Mata Alayya Dafeena tertumpu pada croffle di tangan. Mulutnya tak berhenti mengunyah sejak Ezzaq hulurkan makanan itu padanya. Alayya terlihat senang dengan makanannya, sementara Ezzaq? Sedang berkerut wajah kerana kehairanan.
“Mati-matian aku ingat kau berdua dah mula isi borang kebenaran menikah.” Ezzaq pecahkan hening di dalam perut kereta itu.
Alayya menggeleng.
“Fayyad tak mahu isi dulu, dia kata tunggu satu bulan sebelum tarikh yang kami rancang. Gila kan? Padahal aku ingat lagi, dalam kursus kahwin 5 tahun lepas, penceramah tu tegaskan, 3 bulan sebelum tarikh nikah, hantar borang ke pejabat agama. Jumpa tok kadi, dapatkan pengesahan ketua kampung dan sebagainya. Macam-macamlah kena buat. Tapi, Fayyad tetap dengan keputusan dia, jangan hantar borang selagi belum bulan Jun”
Makin tebal kerutan alis Ezzaq. Ezzaq sendiri dengar yang pengisian borang kebenaran berkahwin itu tidak mudah, pasti akan ada silap saat hantar ke pejabat agama. Takkan Fayyad tak ambil berat akan perkara itu semasa kursus pra perkahwinan?
“Kalau kau pelik, aku sejuta kali lebih pelik,” kata Alayya lagi. Fokus Alayya masih pada makanannya, malas hendak termenung jauh. Nanti bila croffle ini sudah sejuk, Alayya juga yang rugi.
“Kau tak cuba pujuk dia? Gunalah segala muka comel, muka tak semenggah kau tu.” Ezzaq cuba beri cara untuk percepatkan urusan kedua sahabatnya.
“Kau ingat aku tak cuba? Aku tak berusaha? Kau ingat aku nak tangguh-tangguh lagi tarikh nikah? Tak ada sebab untuk kitaorang lambat-lambatkan majlis tapi Fayyad tetap macam tu juga. Tak mahu cepat tapi kalau lebih lambat, dia mahulah”
Ezzaq garu pelipis sendiri. Hairan bin ajaib.
“Lepastu kan, Ezzaq.” Alayya palingkan tubuh, lihat Ezzaq di tempat pemandu.
“Hm?”
“Fayyad sibuk dengan seminar dan kursus. Sepanjang dia kursus, susah betul dia nak balas mesej aku. Kadang tu dia biar je dan tak balas. Sakit hati aku. Dah la kau palau aku, tunang sendiri tak pedulikan aku. Aku ni dah macam patung mainan, kena campak, kena abai, kena pulau, kena palau, semualah!” puas rasanya bila Alayya dapat luah begini. Kalau dengan Fayyad, jangan haraplah Alayya mahu tunjukkan sisi baran dan kekanaknya. Perangai begini, hanya Ezzaq yang pernah lihat.
“Orang pergi kursus, bukannya boleh tengok telefon selalu, Dafeena.” Ezzaq berfikiran positif.
“Takkan kursus sampai pukul 12 malam? Takkanlah 4 hari kursus, satu jam pun tak ada untuk balas mesej aku? Kalau sibuk sangat nak taip, voice je. Beritahu aku, dia tengah sibuk. Susah ke?” Alayya mendengus kasar.
Ezzaq membisu. Benar juga. Jadual pekerjaan Fayyad pada hari biasa mungkin lebih sibuk berbanding pada waktu sertai kursus. Berpuluh buku perlu di tanda oleh Fayyad. Tak cukup dengan buku, datang pula kertas peperiksaan. Kemudian, Fayyad sibuk dengan buat kertas periksa lain, sibuk dengan kelas tambahan pada waktu lapang. Macam-macamlah kerja Fayyad itu. Tapi dalam sibuk, boleh saja Fayyad mesej dan hubungi Alayya. Jadi, kenapa sekarang tak boleh?
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...