11

8.2K 352 20
                                    

Ezzaq Qayyum turunkan tingkap kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum turunkan tingkap kereta. Wajah pengawal yang sedang berjaga di pintu pagar utama Rumah Anak Yatim Cahaya di pandang oleh Ezzaq bersama tatapan mesra.

"Assalamualaikum, pakcik." Ezzaq lantas menegur pakcik Ismail yang sedang berjaga.

"Waalaikumussalam. Lah...Ezzaq. Pakcik ingat siapalah yang datang malam-malam ni. Mahu ke mana kamu? Kenapa tiba-tiba datang ke mari?" pakcik Ismail langsung menyucuk Ezzaq dengan persoalan.

Ezzaq lihat jam sekarang. Sudah pukul 10:30 malam. Ezzaq tidak tahu sama ada perlu beritahu pakcik Ismail soal perkara sebenar ataupun tidak. Tetapi, ini saja satu-satunya cara terpantas yang Ezzaq dapati untuk tahu sama ada Alayya berada di sini ataupun tidak.

Lihat keheningan Ezzaq membuatkan pakcik Ismail dapat meneka, mengapa sebenarnya Ezzaq muncul di sini.

"Cari Layya?" soal pakcik Ismail.

Ezzaq tersengih.

"Ya"

"Layya memang ada di sini, dia sampai pukul 3 petang tadi. Katanya mahu jumpa dengan umi. Tak pula pakcik nampak dia keluar. Rasanya masih ada di sini"

Pakcik Ismail tidak tahu apa masalah atau situasi yang berlaku di antara Ezzaq dan Alayya. Dia tidak mahu tahu. Jadi, ada baiknya dia jawab sahaja dengan raut biasa.

Ezzaq mengangguk.

"Saya nak masuk sekejap, boleh?" Ezzaq meminta izin.

"Masuk sajalah, Ezzaq. Inikan rumah kamu." Pakcik Ismail buat keputusan untuk buka pagar, mahu beri kenderaaan Ezzaq lepas memasuki kawasan rumah anak yatim ini.

"Terima kasih pakcik," ucap Ezzaq.

"Sama-sama"

Lama rasanya pakcik Ismail tidak nampak kelibat Ezzaq ke mari. Tidak hairan kerana pekerjaan Ezzaq mengehadkan pergerakan lelaki itu. Apabila dapat bertemu semula, pakcik Ismail terasa dirinya kembali ke alam muda.

Mana tidaknya, waktu Ezzaq dan Alayya masuk ke rumah anak yatim ini, pakcik Ismail la orang pertama yang menyambut. Pakcik Ismail juga orang terakhir yang melambai mereka saat Ezzaq dan Alayya bertindak keluar dari rumah anak yatim, ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Begitu pantas, masa berlalu. Kini keduanya sibuk jalani alam dewasa.

●●●●●

Puan Maidah sisir anak rambut Alayya ke belakang telinga. Dalam kemalapan ruangan, Puan Maidah masih dapat lihat sisa air mata Alayya di pipi si wanita. Puan Maidah seka butiran jernih itu dengan penuh kasih, lalu kucupan mendarat pada ubun-ubun Alayya.

Kepala Puan Maidah masih jelas menangkap setiap pertanyaan siksa yang Alayya persoal siang tadi. Gadis ini menangis histeris sehingga Puan Maidah dapat rasa sakitnya hati Alayya sekarang.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now