Telefon berdering. Tertulis "private number" di skrin telefon Lana.
"Luqman ni nak apa lagi. Tadi kan dah call bagitau dia nak balik Mesir." Desis Lana perlahan.
"Assalamualaikum Luqman." Laju Lana memberi salam.
"Luqman?" Suara dihujung talian bertanya.
Lana diam sejenak. "Eh jap. Petang tadi masa dia call suara Luqman ni lembut lunak. Tapi kenapa tiba-tiba malam ni macam kasar sikit." Lana berdiskusi di dalam hati.
"Errr. Siapa ni?" Lana tidak pasti empunya diri dihujung talian.
"Zack. Saya Zack." Jawab Zack perlahan.
Lana terdiam tatkala mendengar nama tersebut. Hatinya mula berdetak.
"Saya ganggu awak ke? Awak tunggu panggilan seseorang ke?" Tanya Zack bertalu-talu.
"Eh. Eh. Takkk. Tak ganggu saya pun." Lana tergagap-gagap.
"Kalau saya ganggu waktu awak menelaah, saya boleh call awak lain kali." Suara Zack seolah-olah menjauh.
"Takkk. Takkkk. Saya tengah free. Saya tak study pun." Kalut Lana menjawab.
Zack senyum lebar mendengar jawapan Lana. Kekalutan gadis ini memikat hatinya dari hari pertama mereka berduka berlanggar sesama sendiri.
"Emmm. Awak call ni nak tanya apa-apa ke?" Lana memberanikan diri bertanya.
Zack senyum lagi. Walaupun Lana tidak nampak senyumannya tetapi dia tetap tersenyum. Lana melayannya dengan baik.
"Saya cuma nak tanya awak sihat ke tak. Dah makan ke. Itu je." Beritahu Zack lurus.
Lana tergelak kecil mendengar kata-kata Zack seolah-olah bicara Zack itu lucu.
"Kenapa ketawa? Lucu ke apa yang saya katakan tu?" Tanya Zack.
Lana masih ketawa kecil.
"Tak lucu. Tapi menggelikan hati." Jawab Lana bersahaja seolah-olah dia dan Zack bergaul mesra.
"Apa yang menggelikan hati awak?"
"Tak. Awak kan buat alasan nak telefon saya untuk tanya tentang hal-hal agama. Tiba-tiba awak telefon tanya tentang kesihatan saya pulak. Bukankah itu menggelikan hati?"
Zack senyum sendiri mendengar kata-kata Lana itu. Perihal bertanyakan soalan tentang agama dijadikan alasan oleh Zack untuk bertemu dan berbicara dengan Lana.
"Jadi, saya tak boleh telefon awak ke kalau tak bertanyakan tentang soal agama?" Tanya Zack lagi.
Lana diam. Cuba mencari kata yang sesuai.
"Apa kata awak wajib tanya saya satu soalan tentang agama setiap kali awak telefon saya. Tak kisah soalan itu mudah atau susah. Daripada berbual kosong, apa kata kita masukkan sedikit ilmu supaya bermanfaat."
"So tak bolehlah saya telefon sekadar untuk bertanya khabar awak?" Soal Zack.
"Eh bolehhhh. Awak boleh je tanya khabar saya. Tapi awak tetap kena tanya satu soalan tentang kemusykilan awak tentang agama. Daripada sekadar berborak kosong, kita tambah sedikit pertambahan pengetahuan. Setuju begitu?" Tanya Lana manja.
Zack senyum. Hatinya berbunga-bunga. Kata-kata Lana itu umpama satu tiket bebas untuk dia kerap menghubungi Lana.
"Baiklah. Saya setuju kalau macam tu." Zack segera bersetuju.
"Okey. Mula-mula sekali saya akan jawab pertanyaan awak yang mula-mula tadi. Saya sihat, alhamdulillah. Sehari lagi Allah pinjamkan saya nyawa untuk terus bernafas di bumi Dia ini. Jawapan kepada soalan kedua pula, alhamdulillah. Saya juga sudah makan. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi pada saya malam ni." Begitu semangat suara Lana.
Zack ketawa perlahan. Dia membayangkan Lana di hadapannya pada ketika ini. Betapa petah rupanya gadis pemalu itu.
"Kenapa ketawa?" Tanya Lana tatkala terdengar Zack ketawa kecil.
"Petah awak ni rupanya. Dekat luar kelihatan pemalu." Beritahu Zack.
Lana mengambil nafas sebelum menjawab kata-kata Zack itu. "Saya seorang perempuan dan seorang perempuan perlu ada sifat pemalu. Saya perlu tundukkan pandangan dari melihat lelaki-lelaki ajnabi."
Zack terdiam mendengar jawapan Lana. Dalam diam dia mulai kagum dengan gadis tersebut. Bagaimana dia boleh menyukai gadis itu sedangkan beza antara dia dan Lana bagai langit dan bumi. Hidupnya penuh kekotoran dan bergelumang dosa sedangkan Lana gadis suci yang dibesarkan dengan cukup ilmu agama.
Mendengarkan Zack yang terdiam, Lana menyambung kata. "Saya petah berbicara kerana saya ingin menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya ingin bantu orang-orang susah yang tertindas."
"Saya kagum dengan cita-cita awak. Awak nak jadi peguam ke?" Tanya Zack lurus.
"Yelah. Saya belajar bidang perundangan. Mestilah nak jadi seorang peguam." Jawab Lana.
Zack diam lagi. Sekali lagi dia membandingkan dirinya dengan Lana. Dia sekadar mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia. Tamat SPM Zack berhijrah ke kota dan bekerja di sebuah kilang. Di situ dia bertemu Sofia dan mereka mulai bersama. Entah macam mana, dek kerana Sofia mengejar cinta lelaki tua yang kaya raya membuatkan Zack mulai terjerumus ke lembah "bull" demi untuk mendapatkan duit yang banyak bagi menunjukkan kepada Sofia yang dia mampu memiliki wang yang banyak seperti suaminya .
"Zack. Zack." Lana memanggil Zack di hujung talian.
Zack tersedar dari lamunannya. "Sorry Lana."
"Awak ada apa-apa kemusykilan tentang agama yang awak nak tahu tak?" Lana tanya Zack.
"Boleh tak kita mulakan sesi soalan tu lain kali. Saya ada kerja sikit yang perlu saya buat. Saya telefon awak lain kali boleh?"
"Boleh. Boleh. Takde masalah. Awak boleh tanya lain kali."
"Emmmm Lana. Awak save number saya ni ya." Pesan Zack.
"Errrr. Tapi ni private number."
"Ouh. Nanti saya send whatsapp dekat awak. Then awak save." Beritahu Zack.
"Baiklah." Jawab Lana.
"Nanti saya call semula. Anyway, terima kasih sebab jawab panggilan saya ni. Assalamualaikum." Klik. Talian dimatikan begitu sahaja.
Lana memandang sepi skrin telefon. "Waalaikumsalam." Jawab Lana perlahan.