Zack duduk di kerusi yang disediakan. Begitu juga dengan Lana.
"Ada apa you panggil I datang ke sini?" Zack memandang endah tak endah susuk tubuh yang duduk di hadapan dia dan Lana.
Wajah itu tersenyum. Tubuh badannya kelihatan susut. "I panggil you sebab nak minta maaf." Perlahan jawapan diberi. Wajahnya ditundukkan.
Zack membuang pandang ke tepi. Tidak betah rasanya memandang wajah itu lama-lama. Lana hanya diam membatu di sebelah Zack. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara antara mereka. Biarlah Zack sahaja yang berbicara.
"Lana." Suara perlahan memanggil Lana.
Lana angkat wajahnya. Wajah Sofea dipandangnya.
Sofea ukir senyuman. "Maafkan I Lana. I tak bermaksud nak rosakkan hubungan you dengan Zack." Ada nada sesal dalam ton suara Sofea.
Lana senyum kelat. "Takpe Sofea. Semua yang sudah terjadi, saya dah lupakan. Awak pun saya dah maafkan."
"Zack. I nak minta maaf dari you juga. Dari awal I kenal dengan you sampailah ke hari ini. Maafkan segala dosa-dosa I." Sofea memandang Zack yang membeku.
"I dah lama maafkan you Sofea. Bermula dari saat you tinggalkan I lagi. You teruskan kehidupan you. I teruskan kehidupan I." Jawapan Zack bernada keras.
Sofea pandang Zack. Air matanya meluncur laju. Dia menyekanya perlahan. "Kehidupan I akan diteruskan di sini Zack. Mungkin sampai akhir hayat I."
Zack pandang Sofea. "Hukuman you dah dijatuhkan ke?"
Sofea geleng kepalanya. "Belum lagi. Tapi yang pasti, I akan disabitkan kesalahan membunuh dengan niat." Sofea menjawab pasrah.
Lana pandang Sofea. "Awak tak lantik peguam ke? Mintalah suami awak carikan awak peguam untuk membuat pembelaan dan mungkin juga rayuan untuk awak." Lana memberi cadangan.
Sofea geleng kepalanya lagi. "Tak ada gunanya Lana. Selepas I diberkas, suami I terus ceraikan I. I dibuang bagai sehelai kain buruk." Sofea menangis sesal.
Lana telan air liur. "Sabarlah Sofea. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar."
Sofea mengalih pandangnya kepada Zack. "Zack. Tolong I boleh?"
Serentak Zack dan Lana memandang Sofea.
"Tolong tengokkan emak dan adik-adik I. I tak tahu macam mana kehidupan mereka sekarang dekat kampung. For sure Tan Sri dah hentikan pemberian wang belanja pada mereka." Sofea seakan terdesak.
"I cuma boleh bantu setakat mana yang mampu jelah Sofea. Kalau nak beri wang setiap bulan tu, I tak mampu. You know I sekarang bukan macam dulu. My financial just cukup untuk I, family I dan Lana je." Zack menjawab sambil tertunduk. Sedikit sebanyak dia terasa malu kerana tidak dapat membantu masalah kewangan keluarga Sofea.
"It's okay Zack. I tak minta pun you beri wang setiap bulan pada family I. I just nak minta you keep your eyes on them. I takut Tan Sri apa-apakan mereka after all this thing happen."
"Ouh. InsyaAllah. I will try." Jawab Zack.
"Maaf Lana sebab I terpaksa minta tolong Zack. I have no one to hope for."
Lana senyum. "Takpe. Saya faham."
Zack pandang Lana. Gadis itu begitu memahaminya.
"Terima kasih Zack. Terima kasih Lana. Maaf sebab I buat you berdua dalam masalah. Dan sekarang I minta tolong dari you berdua pula. Shame on me." Sofea lap lagi air matanya yang mengalir.
"It's okay Sofea." Lana memujuk lembut.
Sofea angkat wajahnya dan tersenyum. "Tahniah Zack. You dapat wanita yang betul-betul baik dan sepadan untuk you." Sofea tayang wajah gembira walaupun dihatinya amat terluka saat dia kehilangan segalanya yang dia pernah ada.
"Kami kena pergi dulu Sofea. Masa melawat sudah tamat." Zack memberitahu setelah dia mendapat isyarat masa untuk melawat telah tamat dari pegawai lokap.
"Baiklah. Terima kasih sebab sudi datang dan bantu I. I terharu sangat." Sofea menangis lagi.
Pegawai lokap datang mendekati Sofea. Dia segera membawa Sofea beredar dari situ tanpa sempat Zack dan Lana bicara lagi.