Alayya Dafeena labuh duduk di atas kerusi meja solek. Kertas bersaiz empat segi kecil yang berada di tangan Alayya dilepaskan, perlahan-lahan mendarat ke permukaan meja. Alayya hanya perhatikan kertas itu tanpa sebarang riaksi. Pembetulan...tidak tahu mahu beriaksi bagaimana sekarang.
Sayang, i'm sorry but the moment you wake up, i'm 100% sure, I'll not be by your side. Ezzaq di panggil untuk standby, kemungkinan besar mereka akan hantar Ezzaq ke operasi baharu yang sudah berjalan hampir 4 hari. Ezzaq tak sampai hati nak kejut sayang, sayang pasti penat. Ezzaq pergi sekejap, tak tahu bila akan pulang tapi Ezzaq harap secepatnya.
Sayang jaga diri, kad bank Ezzaq, Ezzaq dah tinggalkan di dompet sayang, gunakan kad tu untuk belanja sayang. Hanya satu sahaja permintaan Ezzaq, andai kata sayang nampak Ezzaq di tempat awam, tolong jangan tegur. I might be undercover team that time. Ezzaq cintakan sayang.
Alayya panggung kepala, lihat pantulan wajah sendiri di cermin. Gadis ini langsung tak sedar bila Ezzaq bangun. Takkanlah saat Ezzaq bersiap, Ezzaq tidak hasilkan apa-apa bunyi? Bebalnya kau Alayya...tidur begitu nyenyak sehingga tak sedar suami mahu ke operasi.
Alayya usap wajah, agak kasar. Ezzaq tidak sampai hati mahu kejut Alayya kerana ingat Alayya keletihan? Sedangkan jejaka itu pasti lebih kepenatan berbanding Alayya. Entah berapa jam saja Ezzaq dapat tidur tadi sebelum di panggil untuk bersedia.
"Astaghfirullah Al Azim..." Alayya berbisik perlahan.
"Allahumma Laa Sahla, Illa Maa Ja'altahu Sahlan. Idza Syi'tan Sahlan, Wa Anta Taj'alul Hazna. Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah dan Engkau menjadikan kesulitan jika Engkau kehendaki menjadi mudah." Doa ringkas itu terbit pada bibir Alayya.
Seorang isteri hanya mahu suaminya pulang daripada mencari rezeki dalam keadaan baik. Bersama duit ataupun tidak, Alayya tidak peduli. Selagi Ezzaq dalam keadaan baik, Alayya pasti akan panjatkan syukur tanpa sudah pada Sang Esa.
●●●●●
Ezzaq Qayyum letakkan peta Penjara Taiping di atas meja kerja mereka. Gulungan kertas tersebut di buka dengan agak kasar oleh Ezzaq. Kesabarannya sudah tiba di kemuncak. Sudah lama mereka menunggu, jadi kenapa tiada arahan lain yang keluar?
"Helang." Rayyan tahan lengan Ezzaq, tidak mahu jejaka ini melampaui orang atasan.
"Kau nak berapa orang lagi yang mati dalam penjara tu, Gagak? Dah dua nyawa polis penjara maut di tangan pengganas! Mereka ada keluarga, mereka ada nyawa tapi kenapa nyawa mereka terkorban kerana perkara remeh begini?!" Ezzaq menyoal dengan lantang. Wajah Rayyan di cerlung dengan tajam.
"Kau ada beribu plan sekalipun, kalau pihak atasan kata tidak maka tidak. Kau fikir aku buat apa sepanjang 4 hari aku kat sini? Kau fikir aku tak usaha untuk selamatkan tahanan dalam penjara tu?" suara Rayyan turut tinggi, mahu sedarkan Ezzaq yang mereka cuma orang bawahan yang perlu patuh pada arahan pihak tertinggi.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...