Bahagian 92

74 5 2
                                    

"Menung apa tu?" Zack menegur Lana yang termenung jauh sehingga tidak sedar akan kehadirannya.

Lana pandang Zack yang melabuhkan punggung di kerusi panjang yang di dudukinya.

"Takde apalah. Mana ada menung." Laju Lana berdalih.

Zack menghulurkan sebotol jus oren yang sejuk kepada Lana. "Nah. Minumlah. Cuaca panas ni."

Lana mengambil botol jus tersebut. Kemudian dia menginjakkan sedikit duduknya agar lebih berjarak dengan Zack.

Zack senyum melihat perbuatan Lana. Dia sudah faham sangat akan perangai Lana yang menjaga batas pergaulan mereka dan dia sendiri suka melihat Lana yang pandai menjaga batas pergaulan.

Lana membuang pandang ke tasik di hadapan mereka. Sesekali Lana memandang orang ramai yang beriadah di tepi tasik tersebut samada secara bersendirian, bersama rakan-rakan atau keluarga.

Zack buka botol jus orennya. Dia membaca Bismillah lantas dia minum jus tersebut sehingga separuh botol. Setelah tekaknya terasa lega, dia menutup kembali penutup botol tersebut lantas dia meletakkan botol tersebut di antara dia dan Lana.

"Keadaan abah macam mana sekarang?" Zack pandang Lana.

Lana tunduk pandang rumput. "Macam tu lah jugak. Abah masih terbaring lemah di katil. Kaki dia belum kuat untuk berjalan atau berdiri." Ada nada sedih dalam suara Lana.

"Saya minta maaf. Sebab saya semua ni terjadi." Zack tunduk.

Lana pandang Zack.

"Ini semua takdir. Allah dah tentukan. Awak tak percaya pada takdir Allah ke?"

Zack senyum kelat. "Memanglah takdir Allah. Tapi kalau saya tak datang dalam hidup awak, semua ni mungkin dapat dielakkan."

Lana bangun dari duduknya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup tudung Lana. Lana memegang tudungnya yang ditiup angin.

"Kalau awak tak datang dalam hidup saya pun, entah-entah abah tetap akan sakit kerana serangan jantung." Bicara Lana sambil memandang tasik buatan yang terbentang luas itu.

Zack mengeluh.

Lana berpaling memandang Zack. "Awak dah berputus asa ke?" Wajah Zack dipandang tanpa lagi rasa takut-takut.

Zack angkat wajah. Pandangan mata Lana ditatapnya. "Saya tak mengalah. Saya cuma sedikit penat."

"Awak kata akan sentiasa ada disisi saya walau apa pun yang akan terjadi." Lana mengingatkan Zack akan janji-janjinya.

"Saya ingat tu." Zack jawab lemah.

"Awak ingat tak janji-janji saya pada awak, mak awak dan Saiful?" Lana kembali duduk di sebelah Zack.

Zack angguk.

"Jadi saya akan tunaikan janji-janji saya tu. Saya harap awak pun sama." Lana senyum manis.

Zack senyum juga namun hatinya masih berbelah bahagi.

"Macam tak ikhlas je senyuman tu." Lana mengusik.

Zack senyum lagi. Kali ini dengan senyuman lebih lebar.

Lana turut sama senyum. Dia berpuas hati dengan senyuman Zack.

"Kenapa balik awal dari kampung hari ni?" Zack tanya Lana.

Lana senyum. "Saja! Saya nak jumpa awak kan petang ni. Sekarang ni kan saya jarang dapat jumpa awak masa hari minggu." Lana beralasan sedangkan dia sengaja pulang awal ke ibu kota kerana tidak tahan asyik di sindir oleh Lasrah ketika di kampung.

Zack senyum. "Pelajaran macam mana?"

"Pelajaran okey. Cuma dalam dua bulan ke hadapan saya akan sibuk sikit untuk persiapan peperiksaan akhir untuk tahun akhir saya ni." Beritahu Lana.

"Dah tahun akhir awak kan. Masa mula-mula kita kenal dulu awak baru tahun pertama. Masa tu awak budak hingusan lagi." Zack ketawa perlahan mengusik Lana.

"Hei. Mana ada budak hingusanlah. Kalau saya budak hingusan masa tu, takkanlah ada orang sanggup tunggu saya setiap minggu di kedai buku tu semata-mata untuk pura-pura terserempak dengan saya." Lana gelak kecil teringatkan Zack yang dia kenal mula-mula dahulu.

"Saya tak tahu macam mana nak mengorat awak masa tu. Awak pun macam budak nerd, berkawan pula dengan si Syafa yang garang macam singa tu." Zack turut sama ketawa mengingatkan kisah lama saat perkenalan mereka.

"Kelakar betul masa tu kan?" Lana kesat air matanya yang mengalir kerana ketawa.

"Haah. Kelakar sangat." Zack mengiyakan.

"Dari mula nak kenal sampai sekarang, tak habis-habis dugaan datang pada kita." Nada suara Lana sedikit kendur.

Zack pandang Lana. "Awak menyesal ke?"

Laju Lana geleng kepala. "Saya tak menyesal pun. Cuma saya harap kita berdua kuat dalam menghadapi ujian ini."

"Ya. Saya pun doa perkara yang sama. Saya doa supaya abah, umi dan keluarga awak dapat terima hubungan kita. Saya juga berdoa, pak dengan mak saya terima saya semula dan mereka menerima kehadiran awak dalam hidup saya. Paling saya berdoa banyak-banyak agar Allah SWT ampunkan dosa-dosa saya dan terima taubat saya." Jawab Zack perlahan.

"Mak pak awak sihat?" Lana pandang Zack. Dia benar-benar simpati dengan nasib Zack. Namun jejaka ini sentiasa terlihat kuat seolah-olah tiada sebarang masalah melanda.

"Alhamdulillah. Pul kata mereka sihat. Terutama mak yang semakin sihat lepas jumpa awak. Pul kata mak dapat vitamin dari bakal menantu." Zack tersengih malu.

Lana gelak kecil mendengar kata-kata Zack. "Apa pulak Pul ni cakap macam tu." Lana tunduk malu.

"Betullah. Pul kata mak segar bugar lepas keluar dari hospital. Lepas pada tu langsung takde sakit-sakit dah. Asyik senyum je bila Pul cerita fasal saya dan awak." Semangat Zack bercerita.

"Awak dah beritahu Saiful tentang hubungan kita ke?" Mata Lana sedikit terbeliak mendengar pengakuan Zack.

"Mestilah! Ini kan berita gembira." Zack senyum lebar.

"Malulah saya dengan Saiful." Lana tunduk pandang rumput.

"Nak malu apanya. Bukan Saiful nampak awak pun."

"Dulu kan kata kawan je." Lana menjawab perlahan.

"Masa tu kawan. Sekarang lebih dari kawan. Kan? Kan? Kan?" Zack usik Lana lagi.

Lana angguk perlahan malu-malu.

Zack ketawa girang.

LELAKI SEPERTI DIAWhere stories live. Discover now