Sofia meletakkan gelas bir di atas meja. Kerusi di sebelah Zack di tarik lantas dia terus duduk.
"Aik. Dah jadi orang alim dan berkawan dengan para ustazah pun masih pergi ke kelab." Tanpa menunggu lama Sofia terus memerli Zack.
Zack sekadar menjeling sekilas Sofia yang duduk di sebelahnya.
"Sejak jadi orang alim ni pekak pulak dia." Nada Sofia agak keras.
Zack memekakkan telinga. Gelas coke di meja di angkat lantas diteguknya rakus. Habis sahaja air diteguk, gelas dihentak kuat ke meja.
Sofia telan air liur. Dia tahu Zack mula marah. Dia diam membatu di sebelah Zack.
Zack melambai memanggil pelayan. Setelah pelayan mendekatinya dia lantas membuat pesanan. "Coke lagi satu."
Pelayan segera beredar untuk mendapatkan pesanan yang dibuat oleh Zack.
"Zack." Dengan lembut Sofia memegang lengan Zack.
Zack kerling tangan Sofia di lengannya. "Lepaskan tangan you."
"Jangan macam ni sayang. I tahu you datang sini nak cari I." Sofia mula menggeletis.
"I kata lepaskan I." Suara Zack naik satu oktah.
Sofia buat tidak dengar akan kata-kata Zack. Dia lantas merangkul kemas lengan Zack. "I tahu. Budak-budak bertudung labuh tu tak pandai puaskan you. I tahu, you rindukan belaian I." Sofia semakin mengada-ngada. Kepalanya dilentokkan ke lengan Zack.
Dengan menggunakan jari telunjuk kanannya Zack menolak kepala Sofia agar jauh dari lengan kirinya.
Sofia mengangkat kepalanya tatkala Zack menolak kepalanya. Dia bengang.
"You jangan ganggu I boleh tak? Dan sila jangan perasan sangat. I datang sini bukan sebab nak jumpa you apatah lagi rindukan you. I datang sini sebab I nak jumpa Andy."
"Zack!" Andy yang entah dari mana tiba-tiba muncul.
"Yo bro!" Zack menghulurkan tangan kepada Andy dan Andy segera menyambutnya.
Andy pandang Sofia yang duduk di sebelah Zack. "Hei Sofia. Lama tak nampak. You sihat? Tan Sri Megat sihat?" Andy sekadar beramah.
"Hai Andy." Sofia mulai menggeletis. "I sihat Andy sebab tu I ada kat sini."
"Husband?" Andy mengulangi semula soalannya.
Sofia kontrol senyum. Dia sengaja ingin mengelak dari berbicara tentang suaminya. "Tan Sri sihat je Andy. Dia kalau sakit pun biasanya dia balik ke rumah isteri tua. Dia takkan susahkan I."
Zack senyum sinis. "Kalau I jadi Tan Sri, memang I akan balik rumah isteri tua. Sebab ada isteri muda pun tak guna kalau asyik duduk kelab mengejar jantan lain." Zack membidas Sofia.
Sofia menjeling Zack yang duduk disebelahnya.
"Eh Zack. You ada hal apa nak bincang dengan I?" Andy memulakan perbualan dengan Zack akan perihal temujanji mereka hari ini.
Zack pandang Sofia yang duduk di sebelahnya. "Pergi blah tempat lain boleh tak? Menyibuk je duduk sini." Zack menghalau Sofia.
"Eh. Berbual jelah kalau you all nak berbual. I nak duduk lepak sini je. Bukannya nak pasang telinga hal you berdua." Sofia berkeras tidak mahu pergi.
"Bro! Jom lepak meja lain." Zack ajak Andy pindah meja.
Andy hanya menurut. Mereka berdua meninggalkan Sofia sendirian di meja tersebut.
Zack memerlukan privasi untuk menyerahkan tugas-tugasnya kepada Andy.