25

8.2K 338 4
                                    

Alayya Dafeena kunyah sisa makanan yang berbaki dalam mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Alayya Dafeena kunyah sisa makanan yang berbaki dalam mulut. Perut gadis ini sudah kenyang tetapi terdapat banyak lebihan makanan dalam pinggan Alayya sekarang.

Kedua mereka baru saja selesai daripada cari barang masakan serta beberapa barang rumah. Jam hampir menunjukkan pukul 10 malam dan mereka masih tercegat di kedai makan ini.

Alayya lihat Ezzaq di hadapan. Senyap saja lelaki ini, fokus dengan makanannya. Situasi mereka hari ini dengan semalam jauh berbeza. Semalam mereka masih boleh membalas pandangan tapi hari ini? Lebih pada lakukan hal masing-masing.

"Kenapa pandang Ezzaq?" suara parau Ezzaq membawa Alayya kembali ke restoran. Jauh wanita ini termenung.

Pandangan Ezzaq turun melihat pinggan makan Alayya.

"Tak habis?" soal Ezzaq dengan baik.

Alayya geleng kepala tanda tidak. Ezzaq sudah lali dengan perkara ini. Nak pula porsi makanan restoran ini agak banyak jadi tak hairan kalau Alayya tak boleh habiskan.

"Tak apa, Ezzaq akan habiskan. Letak saja di situ." Ezzaq kembali menjamah makanannya. Wajah Alayya tidak lagi menjadi tatapan mata.

"Ezzaq." Alayya tidak dapat tahan diri, daripada tadi dia ingin tanyakan soalan yang satu ini pada sang suami.

Ezzaq hanya jongketkan kedua belah kening memandangkan mulut sedang penuh dengan makanan.

"Tadi Layya buka laci meja solek Ezzaq. Layya tak geledah, Layya cuma nak cari tempat untuk simpan barang-barang Layya." Takut-takut Alayya beritahu kerana risau Ezzaq marah dek sentuh barangnya tanpa izin.

"Okay. Dapat tak tempat untuk simpan barang? Atau nak Ezzaq beli tempat khas buat letak barang sayang?" Ezzaq kelihatan tenang. Buat apa mahu marah akan perkara itu? Nama pun bilik bersama.

"Ada...ada tempat untuk Layya simpan barang Layya cuma..." bagaimana cara untuk Alayya berterus terang ya? Alayya tak tahu, ayat apa yang sesuai digunakan.

"Cuma apa, sayang?" Ezzaq menanti bicara selanjutnya daripada mulut sang isteri.

"Laci pertama, kiri dan kanan, penuh dengan ubat." Alayya sebut seringkas-ringkas ayat agar Ezzaq langsung faham.

Ezzaq mengangguk sekali dua.

"Ya, itu ubat sayang." Ezzaq sisip airnya, masih terlihat neutral, tidak marah, tidak terkejut, tidak juga hairan.

"Kenapa Ezzaq simpan ubat Layya? Siap ada salinan surat doktor. Layya tahu, Ezzaq ada simpan ubat Layya tapi kenapa sebanyak itu?" Alayya cuma mahukan kepastian semata, tidak lebih daripada itu.

Alayya pelik, jika mahu jadikan simpanan sekalipun, tak usahlah sebanyak itu memandangkan Ezzaq tidak ambil ubat-ubat tersebut. Jika sudah tamat tarikh luput, bukankah Ezzaq sendiri yang rugi?

"Sebelum ni Ezzaq tak beli banyak. Ezzaq cuma ambil beberapa papan daripada stok ubat yang doktor beri pada sayang. Tapi sejak sedar kita bakal berkahwin, Ezzaq beli stok ubat tu untuk diletakkan di dalam laci meja solek"

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now