Syafa pegang tangan Lana. "Alhamdulillah. Akhirnya. Hari yang di nanti-nanti oleh awak akhirnya tiba. Tahniah Lana." Syafa memeluk Lana erat.
Lana membalas pelukan Syafa. "Alaaa. Tahniah apa. Belum ada apa-apa ikatan yang sah lah." Lana jawab malu-malu.
"Soon. InsyaAllah. Inikan baru step pertama korang dalam menghalalkan hubungan." Syafa masih memegang erat jari jemari Lana.
"Hari ni keluarga Zack baru nak datang merisik. Long way to go." Lana senyum bahagia.
"Jom selfie! Boleh letak gambar dekat facebook." Syafa beri cadangan.
"Selfie berdua boleh tapi kalau nak letak dekat facebook, tak naklah. Baru nak merisik kan. Seeloknya dirahsiakan."
"Kalau macam tu kita selfie jelah." Syafa mengangkat telefon bimbitnya untuk merakam gambar kenangan dia dan Lana. So, aku simpan sendiri untuk kenangan. Selepas bermacam-macam ujian dan badai melanda, finally both of you made it. Congrats." Syafa peluk Lana sekali lagi.
"Kannn. Selepas adegan terlanggar dekat kedai buku, membawa kepada drama pura-pura dilanggar, pura-pura nak berkawan dan macam-macam bendalah yang saya kena hadap. Finally, we are here." Lana senyum bangga.
"Kannn. Kelakar pula bila ingat semula drama si Zack itu." Syafa ketawa kecil teringatkan kisah awal perkenalan di antara Lana dan Zack.
"Nanti saya ingat nak tulislah semula saat-saat itu dan bukukan untuk tatapan anak cucu." Lana senyum bahagia.
"Amboiii. Seronoknya korang." Lasrah muncul dari luar bilik. "Ketawa apa ni? Macam seronok je." Lasrah duduk di sebelah Lana.
"Seronok teringatkan kisah dulu kak." Syafa menjawab.
"Kisah apa?" tanya Lasrah.
"Kisah Zack nak ngorat Lana. Lucu sungguh." Jawab Syafa. Lana hanya tersenyum mendengar kata-kata Syafa.
Lasrah pandang Lana. Dipegang lembut tangan adiknya itu. "Yang dah lepas dan berlalu tu, usahlah dikenang lagi. Fokus pada masa depan kamu berdua untuk jadi pasangan yang baik untuk satu sama lain." Lasrah senyum.
Lana turut sama senyum sambil membalas pegangan tangan Lasrah.
"Eh. Jom keluar. Umi suruh kak chik panggil kamu keluar. Mereka semua dah siap berbincang tu." Lasrah tarik tangan Lana yang manis berbaju kurung moden berwarna biru lembut dan dipadankan dengan tudung berwarna 'royal blue' yang dihadiahkan oleh Zack kepadanya.