76

8.5K 357 7
                                    

Rayyan Hadif lihat pekerja hospital yang sudah berlalu keluar daripada ruang wad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan Hadif lihat pekerja hospital yang sudah berlalu keluar daripada ruang wad. Mereka baru saja hantar sarapan pagi buat Ezzaq dan Rayyan boleh katakan, ia satu makanan yang agak mewah.

Nasi lemak beserta buah dan air panas. Memang teramat sesuai untuk diberikan pada Ezzaq yang tidak makan selama beberapa hari.

Alayya mula palingkan wajah, menghadap tubuh Ezzaq. Bau makanan yang begitu kuat buat deria Alayya tidak begitu selesa. Dadanya mula terasa mual.

"Kenapa sayang?" Ezzaq sedar akan perubahan isterinya.

"Bau makanan... sayang tak boleh," ujar Alayya perlahan.

Ezzaq terdiam. Macam mana pula dia mahu selesaikan perkara ini? Takkanlah mahu letak dulang makanan itu di luar pula.

Alayya tekup mulut, benci pula Alayya dengan diri sendiri. Bau makanan itu adalah bau yang begitu sedap di dunia tapi saat ini, Alayya benar-benar tak tahan akan bau tersebut.

Refleks, Ezzaq menadah tangan di hadapan Alayya. Rayyan tepuk dahi. Bijak sangat si Ezzaq ni.

"Kau pergi tadah tangan kenapa? Bawa Alayya tu pergi tandas. Aku pergi beli asam dekat mart bawah sekejap." Rayyan bangun dari tempat duduk, mahu turun dan belikan sesuatu untuk redakan mual Alayya.

Alayya geleng kepala.

"Takpa, Layya okay," katanya.

"Nak asam tak?" soal Rayyan.

Alayya mengangguk. Bagus juga sediakan benda-benda masam sebagai langkah jaga-jaga. Mual Alayya ni bukannya boleh di jangka.

Rayyan turun sekejap, tinggalkan Ezzaq dan Alayya berdua di dalam bilik. Ezzaq biarkan Alayya bersandar pada dada bidangnya. Sambil itu, Ezzaq tak berhenti urut dada Alayya, mengharap perkara itu dapat redakan sedikit mual Alayya.

Tidak sampai 15 minit, Rayyan kembali bersama pelbagai jenis asam di dalam sebuah plastik. Diletakkan plastik itu atas meja berhadapan mereka.

"Tidur ke?" Rayyan lihat Alayya yang bersandar pada dada bidang Ezzaq.

Ezzaq geleng kepala.

"Lelap mata," jawab sang rakan.

Rayyan mengangguk, faham.

"Ini... giliran kau pula cerita pada aku, apa jadi pada kau sebenarnya? Aku nak tahu daripada persepsi kau. Kenapa kau ingat kau hilang empat hari je?" daripada tadi Rayyan simpan soalan ini.

"Malam aku hilang tu, aku tak sedap hati sebenarnya. Banyak benda yang aku fikir, hati aku kuat kata ada benda yang berlaku pada Alayya di rumah dan memang betul, Alayya kata malam aku hilang adalah malam dia pengsan." Ezzaq beri mukadimah seperti selalu.

"Bila aku risau, aku tak boleh tidur jadi aku buat keputusan untuk berjaga. Lama juga aku berjaga sampai matahari hampir terbit. Sejam sebelum matahari terbit, ada sorang operator datang pada aku, dia suruh aku lelap mata sekejap, biar dia berjaga"

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now