21

8.2K 347 12
                                    

Rayyan Hadif keluar daripada lif bangunan, berjalan terus ke kawasan parkir buat para pekerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rayyan Hadif keluar daripada lif bangunan, berjalan terus ke kawasan parkir buat para pekerja.

"Kalau benda yang dia nak bagitahu tu tak mengejutkan langsung, sumpah aku akan smackdown dia dekat tengah parkir tu juga. Dah lah cuti hari Jumaat tak beritahu, tiba-tiba muncul kat sini, minta aku turun pula. Ingat aku takda kerja lain?" tidak kering gusi Rayyan membebel sejak dia terima panggilan daripada Ezzaq tadi.

Mata Rayyan tajam memandang ke arah Ezzaq yang sedang berdiri sambil bersandar pada pintu penumpang hadapan. Mujur Ezzaq bersandar di kereta sendiri, kalau bersandar di kereta Rayyan, itu memang cari nahas namanya.

"Kau apahal pakai serba putih macam orang nak menikah? Buang tebiat ke? Cuti tanpa sebab, tiba-tiba suruh aku turun berjemur tengah panas. Jumpa kat dalam tak boleh ke?" Rayyan langsung serang Ezzaq dengan nada tingginya.

Bukannya Rayyan marah betul, hanya marah sebagai seorang rakan baik.

Suka Ezzaq bila Rayyan sebut pasal nikah. Dah kalau itu yang berlaku...mahu buat macam mana?

"Ini style apa ni, Ezzaq? Nak pakai baju melayu, pakailah betul-betul. Sampin kau mana? Merosakkan mata aku." Rayyan terus menerus cari kesalahan Ezzaq. Marah sungguh ni.

"Apa yang teruk sangat kerut muka kau tu? Aku rasa dulu waktu kita latihan, kita lalui lebih teruk daripada berjemur tengah panas." Ezzaq akhirnya bersuara, mengenakan Rayyan semula.

"Aku tak peduli. Benda tu dah berlalu 2 tahun lepas. Sekarang ni, kenapa kau nak jumpa aku? Kau baru balik daripada mana ni?" Rayyan cekak pinggang. Makin lama dia tersidai di sini, semakin panas hatinya nanti.

Ezzaq enggan menjawab, malah Ezzaq hanya ke tepi, tidak lagi menutup tingkap kereta bahagian penumpang ini. Jelas terlihat sekarang, Alayya berada dalam perut kereta.

"Korang nak balik Lumut ke?" soal Rayyan.

Alayya lihat ke arah luar tingkap sebelum melambai tangan dengan agak kekok.

"Jap...apahal korang sedondon?" Rayyan bongkok badan, ingin lihat baju yang dikenakan oleh Alayya.

Tak perlu masa lama untuk berfikir, Rayyan segera berdiri tegak, mencari wajah Ezzaq. Mata Rayyan terjegil, jangan kata semua benda yang Rayyan fikirkan sekarang benar-benar berlaku.

"Kau...Ezzaq!" jerkah Rayyan di tengah parkir kereta yang luas ini.

Spontan Ezzaq menutup mata. Terasa berdesing telinganya apabila Rayyan menjerit nyaring begitu.

Pantas Alayya keluar daripada perut kereta. Risau juga kalau suaminya ini lumat dikerjakan oleh Rayyan. Tak memasal, jadi janda pada hari pertama perkahwinan.

Rayyan lihat Alayya sebelum beralih melihat Ezzaq semula. Dua wajah ini di tatap bersilih ganti sebelum Rayyan tampar dahi.

"Korang berdua ni memang gila..." Rayyan urut pelipis sendiri.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now