02

9.7K 390 5
                                    

Fayyad Hazim cuba kawal gemuruh di jiwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fayyad Hazim cuba kawal gemuruh di jiwa. Semakin lama dia bersama Alayya, semakin teruk gementarnya. Ada baiknya, Fayyad percepatkan semuanya.

“Alayya, Fayyad ada benda nak beritahu Alayya.” Fayyad mulakan perlahan-lahan. Kotak cincin di dalam poket seluar sudah di raba.

“Hm?” Alayya jongket kedua belah kening.

“Fayyad…Fayyad sukakan Alayya.” Agak sukar untuk Fayyad luahkan ayat yang mudah itu tetapi dirinya berjaya.

Alayya terkesima. Wanita ini rasa tubuhnya seperti baru di sambar kilat. Kaku tubuhnya, kelu lidahnya.

Apa yang Alayya dengar sebentar tadi? Betulkah Fayyad baru sahaja beritahu isi hatinya pada Alayya?

Fayyad keluarkan kotak cincin, lalu di buka, memaparkan kilauan emas pada Alayya. Keadaan di restoran ini langsung tak dipeduli oleh kedua mereka. Apa yang menjadi tumpuan Alayya sekarang adalah sebentuk cincin di hadapan mata.

“Sudikah Alayya menjadi suri hati?” lamar Fayyad, agak ketakutan. Hampir saja lelaki ini gagap saat bercakap.

Rahang Alayya terjatuh sedikit. Dia langsung tidak percaya yang Fayyad sedang melamarnya. Alayya dapat rasa, bola matanya mula panas dan basah. Perlahan-lahan, pandangan Alayya berubah kabur dek air mata yang bertakung.

“Alayya…” Fayyad memanggil, risau apabila Alayya senyap tidak berkutik.

Perlahan-lahan Alayya mengangguk, tanda setuju. Tangan langsung menekup mulut sebelum setitis air mata jatuh ke pipi.

Hilang segala resah Fayyad sebaik terima kata setuju daripada Alayya. Jadi benarlah kata Ezzaq, Alayya memang sukakan Fayyad. Alayya lihat wajah Fayyad, tak sangka malam biasanya akan bertukar sebahagia ini.

Selama ini, Alayya mati-matian menahan diri untuk luahkan perasaan suka pada Fayyad. Bertahun Alayya menyukai Fayyad dalam diam kerana tak mahu hancurkan persahabatan mereka. Tak sangka, rupanya Fayyad turut menaruh perasaan pada Alayya.

Dalam diam, sepasang mata Ezzaq tidak berkelip memerhatikan suasana di antara Fayyad dan Alayya. Jika di lihat dari mata kasar, Alayya seolah menerima lamaran Fayyad tanpa sebarang bantahan.

Baguslah.

Secangkir senyuman terbit pada bibir Ezzaq. Sebaik sedar Fayyad dan Alayya sudah berbalas tawa, Ezzaq bertindak untuk berpaling tubuh, menghayun satu demi satu langkah, tinggalkan restoran separa mewah ini.

Tidak henti, Ezzaq ucapkan syukur dalam hatinya. Ezzaq gembira buat Fayyad, dia gembira buat Alayya. Syukurlah, urusan keduanya dipermudahkan. Semoga kedua-dua mereka terima berkah dan rahmah. Apa jadi sekalipun, Ezzaq tetap ada di hadapan kedua mereka, menjadi dinding serta pelindung buat Alayya dan Fayyad.

●●●●●

Bersama siulan, Fayyad boloskan diri ke dalam rumah sewanya. Nama Ezzaq lekas di seru, ingin beritahu apa jawapan Alayya terhadap lamarannya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now