Bahagian 9

171 6 0
                                    

"Kak Chik....." Lana memegang tangan Lasrah.

Lasrah yang sedang sibuk mengemas pakaiannya ke dalam  beg berhenti berbuat demikian. Lasrah memandang tepat wajah adik bongsunya Dewi Lana.

"Lana. Kak Chik dah cuba tau." Suara Lasrah seakan berat.

"Habis tu umi dengan abah langsung tak cakap apa-apa ke?" Lana bertanya tidak sabar.

Lasrah mengeluh. "Lana ni. Kan dah berapa kali Kak Chik cakap abah dengan umi takde bagi respon apa-apa."

"Takde cakap yes ke no ke...." Lana tidak berpuas hati.

Takde Dewi Lana. Takde! Lepas pada Kak Chik termenangis tu umi peluk Kak Chik. Abah pulak diam je macam sebelum sebelum ni." Bersemangat Lasrah menerangkan situasi kejadian pada hari tersebut.

"Alaaa..." Lana kecewa. Wajahnya kembali muram.

Lasrah bangun lantas dia mendekati Lana yang duduk di atas katil. Dia memeluk bahu Lana. "Lana janganlah putus asa. Berdoa setiap masa supaya Allah lembutkan hati abah dengan umi."

Lana memandang Lasrah. "Doalah macam mana pun. Hati abah dengan umi tetap keras." Suara Lana mendatar seakan telah berputus asa.

"Apa ni? Lana tak percaya pada Allah ke? Tak percaya pada the power of doa?" Lasrah mencubit Lana.

"Awww. Sakitlah Kak Chik! Apa ni main cubit-cubit." Lana menyeringai kesakitan.

"Memanglah kena cubit. Lana tu mudah sangat berputus asa. Lepas bersangka buruk pada Allah." Lasrah geram. "Patutlah abah tak bagi Lana sambung belajar dekat universiti biasa. Belum apa-apa lagi dah membelakangkan Allah." Lasrah membebel.

Lana tersenyum. "Lana tau laa Kak Chik. Lana cakap gitu saje-saje je tadi." Lana tersengih sambil memeluk lengan Lasrah.

Lasrah memandang Lana. "Tak boleh tahu cakap macam tu. Itu seumpama kita tidak percaya pada Dia.".

"Baik Kak Chik. Lana mengaku salah."

"Istighfar banyak-banyak. Apa yang Lana buat tu salah." Tegur Lasrah.

"Astaghfirullahalazimmmm. Lana khilaf Ya Allah." Lana mengangkat kedua belah tangannya.

Lasrah tersenyum. "Macam tu lah adik Kak Chik! Jangan sesekali bersangka buruk pada Dia. Dia akan beri yang terbaik untuk kita. Lana kena sentiasa berdoa semoga Dia kabulkan permintaan Lana." Lasrah menggosok kepala Lana. Adik bongsunya yang nakal itu.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now