53

7.2K 319 7
                                    

Pandangan Alayya Dafeena agak kabur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan Alayya Dafeena agak kabur. Tubuh wanita ini beku di tempat pemandu. Tangan masih setia di stereng, begitu juga dengan kaki yang kekal menekan pedal minyak tanpa henti.

Alayya seolah termenung jauh dalam keadaan yang sedang memandu di jalan raya. Ianya bukanlah satu perkara yang Alayya ingin lakukan tetapi pemikiran wanita ini seolah sukar untuk di kawal sekarang.

Secara tiba-tiba Alayya tersentak. Wanita ini langsung fokus melihat jalan raya. Ketika nampak lampu brek kereta hadapan, Alayya lantas menekan pedal brek. Terangkat juga tubuh wanita ini kerana ingin berhentikan kereta yang sedang berjalan.

Alayya telan liur. Pandangan naik perlahan-lahan melihat cermin pandang belakang. Ketika lihat keadaan belakang Alayya kosong, Alayya hela nafas lega.

Allah...hampir saja Alayya langgar kereta di hadapannya. Jika belakang Alayya tadi ada kenderaan lain, pasti mereka sudah berlanggar kerana Alayya lakukan brek kecemasan.

Jantung Alayya masih berdegup kencang. Tubuh wanita ini mula menggigil, penghawa dingin turut menyejukkan kulit halus Alayya.

Alayya beri lampu isyarat ke kiri, perlahan-lahan hentikan kereta di bahu jalan. Lampu kecemasan kemudian di buka, ingin beri motosikal perasan akan kenderaan Alayya yang berhenti di sini. Tak ada la motosikal itu terlanggar Alayya. Walaupun hari sedang terang benderang, langkah berjaga-jaga tetap perlu di ambil.

Alayya lihat tangan sendiri, bergetar dengan teruk. Alayya usap dada, mahu redakan debaran hati. Alayya sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh hilang fokus di atas jalan raya. Tak pernah langsung terjadi sejak Alayya peroleh lesen kereta.

"Astaghfirullah Al Azim..." Alayya usap wajah. Istighfar ringkas itu di ulang berkali-kali.

Lepasni Alayya memang kena pasang lagu yang agak rancak saat memandu. Dia tidak boleh terus memandu dalam kesunyian. Nak pula suasana hati dalam keadaan yang tidak baik.

Alayya lihat jam tangan yang di pakai. Dia tidak boleh terus berlama di sini, Alayya perlu pulang ke pejabat dengan segera.

Alayya tepuk dada sebelum berdehem sekali dua. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan perlahan-lahan.

'Ingat Alayya...Ezzaq pesan suruh jaga diri, pergi kerja hati-hati. Kalau kau nak suami kau pulang dengan selamat, kau juga perlu jaga diri baik-baik.' Alayya bermonolog sendiri dalam hati.

Pesanan Ezzaq sebelum lelaki itu pergi ke operasi yang menjadi asbab Alayya kuat sehingga sekarang. Jika ikut perasaan, pasti Alayya akan hanyut dengan rindu tanpa kesudahan.

Alayya turunkan brek tangan semula. Basmalah menemani Alayya mulakan pemanduan. Kali ini, Alayya bawa agak perlahan, fokusnya juga kekal di jalan raya sehingga tiba di pejabat SPRM.

Alayya perlu selamat pergi dan balik. Barulah Ezzaq akan kotakan janji agar jejaka itu selamat pergi serta selamat balik.

●●●●●

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now