Zack baring terlentang. Siling bilik ditenungnya.
"Apalah yang kau fikirkan Zack. Lelaki sehina dan sekotor engkau punya angan-angan untuk berkahwin dengan gadis sebaik Lana." Zack membebel sendiri. Dahinya diketuk perlahan.
"Kenapalah kau gopoh sangat Zack. Kenapa kau bagi Lana double shot. Memanglah dia speechless. Memula kau ajak dia kahwin. Lepas tu kau terus beritahu dia kisah silam kau yang penuh hitam. Kau tak reti sabar ke?" Hati Zack berdiskusi sendiri. Dia mengiring ke kiri. Cuba dipejamkan matanya.
Zack kerling telefon di atas meja sisi katilnya. "Jangan Zack. Jangan. Jangan kau hidupkan telefon tu. Kalau kau hidupkan, mesti kau terus cari Lana." Zack membebel sendirian.
Zack duduk. "Lana tadi balik naik apa haaa? Kenapa aku tinggalkan dia sendirian kat situ. Dia tak buat salah apa-apa pun. Selamat tak dia sampai ke kolej? Entah-entah kalau driver grab tu kidnap dia macam mana? Arghhhh." Zack menjerit kuat. Dia berasa tertekan. Dia langsung tak mampu untuk lupakan Lana.
Zack capai telefon. Butang untuk hidupkan telefon ditekan. Mesej segera masuk bertalu-talu tatkala telefon dihidupkan semula.
Zack kaget. Berpuluh panggilan dan mesej dari Lana dia terima.
"Allah." Zack usap dada. "Kenapa aku kejam sangat dengan Lana. Apa salah dia pada aku?" Zack menangis lagi.
Satu persatu mesej Lana dibaca. Semuanya berupa kata-kata semangat untuk Zack kekal positif untuk berubah.
Mesej terakhir dari Lana membuatkan mata Zack terbuntang luas.
"Kita sama-sama buat solat Istikharah minta petunjuk dari Allah. Andai saya yang Allah titipkan untuk menjadi jodoh, pembimbing dan pendamping hidup awak, saya terima dengan hati terbuka. Sama-sama kita usahakan agar beroleh keberkatan hidup dariNya."
Mata Zack berkelip-kelip. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya. Hasrat hati ingin segera menghubungi Lana bagi menceritakan kegembiraan hatinya, tapi dia terpaksa pendamkan. Lana meminta dia untuk dapatkan petunjuk dariaNya dia ia bererti Lana belum menerimanya.
Mungkin percaturan Allah untuk dia dan Lana berbeza.
Zack raup wajahnya. Dia membuka carian di google lantas dia membuat carian panduan solat sunat Istikharah.
Selepas membaca panduan tersebut dan menghafal bacaan niat, bacaan akhir dalam sujud dan doanya, Zack bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Usai berwudhuk, Zack menghamparkan sejadah dan menyerah diri sepenuhnya kepada penciptaNya. PadaNya Zack pohon petunjuk agar pilihan yang dibuatnya baik untuk dirinya dan juga agamanya.