50

9.6K 368 5
                                    

Encik Manaf capai telefon yang berada di meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Encik Manaf capai telefon yang berada di meja makan. Sedari tadi, telefon Encik Manaf tak berhenti menyanyi, minta di angkat.

Sebaik lihat nama kontak orang bawahannya, Encik Manaf langsung terima panggilan tersebut, rapatkan telefon ke telinga.

"Tuan, saya ada dua berita yang kurang enak di dengar." Tiada kata salam, tiada juga kata sapaan yang baik. Syahir langsung beri inti panggilan mereka hari ini.

"Apa dia?" Encik Manaf sudah bersedia hendak dengar berita yang buruk-buruk. Harapnya berita itu tidaklah memalukan Encik Manaf.

"Sarjan Misha beri surat berhenti 24 jam pada orang atasannya. Lalu, Sarjan Misha terus terbang ke Eropah seorang diri. Saya rasa, Tuan masih belum tahu akan perkara ini." Syahir ringkaskan cerita. Tak mahu berlama-lama dalam talian.

Encik Manaf urut dahi sendiri. Sejak Encik Manaf rosakkan tombol pintu bilik Misha, Misha bertindak untuk keluar rumah. Katanya mahu hidup sendiri. Encik Manaf enggan menghalang. Dibiarkan saja anak gadisnya itu pergi walaupun Munirah berulang kali minta agar Encik Manaf pujuk anak tunggal mereka.

Tahu-tahu, jadi begini? Memang buang masa Encik Manaf tutup semua kecacatan Misha sewaktu ujian kemasukan PDRM. Jika Encik Manaf tahu akan berlaku begini, Encik Manaf takkan sesekali masuk campur urusan Misha.

"Berita kedua. Sebelum Sarjan Misha-"

"Kau tak payah gelar dia sebagai Sarjan lagi. Dia sendiri dah letak jawatan. Orang macam dia tak pernah layak di gelar dengan pangkat negara begitu." Encik Manaf memotong percakapan Syahir. Sakit hati pula apabila dengar pangkat di hadapan nama Misha itu, seolah mengejek Encik Manaf pun ada.

"Baiklah kalau macam tu. Berita kedua. Sebelum Cik Misha ke lapangan terbang, Cik Misha pergi ke sebuah mall dan lakukan kekecohan. Cik Misha pergi simbah air kopi pada isteri seorang pegawai PDRM merangkap operator Unit Tindakan Khas"

"Cik Misha juga bertindak untuk cederakan seorang wanita lain yang turut merupakan isteri pada pegawai PDRM dan operator UTK. Kedua pegawai itu sudah buat laporan polis dan kafe yang terlibat dengan kekecohan turut buat dua laporan atas Cik Misha"

Mulut Encik Manaf melopong. Gila! Anaknya buat semua itu? Misha ni waras ataupun tidak? Sudah kenapa mahu serang isteri pada pegawai?!

"Kau biar betul?" Encik Manaf masih tak percaya.

"Betul Tuan. Ada rakaman CCTV sebagai bukti, mengukuhkan lagi laporan polis yang di buat oleh dua individu serta sebuah perniagaan. Perniagaan itu juga seolah mahu saman malu kerana ada beberapa video yang di rakam oleh orang awam viral di media sosial." Syahir beri maklumat penuh.

"Aku tak nak masuk campur. Aku takkan sentuh sikit pun pasal benda ni. Tak, aku takkan kotorkan tangan aku lagi untuk bantu Misha. Apa nak jadi pada perempuan tu, biarkan! Biar dia rasa balasan pada tindakan sendiri. Aku ni dah tua, nak hidup senang." Encik Manaf lepaskan amarah pada Syahir.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now