03

8.8K 360 4
                                    

Inspektor Rayyan Hadif berjalan menuju ke meja kerja Ezzaq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Inspektor Rayyan Hadif berjalan menuju ke meja kerja Ezzaq. Wajah tegang Ezzaq saat lakukan kerja langsung tidak gugat Rayyan untuk mencelah di balik kesibukan si rakan.

“Ezzaq! Kau dah tengok senarai nama yang bakal lakukan perarakan di Dataran Putrajaya?” Rayyan cuba rendahkan suaranya, dia tak mahu anggota polis yang lain dengar perbualan mereka.

“Yang pasti, nama aku tiada,” jawab Ezzaq yakin tanpa lihat Rayyan di sebelah.

Rayyan dekatkan bibir pada telinga Ezzaq, ingin bisik sesuatu yang pasti buat Ezzaq melompat terkejut.

“Nama kau ada dalam senarai pegawai Unit Tindakan Khas.” Ringkas dan padat maklumat Rayyan.

Terjegil mata Ezzaq. Kepala langsung tertoleh, membuatkan wajah Rayyan penuhi pandangan mata Ezzaq.

Rayyan mengundur beberapa tapak ke belakang sebelum mengangguk sekali dua. Ezzaq segera bangun, menuju terus ke bilik mesyuarat yang sedang kosong. Rayyan hanya membuntuti.

Kedua jejaka ini berdiri agak jauh dari pintu masuk ruang mesyuarat, elak anggota di luar dengar perbualan mereka.

“Macam mana nama aku boleh naik? Bukankah perbarisan unit UTK akan disertai oleh anggota polis yang biasa saja? PDRM mana boleh risikokan nyawa pegawai UTK sebenar hanya untuk perbarisan kemerdekaan.” Ezzaq sudah cuak seribu.

“Rileks la…bukannya kita tak boleh beritahu orang langsung yang kita ni berada dalam Unit Tindakan Khas.” Rayyan sandar pinggul di hujung meja mesyuarat.

“Bukan itu soalnya. Walaupun kita boleh beritahu orang kita berada dalam unit UTK, kita tetap perlu berhati-hati dalam memilih orang untuk diberitahu. Kadang, tak perlu beritahu lagi bagus. Apa yang aku persoalkan sekarang, perbarisan kemerdekaan tu umpama hiasan buat para rakyat lihat, perbarisan tu sangat terbuka. Jadi, mustahil PDRM mahu bahayakan pegawai UTK sebenar untuk perbarisan tu.” Panjang lebar Ezzaq menerangkan.

“Ya aku faham maksud kau cuma aku rasa, kau lupa sesuatu. Sepanjang wujudnya perbarisan kemerdekaan ni, setiap unit khas pasti akan hantar seorang pegawai sebenar dalam unit khas mereka untuk ketuai perbarisan. Jadi tahun ni, nama kau yang naik.” Rayyan mengingatkan.

Keluhan berat terlepas dari bibir Ezzaq.

“Aku tak nak…” tutur Ezzaq, agak meleret.

“Lepastu, kau ingat aku nak? Anggota pun kalau boleh tak mahu tapi itu sebahagian daripada tugas. Lagipun kau solo, takda pasangan, lagi bagus kau yang sertai. Kalau bagi yang dah beristeri join perbarisan, fuh…boleh buat gaduh wo. Tak memasal UTK tidur luar.” Rayyan beri lawak jenaka, tak mahu Ezzaq begitu tertekan.

Tak henti Ezzaq lepaskan nafas panjang. Jelas benar Ezzaq tak suka sertai perbarisan begitu. Tetapi jika ada kes sulit, Ezzaq la orang pertama yang akan ke hadapan.

Tak apalah Ezzaq, pengalaman. Lagipun, ada 6 bulan lagi sebelum bulan kemerdekaan tiba, kita bertenang dahulu, bersusah kemudian.

●●●●

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now