Datin Zarida mendengus. Suaminya, Dato Usman langsung tidak mempedulikan pertanyaannya.
"Youuuuu! I tanya you ni." Suara Zarida naik satu oktah.
Dato Usman buat tak dengar. Dia masih asyik dengan telefon pintar di tangannya.
Hati Zarida semakin panas melihat suaminya. Dia bersila di atas sofa sambil menyilangkan kedua belah tangannya.
"Dato Usman! I tengah bercakap dengan you ni!! Kalau you nak menghadap smart phone you je, lebih baik you balik ke rumah isteri muda you!" Zarida semakin marah.
Dato Usman memandang sekilas. Semenjak urusan 'perniagaan' bersama Zack, Zarida tidak lagi manja dengannya. Malah wanita itu sentiasa mendengus dan marah-marah jika kehendaknya tidak dipenuhi.
"Dato Usman!" Zarida merampas telefon pintar di tangan Dato Usman.
"Apa you ni?" Dato Usman mulai marah.
Mata Zarida mencerlung memandang Dato Usman yang mulai marah. "Tahu pulak you nak respon I." Zarida tersenyum mengejek. "Dari tadi I cuba nak cakap dengan you, you buat-buat pekak."
"I tahu apa yang you nak. Sebab tu I buat tak tahu." Dato Usman menanggalkan blazer yang dipakainya.
Zarida gelak besar. "Ouh. You tahu apa yang I nak? Tapi kenapa you tak bagi?" Zarida menempelak suaminya.
Dato Usman tersandar di sofa. "You lupa ke syarat yang I dah bagi dekat you dulu Zarida?" Dato Usman memandang isterinya itu.
"I don't care dengan syarat-syarat you tu!" Laju Zarida membidas.
Dato Usman tergelak mendengar jawapan Zarida. "Apa you dah kehausan belaian sangat ke? I kan ada kalau you mahukan belaian." Dato Usman tersenyum miang.
"I just want him!" Zarida menempelak.
"Perlu ke I ingatkan semula syarat yang I bagi dulu? Perkara itu hanya akan terjadi sekali sahaja. Itu yang pertama dan terakhir!" Dato Usman menekan kata-katanya.
Zarida buntu. Disaat ini dia terasa amat perlukan belaian daripada sang lelaki yang pernah membelainya dengan izin suaminya. Namun dia tidak tahu nama sang lelaki tersebut apatah lagi cara untuk menghubungi lelaki tersebut.
Zarida merapatkan dirinya ke arah Dato Usman. "Youuuu... Tak boleh ke you bagi I satu lagi peluang. I janji ini yang terakhir." Zarida bersuara menggoda suaminya.
"No!" Dato Usman tidak berganjak daripada keputusannya.
Zarida tidak berputus asa. "Dia menyelak skirt pendeknya dan diletakkan kakinya ke atas paha Dato Usman. "I janji. Ini yang terakhir kali I minta dari you."
"No." Jawapan Dato Usman masih sama.
Kali ini Zarida mencuba dengan lebih daring lagi. Dia mencumbu setiap inci wajah dan badan Dato Usman. Dia mahu lelaki itu kalah dengan permintaannya. "Boleh kannnn sayanggg." Zarida semakin rakus.
Dato Usman lemah dengan serangan Zarida. Tanpa sedari mulutnya mengiyakan permintaan isterinya itu.
Zarida tersenyum puas mendengarkan kata-kata suaminya.