55

1.6K 100 11
                                    

Rayyan Hadif bebaskan Qalisa berlari dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan Hadif bebaskan Qalisa berlari dalam rumah. Cepat masa berlalu, Qalisa sudah cecah umur 1 tahun. Sikit hari lagi, jika sudah pandai bercakap, pasti Rayyan akan dibanjiri beribu jenis soalan.

"Putri, biy nak cakap sikit." Rayyan lihat sang isteri yang baru masuk ke ruang tamu.

Putri hulurkan pinggan berisi epal yang sudah siap di potong pada Rayyan.

"Cakap apa tu? Serius ke tak serius?" Putri duduk di sebelah sang suami.

"Biy pun tak tahu, serius atau tidak tapi sejak Ezzaq di panggil ke operasi satu bulan lepas, Putri takda jumpa dengan Layya kan?" Rayyan tatap wajah polos Putri.

"Tak ada. Putri ada ajak jumpa tapi setiap kali hujung minggu je Layya akan balik ke Lumut. Putri tak mahulah jumpa waktu hari bekerja, dia pasti penat. Kenapa?" Putri tidak terasa hati pun saat Alayya tolak ajakannya untuk berjumpa. Pasti Alayya lebih merasa ketenangan apabila berada di Lumut.

"Tadi, biy ke pejabat SPRM, perlu beri keterangan tentang aduan yang biy cerita pada Putri. Alayya yang uruskan kes tu jadi biy di soal oleh Alayya. You know what? Muka Alayya cengkung. Mata dia sembap." Rayyan tuding kedua belah mata sendiri.

Kening Putri berkerut tebal. Kenapa pula?

"Biy tak tanya dia ke, kenapa?" Putri menyoal.

"I did asked her. Dia bagi alasan, dia diet la, dia okay je, biy patut risaukan Putri dulu, bla bla bla." Rayyan meringkaskan cerita.

"Aik? Nak risaukan Putri kenapa? Putri 24 jam dekat rumah. Biy pun ada kat rumah jaga Putri. Dia tu yang kita patut risaukan. Dah la duduk sorang-sorang, setiap hari keluar ke tempat kerja, pergi sana sini." Putri mula membebel.

"Biy rasa sebab dia rindu Ezzaq." Rayyan suarakan pemikirannya.

"Mungkin tapi waktu Ezzaq pergi dua bulan, muka dia tak cengkung pun. Mata sembap tu ada la sekali dua, wajah kosong tu ada la beberapa kali tapi sampai cengkung? Macam teruk sangat je biy." Putri daratkan tangan pada peha Rayyan.

"Muka dia takdalah cengkung beria cuma nampaklah dia tak seceria dulu." Rayyan berkata.

"Should we force her to go to hospital? Check up, just in case." Putri pandang ke dalam anak mata Rayyan.

"Janganlah memaksa, Ezzaq pasti tak suka kita paksa isteri dia. Cuba Putri pujuk, ajak dia baik-baik. Alayya tu kan hatinya lembut, kalau di pujuk, dia mahu saja pergi." Rayyan beri cadangan.

"Ya la tapi kadang Alayya tu pun ada keras kepalanya juga. Ezzaq mungkin tak suka kita paksa Alayya tapi Ezzaq lagi tak suka kalau kita biar Alayya terus macam tu tanpa buat apa-apa. Minta dijauhkan kita semua daripada apa-apa penyakit tapi if Alayya sakit, tak ke bagus kita tahu awal?" Putri luahkan apa yang terbuku dalam kepalanya pula.

"Cuba dulu cara baik. Lepasni, sayang terjah je la rumah Alayya tu. Dah gerak dari rumah kita, baru mesej Alayya, beritahu Putri on the way. Rasanya dia tak nak jumpa Putri sebab dia sedar muka dia mula cengkung. Dia tak mahu Putri membebel tu"

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now