Alayya Dafeena keluar dari sebuah klinik, diikuti dengan Ezzaq Qayyum di belakang. Wajah keduanya tegang, bersama terik mentari yang panas menyerang kulit.“Sekarang ni, aku bukan je rasa pening tapi aku betul-betul rasa nak demam.” Alayya pegang dahi sendiri, menunggu Ezzaq buka kunci kereta.
“Kau tak tidur sepanjang malam, jadi aku tak pelik kalau badan kau rasa tak sedap,” kata Ezzaq.
Alayya baru saja lepas ambil MC di klinik. Wanita ini enggan ambil cuti, sayang katanya mahu gunakan cuti tahunan yang ada, jadi terpaksalah Ezzaq bawa Alayya ke klinik. Dapat pula tu MC daripada doktor. Mungkin kerana doktor lihat lingkaran gelap bawah mata Alayya serta wajah letihnya.
“Macam mana aku nak tidur kalau kelibat Fayyad langsung tak jumpa? Kita try call dia pun, tak dapat, mesej apatah lagi. Apa kita nak buat ni, Ezzaq. Dah masuk 12 jam ni.” Alayya bersandar pasrah pada kerusi.
Sejak pukul 8 malam mereka cuba hubungi Fayyad sehingga pukul 9 pagi, tiada walau satu balasan yang mereka terima. Merata mereka memandu malam tadi, cari Fayyad di tepi-tepi jalan, tetap juga tiada.
“Last choice, report polis.” Ezzaq pakai tali pinggang keledar. Diri sudah bersedia untuk pandu kereta ke balai polis berdekatan.
Ezzaq terpaksa ambil cuti kecemasan. Takkan dia mahu biar semuanya tergantung begitu? Dengan keadaan Alayya yang gelisah sepanjang masa, ada baiknya Ezzaq cuti sahaja dan terus berusaha cari sahabatnya.
Alayya mengangguk. Sudah tiba masa mereka libatkan pihak berkuasa dalam kes ini. Kepala Alayya sendiri tak dapat fikir cara yang waras sekarang. Biarlah Ezzaq yang fikirkan semuanya, Alayya akan setuju dan cuba hulur bantuan jika perlu.
Kenderaan pacuan empat roda itu di pandu, hendak keluar daripada kawasan rumah kedai ini. Namun, jeritan nyaring daripada telefon pintar seseorang buat Ezzaq berkerut wajah, terkejut.
“Telefon kau.” Alayya simpan semula alat perantinya sebaik pastikan deringan itu bukan datang daripada telefonnya.
Ezzaq bawa keluar telefon pintar. Jejaka ini masuk semula dalam petak parkir yang kosong, mahu jawab panggilan ini terlebih dahulu. Risau juga kalau panggilan kecemasan.
Nombor tak dikenali yang hubungi Ezzaq tika ini. Perkara ini biasa pada seorang pegawai polis seperti Ezzaq, terima panggilan daripada anggota jabatan lain yang tak pernah dikenali Ezzaq.
“Hello.” Ezzaq bersuara terlebih dahulu.
“Assalamualaikum. Ini, nombor Tuan Ezzaq Qayyum?” suara lelaki membalas kata Ezzaq.
“Waalaikumussalam. Ya betul, saya. Siapa ya?” hati Ezzaq sudah terdetik, pasti orang dalam IPD juga yang hubungi, mahu bertanya soal tugas.
“Saya Fared, rakan baik Fayyad Hazim. Saya pasti, Tuan kenal Fayyad”
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...