29

1K 52 5
                                    

Tidak berkelip mata Alayya perhatikan suaminya yang sedang sibuk memandu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak berkelip mata Alayya perhatikan suaminya yang sedang sibuk memandu. Macamlah tujuan mereka jauh beratus batu sehingga perlu fokus dalam pemanduan. Mahu pergi ke dataran sahaja pun, ambil kurang dari 10 minit memandangkan mereka memang duduk dalam Putrajaya.

Tetapi tidak dinafikan, malam ini, kereta terlalu banyak daripada hari kebiasaan. Kalau ikut hari lain, pada waktu begini, Putrajaya sudah sunyi sepi. Sekarang, ia dibanjiri motosikal dan pacuan empat roda. Semuanya angkara sambutan kemerdekaan.

"Ezzaq tak beritahu Layya lagi, kenapa pergi sekali lebih senang?" berkerut-kerut kening Alayya bertanya pada sang suami. Wajahnya juga agak tidak puas hati.

Ezzaq pandang Alayya sekilas sebelum tersenyum tipis. Tiada suara yang keluar dari mulut Ezzaq. Serentak itu, Ezzaq masuk ke satu jalan yang di tutup membuatkan kereta itu terpaksa diberhentikan.

Alayya pandang ke hadapan semula. Lah? Jalan untuk naiki jambatan Putrajaya pun di tutup. Sudah tu? Macam mana penonton mahu ke dataran di seberang?

Ezzaq turunkan tingkap kereta lalu kad identiti Ezzaq sebagai seorang Pegawai Unit Tindakan Khas di bawa keluar, ditunjukkan pada polis bantuan yang menjaga jalan tutup itu.

Polis tersebut lihat kad identiti Ezzaq. Dipastikan kad identiti ini tidak palsu sebelum lihat Alayya di sebelah.

"Dia isteriku," kata Ezzaq.

Polis bantuan itu mengangguk sekali dua.

"Tuan sertai perbarisan? Boleh tunjukkan pas masuk?" tanya polis lelaki itu dengan baik.

Ezzaq capai lanyard yang tergantung pada cermin pandang belakang. Pas yang tergantung pada lanyard itu ditunjukkan kepada polis bantuan.

"Baik." Polis bantuan itu berdiri tegak semula, lihat ke arah rakan yang lain.

"Pegawai yang terlibat dalam perbarisan!" jerit si polis sekuat hati.

Rakan-rakan menjaga langsung alihkan kon yang menutupi jalan, beri laluan pada kenderaan Ezzaq untuk masuk ke dalam.

Ezzaq sempat angkat tangan pada polis-polis bantuan itu tanda terima kasih sebelum fokus semula ke pemanduan.

"Now, do you understand?" begitu mudah Ezzaq menjawab pertanyaan Alayya.

Alayya mengangguk. Raut wajahnya kembali neutral. Faham akan maksud mudah yang Ezzaq maksudkan.

"Ezzaq tahu, sayang tak cakna tentang cara untuk pergi ke dataran. Sebab tu, Ezzaq minta sayang ikut Ezzaq. Percuma dapat pas istimewa. Mudah." Ezzaq menambah.

"Manalah Layya tahu nak pergi dataran pun ada cara," omel si gadis.

"Kalau hari biasa, mungkin sayang boleh bawa saja kereta ke dataran tapi kalau tiba hari merdeka, mereka takkan beri kenderaan lain masuk dalam kawasan utama Putrajaya, tak boleh lintasi jambatan Putrajaya. Sayang kena parkir kereta atau kenderaan sayang di tempat yang dia beri, salah satunya adalah MRT Putrajaya"

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now