wow! Hebatnya. Course apa?"
"Law." Lana menjawab sepatah.
Zack semakin semangat untuk bertanya. "You berdua dah tahun ke berapa? Third year?"
"Takdelah. Baru first year first semester. Junior lagi." Jawab Syafa.
"Kalau I nak jumpa you berdua, bolehlah I pergi sana." Zack teruja.
"Jangan!" Serentak Lana dan Syafa menjawab.
"Buat apa nak pergi sana?" Suara Lana agak keras.
Zack kaget. "Nak jumpa you berdua. Tak boleh? Kita kan kawan." Suara Zack perlahan.
"Errr. Bukan tak boleh tapi tak manis. Situ kan tempat kami nak menimba ilmu." Syafa menjawab lembut. Reaksi Lana tadi agak drastik baginya.
"Habis tu macam mana nak jumpa dengan you berdua?" Zack pandang Syafa. Dia tahu gadis itu mudah simpati berbanding Lana yang agak keras hati.
"Kat sini kan boleh. Terserempak dan terlanggar macam sebelum-sebelum ni." Laju Syafa menjawab.
Zack senyum paksa. "Errr. Contact number you berdua takde ke? At least boleh buat appointment." Zack mencuba.
"Takde! Kami pakai public phone." Laju Lana menjawab.
Hampir tersembur air dalam mulut Syafa tatkala mendengar jawapan Lana.
Zack tergelak mendengar jawapan Lana yang padu tanpa ragu-ragu itu.
"So, kita akan terserempak dan terlanggar macam biasa jelah." Ada nada hampa dihujung suara Zack.
Laju Lana mengangguk. Syafa hanya tersengih dengan tingkah si Lana.
"Dah lama sangat ni. Kami pergi dulu." Kali ini giliran Syafa pula mengajak meminta diri.
Zack lihat jam di tangan. Sudah agak lama mereka di situ dan berbual.
"Pergi dulu. Ada jodoh kita terserempak dan terlanggar lagi." Syafa berlucu.
"Pasti. Pasti ada jodoh." Zack menjawab tanpa ragu.